Translate

Selasa, 14 Julai 2009

Lambakan Projek 'Mee Segera' Bagi Menjamu Penduduk DUN Manik Urai

Salam, Saya dari MAFREL Kelantan, terlibat sebagai Pemantau MAFREL Kelantan bagi pihak Dr Halim, Ketua Misi MAFREL Kelantan bagi PRK DUN Manik Urai. Sebarang aktiviti berkaitan dengan Pemantaun yang dilakukan oleh MAFREL akan di update dalam blog kami di: www.mafrel-kelantan.blogspot.com.

Harap pihak tuan dapat siarkan dalam akhbar cetak atau online masing2.

MAFREL Kelantan telah menjalankan pemantauan awal di kawasan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manik Urai pada 16 Jun 2009 bertempat di 8 buah Unit Peti Undi (UPU) Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rex, Lakloh, Manjor, Manik Urai Luar, Manik Urai Dalam dan Sungai Perial. Hasil daripada pemantauan awal, jelas berlaku salah laku dan etika melanggar Pilihanraya. Berberapa gambar dibawah menunjukkan salah guna kuasa agensi kerajaan persekutuan bagi menjalankan projek sempena PRK Manik Urai, Kelantan.

GAMBAR

PENERANGAN

LOKASI/UPU

TARIKH

AGENSI TERLIBAT

Membina dan menyiapkan 2 blok bangunan sekolah empat tingkat dan kerja berkaitan di Sek. Chuchoh Puteri, Kuala Krai, KELANTAN.

Chuchoh Puteri, DUN Manik Urai

4 Feb 2009 – 22 Jun 2010

Jabatan Kerja Raya (JKR)

Kota Wangsa Bina (M) Sdn Bhd

Projek ubahsuai dan naiktaraf rendah, menengah dan sokongan pendidikan secara requesition di Sekolah Kebangsaan Lakloh, Kuala Krai, KELANTAN.

Lakloh

DUN Manik Urai

14 April 2009 – 10 Jun 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia

Program Khidmat Penyayang Bersama Penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ybhgia Dato’ Saripuddin Kasim

Timbalan Ketua Setiausaha

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.

Kawasan Lakloh

Kawasan Manik Urai Lama

Kawasan Chuchoh Puteri B

DUN Manik Urai

17 Jun 2009

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan

Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Kuala Krai

Kerja-kerja menghampar crusher jalan kawasan pertanian (Jalan Pak Leh) serta kerja-kerja, berkaitan di Chuchoh Puteri B, Kuala Krai, Kelantan

Kawasan Chuchoh Puteri B, DUN Manik Urai

8 April hingga 8 Jun 2009

KESEDAR ( Pengarah Unit JKR Kesedar)

JMI Jaya Enterprise

Kerja-kerja membaikpulih jalan tar lama ke Bukit Sabah, serta kerja-kerja berkaitan di Sg Sok, Kuala Krai, Kelantan

Kawasan Sungai Sok, DUN Manik Urai

8 April hingga 8 Jun 2009

KESEDAR ( Pengarah Unit JKR Kesedar)

Saraan Bistari Trading

Membina dan menyiapkan 2 blok bangunan sekolah empat tingkat dan kerja berkaitan di Sek. Kebangsaan Karangan, Kuala Krai, KELANTAN.

Kg. Karangan, Kuala Krai, KELANTAN.

4 Febuari 2009 hingga 22 Jun 2010

Jabatan Kerja Raya Kuala Krai

Jati Estetika Sdn Bhd

Membina dan menaik taraf longkang, jalan jambatan, dewan serbaguna dan lain-lain

Kg Baru Manik Urai

DUN Manik Urai

-

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Bahagian Kemajuan Perkampungan)

Membina dan menaik taraf longkang, jalan jambatan, dewan serbaguna dan lain-lain

Kg Baru Lakloh

DUN Manik Urai

-

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Bahagian Kemajuan Perkampungan)

MAFREL juga cuba mengesan projek-projek segera dari agensi kerajaan negeri tetapi setakat ini masih belum ada tanda-tanda projek seumpama itu.

KESIMPULAN

Istilah Projek ’Mee Segera’ adalah istilah yang dipopularkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia sewaktu berkempen di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang. Ia adalah janji PM untuk tidak melaksanakan projek ’mee segera’ dalam mana-mana Pilihanraya yang disertai oleh Barisan Nasional.

Daripada pemantauan awal yang dilakukan oleh Pemerhati MAFREL, jelas berlaku projek ’mee segera’ di dalam Pilihanraya Kecil DUN Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan. Tempoh projek tersebut adalah bermula dari 4 April 2009 hingga 22 Jun 2010. Kepadatan aktiviti berdasarkan tarikh adalah amat padat sewaktu tempoh berberapa hari bermulanya tempoh Penamaan Calon iaitu 6 Julai 2009 hingga tempoh masa Hari Pengundian di PRK Manik Urai.

Berberapa agensi Kerajaan telah dikenal pasti terlibat secara langsung dalam projek ’mee segera’ ialah;-

  • Jabatan Kerja Raya
  • KESEDAR
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Kementerian Pelajaran Malaysia
  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Program dan aktiviti kempen awal banyak tertumpu berhampiran Pusat Pengundian. Sasaran program projek ’mee segera’ adalah banyak tertumpu kepada;-

  • Pelajar sekolah rendah dan menengah – ibu bapa
  • Penerima skim bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat – individu yang berpendapatan rendah dan ibu tunggal.
  • Penduduk di kawasan pendalaman

Maka daripada bukti bergambar di atas, dapat disimpulkan bahawa telah berlaku projek ’mee segera’ di kawasan Pilihanraya Manik Urai dan dijangkakan lebih banyak lagi projek-projek ’mee segera’ yang akan dilaksanakan semasa Tempoh Kempen bermula, iaitu selepas 6 Julai 2009.

MAFREL memandang projek-projek ini sebagai satu amalan yang amat hina kerana ia mengganggap mentaliti masyarakat Malaysia boleh digula-gulakan dengan pembangunan yang tidak teracang dengan peruntukan yang dibuat secara luar biasa yang akhirnya merugikan rakyat juga.Sampai bila pemimpin-pemimpin politik ingin meneruskan budaya memperbodohkan rakyat dan meneruskan budaya rasuah politik seperti ini.MAFREL akan terus dengan agenda menjadikan pilihanraya adil dan bebas dan tidak akan membisu melihat kesalahan demi kesalahan dilakukan walaupun sesetengah pihak sudah mengganggap nya sebagai perkara-perkara biasa-kesalahan biasa, semua pihak buat belaka!

MAFREL Kelantan

www.mafrel-kelantan.blogspot.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular