Translate

Rabu, 28 Oktober 2009

Kerajaan Haram Menghina Rakyat Perak............

Setelah bebagai cara digunakan untuk menidakkan akan Adun Pakatan Rakyat, para-para samseng digunakan. Tidak cukup dengan pihak polis yang ada, dari Bukit Aman pun dibawa turun. Bagaikan akan ada rusuhan bakal berlaku.

Inilah sikap takut pada bayang-bayang sendiri setelah merampas Perak secara jalan belakang. Hanya orang yang bersalah sahaja yang takut akan bayang-bayangnya sendiri.

Ini sikap One Malaysia yang sedang dicanangkan diseluruh pelusuk dunia. Rakyat Perak sudah naik meluat dengan tindak tanduk MB haram yang sewenang-wenangnya menggunakan jentera kerajaan untuk kepentingan politiknya.

Menggunakan jentera kerajaan bermakna menggunakan harta milik rakyat yang saban tahun terpaksa membayar bermacam-macam jenis cukai yang diperkenalkan. Semuanya membebankan rakyat yang sekarang ini sedang bergelut dengan ekonomi yang tidak menentu.

Bagi puak-puak ini, mereka apa peduli akan derita yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Harta rakyat digunakan sesuka hati mereka bagaikan ianya harta mak bapak mereka yang punya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular