Translate

Jumaat, 25 September 2009

Selcat : Kenapa Kecoh......

Banyak blog yang saya layari sedang memperkatakan tentang isu kenyataan Dr. Hassan Ali tentang Selcat. Tahniahlah diatas kritikan anda tentang isu tersebut yang mana ikatan yang ada di antara Pakatan Rakyat cuba diungkaikan.

Saya menjangkakan semakin lama kita menulis semakin matang cara kita berfikir, rupa-rupanya tidak. Baru sedikit akhbar pro Umno-Bn menjolok isu tersebut, kita sudah mengikut rentak tari yang didendangkan. Sebenarnya kita tidak pernah berlajar dari kesilapan.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak tentang isu Selcat, kerana itulah saya mengambil masa yang lama untuk menulis. Akhbar arus perdana tidak pernah berniat baik terhadap pembangkang sejak ia diambil alih oleh Umno pada tahun 60 an.

Satu kemenangan buat Umno-Bn dalam mengalihkan isu-isu yang lebih besar yang mereka hadapi. Dengan hanya kerana kenyataan Dr. Hassan Ali tentang perjalanan Selcat, serta-merta kita meninggalkan isu yang lebih penting hanya kerana hendak menunjuk kejaguhan masing-masing dalam membuat kritikan.

Pakatan Rakyat baru dalam proses bulan madu maka berbeda pandang adalah perkara biasa buat sebuah ikatan yang masih rapuh. Jadi kenapa kita mengikut rentak media massa arus perdana yang tidak pernah jujur terhadap pembangkang.

Sepatutnya kita menjadi benteng daripada serangan Umno-Bn, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Maka marilah kita renungkan kembali apa yang telah berlaku dan kesudahannya. Kritikan adalah bagus, tetapi betulkah cara kita mengkritik.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahman
Salam Musafirlalu.
Disini lah silapnya musafirlalu memberi komen terhadap Perangai buruk Hassan Ali / Mohd Khairuddin Othman .
Kami rasa Hassan / Mohd Khairuddin Othman tidak sepatutnya menyeluarkan kenyataan rasmi bagi pihak PAS tentang perkara berbangkit iaitu Selcat. Sepatutnya dua mangkok hanyun ni mengunakan saluran iaitu membawa kepada PAS Pusat untuk dijadikan rujukkan bukan dengan bangga mengeluarkan kenyataan bagi pihak Parti Islam SeMalaysia.
Tuan Musafirlalu janganlah kamu nak menegakkan benang yang basah .Beruk dua ekor ini selalu melanggar bendol tidak pernah nak merujuk PAS PUSAT sebelum membuat kenyataan.
Konon tak nak aibkan pegawai kerajaan yang salah mengunakan kuasa , po dah .Kenapa nak sorok bangkai gajah (pegawai yang korup). Ok Lah kalau PR tutup kesalahan pegawai yang korup dan dipindahkan ke pejabat lain . Nanti puak UMNO BN pulak akan buat kenyataan kat media arus perdana PEGAWAI yang kena tukar tersebut telah dianak tiri oleh PR .So bagi pendapat saya SELCAT harus diteruskan dan Dua beruk Ni Hassan Ali / Mohd Khairuddin Othman di campak keluar oleh Parti Islam SeMalaysia. Sebelum kudis menjdai nanah yang berulat .Komen Hj Jamaludin

saddamalaya berkata...

Saya setuju dgn tuan!!!

Kita harapkn semua bloger2 PR terutamanya yg muslim dpt bsabar,jgn cepat melantun,perlu bijaksana..Jgn sibuk menari dgn gendang BN.Ia bukan la hiburan,sampai masa kita akan letih,lg malang terus jatuh terkulai..Atas ape?MENGEJUTKAN FINTAH YG SEDANG TIDUR..

Gerakan kita bukan la Al Fatih,bukan juga Salahudin Al Ayubi,mereka bijak dan terpilih dlm memilih tentera..Kita semakin jauh,kita semakin lemah,Tetapi kita Islam,kita ada ukhuwah,kita ada iman,kita pasti akan berjaya..

Skrg ni mmg jelas,sedikit demi sedikit Allah mencuci jiwa2 penyokong dan pendokong gerakan Islam,kerana ape?akar yg kuat sahaja mampu menahan pokok..Yg paling penting adalah mengekalkn GERAKAN ISLAM..Selagi kepimpinan tidak melanggar Perlembagaan Parti dan Syariat Islam,wajib la kita sokong dan perkukuhkan.Tegurlah dgn berhemah..Jgn la kita buka lubang pada musuh utk menyerang..besederhanalah!!!

Klu ada pemimpin kita yg berhati longkang,ada agenda selain memartabatkn islam,Allah pasti akan jatuhkn dia,itu keje Allah taala,jgn menyibuk.Keje kita tegur dgn behemah..Allah taala pasti akan jaga gerakan kita..

Ya,byk kelemahan dlm Pas,tetapi kita mestilah menjadi org yg Menguatkanya...Skrg ni,doa kita telah dimakbulkn Allah..BN sudah berpecah,tetapi dlm gerakan Islam,tidak akan ada perpecahan,tetapi akan ada penyingkiran terhadap hati longkang...Islam Akan terus kekal,dakwah terus berjalan..

Sayangilah parti kita..dari kita dok mencarut sumpah seranah sesama kita,elok yg bsikap begitu,keluar je parti,buat parti baru,tunjukan parti itu lebih releven dari PAS..Bodoh la kita jika terus bersikap negatif.Sbb BN akan terus memerintah.silap2 depan rumah kita pn BN buat disko.Saat tu,bangang la klu kita terus protes disko tu dlm blog kita...

PAS 4 ALL!!!

musafirlalu berkata...

Salam buat tanpa nama, saya tidak bermaksud mempertahankan mana-mana pihak. Cuma apa yang saya maksudkan ialah kerana kita ada saluran parti. Sekirannya Dr. Hassan ada membuat silap biar parti yang menghukumkannya. Apa yang saya ingatkan agar kita bersatu hati sebagai benteng agar tiada ruang untuk Umno-Bn memporak perandakan PR. Mereka membesarkan isu yang kecil untuk menutup isu yang besar. Saya berpegang kepada parti dan bukan kepada individu. Dahulu semasa saya tinggal di Marang, saya sudah berjanji kepada TGHH, sekiranya beliau lari dari landasan parti, saya pasti akan menentangnya. Pasal saya sudah merasai peritnya PAS diperlakukan pada tahun 1978. Maka kita sama2 perkukuhkan parti dan rapatkan saf.

Ayid berkata...

Sahabat ku musafir lalu, apa sekalipun kritikan kita terima kita akan terus istiqamah dalam perjuangan kita. Bagi kita PAS adalah siasah dan wadah dalam pejuangan menegakan Islam. Mana mungkin Islam akan tertegak jika tidak berjuang dalam satu saf. Tadbir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular