Bila disebut perkataan lembu............. maka ia terus mengaitkan negeri Selangor yang terkenal dengan adegan siasatan terhadap MB Selangor dengan lembu korbannya. Penghantaran lembu kepada SPRM oleh AMK dan yang terbaru ialah penghinaan terhadap agama Hindu denga mengarakkan kepala lembu selepas Solat Jumaat.
Apakah ini sikap yang diajar oleh Islam? Kerana segelintir orang Islam, maka semuanya terpalit dengan perbuatannya. Ramai yang mengetahui dalang disebalik peristiwa tersebut, apabila pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakkan. Sekiranya pihak pembangkang yang melakunya, pasti beratus-ratus 'Topi Merah' akan membuat tangkapan.
Islam tidak mengajar umatnya melakukan perbuatan tersebut, malah Islam cukup menghormati agama-agama lain. Hinggakan umat Islam ditegah membuang air kecil mahu pun air besar diatas tulang-tulang binatang. Kerana ianya adalah makanan para-para jin, inikan pula mengarakkan kepala lembu yang boleh dikatakan baru disembilah.
Apakah ini yang dikatakan sudah merdeka, sedangkan kemerdekaan mempunyai pengertian yang besar. Amat malang bagi orang-orang sepeti ini yang benar-benar memalukan Islam. Benda yang halal dimakan oleh umat Islam diperlakukan sebegitu rupa, oleh orang yang mengaku Islam. Saya pun tidak tahu mazhab apa yang mereka anuti.
Disini saya ingin berkongsi cerita serba sedikit tentang lembu yang menadi binatang suci buat penganut agama Hindu. Ianya telah diceritakan oleh seorang penganut agama Hindu kepada saya kenapa lembu dianggap suci oleh agama Hindu. Saya tidak pasti ianya benar atau pun tidak, kerana yang menceritakannya ialah seorang kawan India kepada saya.
Mengikut cerita kawan saya itu, pada suatu masa dahulu dibenua kecil India telah berlaku satu musim kemarau yang teruk. kemarau tersebut telah mengiringkan perigi dan sungai-sungai yang terdapat di benua India. Peristiwa tersebut telah mengorbankan banyak nyawa kerana kebuluran disebabkan tanaman habis musnah.
Tetapi lembu telah menyelamatkan penduduk banua kecil India kerana binatang tersebut telah membekalkan susu kepada mereka. Oleh kerana lembu telah menyelamatkan nyawa mereka, maka agama Hindu telah mengharamkan penganutnya daripada memakan daging atau pun membunuh binatang tersebut.
Kerana itulah agama Hindu amat memuja lembu untuk disembah kerana lembu telah menyelamatkan mereka. Apabila kejadian tersebut dilakukan oleh orang yang mengaku Islam, maka saya andaikan mereka ini berlainan mazhab. Mungkin dalam kitab yang ada pada mereka, membenarkan mereka melakukan perkara seumpama itu.
Bagi Islam pula........... ianya dilarang keras menghina apa-apa sahaja yang berkaitan agaman-agama lain. Apabila perkara ini telah menjadi isu besar, manusia-manusia seramai 50 orang itu (mengikut media massa perdana, ianya seramai 200 orang, Dari mana mereka mendapat angka tersebut) mula mengelabah.
Mereka mula menafikan yang mereka tidak terlibat membawa kepala lembu itu. Mereka mula menunding jari dengan menyalahkan satu sama lain. Mungkin........... jika ditakdirkan apa yang mereka lakukan itu disokong dan dipuji para oleh orang ramai, para menteri, mufti dan Tok Jib, pasti mereka akan mengaku ianya adalah ideanya.
Tapi apakan daya,'ingatkan panas sampai kepetang, rupa-rupanya hujan ditengah hari. Sekarang banyak penafian bohong mereka untuk menutup apa sahaja kesalahan mereka. Tidakkah pelik apabila menANTU Pak Lah melepaskan tangan dengan menafikan yang Umno tidak terlibat.
Bohonglah dan nafilah sebanyak mana, orang ramai sudang menjangkan siapa sebenarnya dalang disebalik isu tersebut. Seperti yang saya katakan, andainya Tok Jib memuji tindakkan tersebut, pasti KJ akan mengakui perkara tersebut adalah ideanya.
Ini boleh dilihat apabila perkara tersebut telah mendapat tempat dalam blog-blog pro Umno semasa ianya baru berlaku selepas Solat Jumaat. Bagaimana blog pro Umno boleh mendapat berita tersebut dengan cepat jika ianya tidak dirancang.
Orang yang mengaku beliaulah yang mengetuai demotrasi tersebut tidak tahu menahu tentang kepala lembu tersebut, cuba menipu orang ramai. Apakah beliau menganggap, orang Islam yang lain bodoh seperti beliau apabila beliau mengatakan tidak tahu menahu. Lebih baik beliau bagi tahu kat kepala lembu atau pun kepada tiang lampu.
Beliau merasakan tindakkannya hendak menghantar mesej kepada kerajaan Selangor yang mereka semua dalah bodoh seperti lembu tersebut. Tetapi............. nasibnya kurang baik........... kerana mesejnya itu makan dirinya sendiri.
Orang-orang seperti ini............ sekiranya terserempak.............. patut diludah mukanya............ kerana memalukan Islam. Apatah lagi.............. apabila beliau mengaku sebagai ahli PAS.............. Sedarlah sikit ....... PAS tidak mempunyai ahli-ahli yang biadap seperti itu........... Maka PAS patut melucutkan keahlian ........... mereka-mereka yang melakukan perhimpunan tersebut.
Baik India........... baik Cina ............. mahu pun penganut-penganut............ agama lain......... baik Hindu, Buddha, Kristian atau apa sahja agama ............ pasti mereka mengetahuinya............. itu bukan cara PAS......... itu adalah cara Umno kerana .......... pihak polis tidak melakukan apa-apa.
1 ulasan:
lembUMNO
Catat Ulasan