Translate

Selasa, 1 September 2009

Umno Penentang Hukum Syariah.......

Sebenarnya Umno tiada langsung keinginan untuk melaksanakan undang-undang Syariah di Malaysia. Walau berapa banyak kokokkan yang dilakukan oleh para pemimpin Umno tentang hukum Syariah, mereka sebenarnya tidak mempunyai minat langsung terhadap hukum Syariah.
Memang ada dikalangan ahli Umno yang ingin undang-undang Syariah terlaksana di bumi Malaysia, tetapi sekiranya mengharapkan dari Umno untuk melaksanakannya.......... simpan sahajalah angan-angan tersebut. Umno bukannya wardah terbaik untuk diharapkan dalam membela umat Islam.
Kerana didalam diri para pemimpin Umno penuh rasa benci terhadap undang-undang Syariah. Apa yang telah mereka gubalkan tentang eknemen Hukum Syariah di setiap negeri, hanya seperti melepaskan batuk ditangga. Lihatlah apa yang berlaku di Pahang tentang hukuman sebat yang telah dijatuhi oleh Mahkamah Syariah Pahang.
Apa yang mereka lakukan hanyalah untuk menunjukkan kepada umum yang mereka tidak berpeluk ubuh sahaja. Eknemen Syariah yang mereka gubal dan wartakan sendiri pun, mereka juga yang mempertikaikan. Apa punya parti yang teruk sangat. Mereka gubal...... mereka wartakan............. tetapi mereka juga yang menentangnya............ jadi........... anda sendirilah fikirkan.
Ditambahkan lagi dengan kenyataan menteri dalam Negeri Datuk Hishamuddin  yang menyatakan pihak penjara tidak mempunyai kepakaran dalam melaksanakan hukuman sebatan tersebut. Di sini pun kita dah dapat baca, bagaimana Umno memang tidak berminat untuk melaksanakan hukun Syariah.
Itu baru bab sebat............. kerana mereka lebih suka menyebat sekuat tenaga mereka sampai keluar isi punggung. Tetapi mereka tidak pandai menyebat dengan cara angkat tangan tanpa menampakkan bulu ketiak. Yang mereka tahu............. bila sebat, mesti nampak bulu ketiak yang lebat lagi panjang itu............ bagi mereka.......... jika sebat cara Syariah tidaklah nampak............. brutal............ bagi mereka tiada brutal...... maka tiada sebatan.
Yang menjadi penghalang besar kepada undang-undang Syariah di Malaysia, bukan DAP......... Bukan PPP ........ bukan GERAKAN.............. bukan MCA ........... bukan MIC............ atau mana-mana parti ............. tetapi yang sebenarnya ialah .............Umno sendiri............... Merekalah sebenarnya dalang yang menghalang perlaksanan hukum Syariah di negara ini.
Ini boleh dibuktikan dengan ugutan yang telah dilakukan oleh Mahathir kepada kerajaan PAS Kelantan sekiranya mereka melakukan hukum Hudud. Cara ungutan yang diberikan cukup keras agar eknemen tersebut didak dilakukan, walaupun ianya telah digezatkan.
Kemudiannya kepada PAS Terengganu selepas eknemen Hukum Hudud telah dilulusan oleh dewan dan dipersetujui oleh Sultan Muzan. Sehinggakan Ketua Polis Terengganu mengeluarkan kata-kata yang mereka tidak sesekali akan membantu kerajaan PAS Terengganu untuk melaksanakannya.
Sekiranya PAS Terengganu ingin melaksanakannya juga, maka mereka menyuruh kerajaan Terengganu adakan sendiri kemudahan-kemudahan seperti polis sendiri, penjara sendiri dan serba serbi sendiri dalam masa wang royalty minyak telah dirompak oleh kerajaan Umno-Bn.
Oleh itu saya cabar kepada penulis-penulis blog, ahli akedemik dan pencacai-pencacai Umno-Bn supaya tampil menunjukkan bukti yang Mahathir memang membenarkan PAS melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan dan Terengganu. Jangan hanya pandai bercakap dan menulis sahaja tanpa mengemukakan fakta-fakta.
Tahukah pencacai Umno................ ramai mana para pemimpin dan penyokong Umno telah murtad diatas isu hukum Hudud yang telah diluluskan oleh Dun Kelantan dan Terengganu............ Bagaimana mereka mempersenda-sendakan dan mempermain-mainkan dengan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar daripada mulut-mulut mereka.
Bertaubatlah kepada Allah s.w.t diatas apa yang telah diucapkan tentang hukum yang telah Allah s.w.t. perintahkan terhadap hamba-hambanya. Kerana itulah tiada makna kemerdekaan, sekiranya didalam pemikiran masih lagi dijajah dengan sifat-sifat sekularisme.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular