Translate

Rabu, 28 Oktober 2009

Sidang Dun Zamry MB Haram,Sidang ditangguhkan oleh Speaker Sivakumar danTempat duduk Speaker haram di kawal ketat.


10.56 am : Sidang berhenti sebentar.
Sidang ditangguhkan oleh Speaker Sivakumar. Kami Adun PR masih berada di tempat duduk masing-masing dengan tertib sehingga YB Siva menyambung balik sidang.

10.53 am : Usul disokong oleh Adun Setiawan.
Usul yang disampaikan dibahas dan disokong oleh Adun Setiawan Dato' Ngeh. Pembesar suara sudah ditutup.

10.51 am : Adun BN cuma memerhatikan sidang yang dikendalikan Speaker yang sah
Usul kedua yang dibentangkan oleh YAB MB Nizar mengenai takziah dan simpati kepada anak-anak sekolah di Kuala Dipang yang mengorbankan tidak kurang 3 orang.

Beliau memohon dewan mengucapkan takziah dan usulkan semula program yang melibatkan anak-anak sekolah dihentikan sama sekali untuk memenuhi kehendak PM sendiri supaya program dihentikan.10.48 am : Hujah PR langsung tidak dijawab Ganesan dan dia terus berada di tempatnya.
Ganesan diminta untuk mengosongkan tempat duduknya oleh YB. Buntong tetapi dia masih enggan.

YB Speaker mengumumkan akan mengendalikan sidang di tempat duduk biasa kerana Ganesan tidak mahu mengosongkan tempat duduk sebentar.

10.41 am : Sidang terus berjalan.
YB. Buntong sedang membentangkan usul.

YB. Buntong terus menyampaikan ucapan tanpa diganggu dengan hujah Ganesan tidak layak jadi Speaker.

10.40 am : Adun Buntong berucap tanpa diganggu.
Usul mengecam Speaker haram yang disampaikan oleh YB. Sivasubramaniam disampaikan dan sidang yang kami jalankan tidak diganggu oleh Speaker haram.

10.38 am : Sidang dikendalikan oleh Sivakumar berjalan.
Saya menghabiskan bacaan doa menggantikan SU Dewan yang dihalang masuk.

DRS. KHALIL IDHAM LIM

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular