Translate

Selasa, 1 Jun 2010

Ooo I See....... Thank You Israel......

Apakah tindakan yang akan diambil oleh Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) terhadap rejim Israel berhubung serangan ke atas konvoi yang membawa bantuan ke Gaza. Adakah sekadar menyatakan 'Ooo I See' atau hanya melepaskan batuk di tangga.
Negara yang patut dipersalahkan dalam isu Gaza bukannya rejim Israel atau pun AS, kerana mereka adalah musuh yang nyata bagi Islam. Rejim Mesir adalah negara yang bertanggung jawab kepada krisis di Gaza kerana pemerintahannya saling tak tumpah seperti Umno/Bn. Mereka-mereka ini hanya berkulitkan Islam tetapi berisikan sekular yang kuat memusuhi Islam.
Rejim Mesir lah yang membuat rakyat Palestin di Gaza menderita kerana menutup sempadannya supaya bantuan melalui darat tidak sampai kepada rakyat Palestin. Maka misi bantuan terpaksa dibuat melalui laut. Bagi Hosni Mubarak, nyawa rakyat Palestin langsung tiada nilai jika hendak dibandingkan dengan nyawa seorang Yahudi. Tidak terkecuali, 1Malaysia turut memiliki saham dengan berpaksikan APCO.
Inilah jadinya apabila pemimpin negara umat Islam berfikiran sekular yang menolak Islam secara total. Tiada bezanya antara kerajaan Mesir dengan negara-negara OIC yang lain. Mereka hanya pandai berkokok tanpa berani mengambil apa-apa tindakan terhadap rejim Zionis/AS malah mereka adalah penyumbang terbesar kepada rejim Israel melalui AS.
Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh negara-negara Arab dan OIC jika perangai pemimpin-pemimpinnya lebih zalim daripada rejim Zionis sendiri. Sebenarnya merekalah pengkhianat paling besar bagi umat Islam, sama seperti Umno yang melaung-laungkan kononnya membela rakyat Palestin tetapi dalam diam-diam bersekongkol dengan APCO.
Andainya Gaza diperintah oleh PLO yang sekular, pasti pembunuhan ini tidak berlaku kerana PLO adalah anak emas rejim Israel/AS dan rejim Mesir. Betapa gerunnya mereka terhadap kerajaan Hamas yang bertunjangkan Islam sama seperti Umno yang gerunkan PAS. Dan kalau ada yang berani menentang rejim Zionis pun bila dah nak bersara.
OIC patut dibangku sampahkan lagi bagus jika kewujudannya lebih menyakitkan hati umat Islam. Apa guna ada OIC jika tidak berani melakukan apa-apa terhadap rejim Mesir yang menyembelih saudaranya sendiri. Rakyat Mesir patut bangun menentang rejim Hosni Mubarak yang tangannya masih basah dengan darah-darah para syuhada.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular