Translate

Selasa, 1 Jun 2010

Serangan Rejim Zionis : Apa Motif Sebenar TV3 !!!!!!!!

GAMBAR dirakam daripada siaran TV Turki menunjukkan bot komando Israel mendekati kapal misi bantuan kemanusiaan ke Gaza. Gambar bawah, komando Israel menceroboh kapal misi bantuan menyebabkan lebih 10 aktivis bantuan kemanusian untuk penduduk Gaza terbunuh. - Foto AFP

Pada jam 10.30 a.m. waktu Malaysia, rejim Zionis Laknatullah telah menyerang kapal Mavi Marmara yang membawa aktivis keamanan ke Gaza. Kapal Mavi Marmara yang mengetuai konvoi 6 buah kapal untuk bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan membawa beratus-ratus aktivis daripada 50 negara. Dan sekarang ini 6 buah kapal misi bantuan ke Gaza telah dirampas dan dibawa ke Haifa. 

Dalam masa yang sama, media massa diseluruh dunia memaparkan bagaimana komando rejim Zionis Laknatullah menyerang kapal Mavi Marmara dengan menggunakan helikopter yang membunuh 20 aktivis dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain. Serangan tersebut dilakukan diperairan antarabangsa dan konvoi tersebut menepati resolusi PBB. Segala hubungan telah diputuskan oleh rejim Zionis laknatullah agar dunia tidak mengetahui apa yang bakal mereka lakukan.

Ianya menjadi tajuk utama dalam berita-berita diseluruh negara, tetapi amat malang bagi umat Islam dan rakyat Malaysia apabila TV3 telah menjadi alat propaganda rejim Zionis Laknatullah. Dalam buletin utama jam 8 malam, TV3 telah memaparkan visual percakapan atau lebih tepat lagi kata-kata manis daripada pemerintah kapal perang rejim Zionis Laknatullah.  

Dalam berita itu,TV3 telah menunjukkan betapa sopan santunnya pemerintah kapal perang rejim Zionis Laknatullah menyeru agar konvoi  tersebut berlayar memasuki pelabuhan Haifa dengan diiringi oleh kapal perang mereka. Konvoi tersebut telah dijanjikan dengan jaminan bekalan tersebut akan diberikan kepada penduduk Gaza dengan disertai oleh para aktivis-aktivis yang menyertai misi kemanusiaan itu.

Apakah motif sebenar TV3 memaparkan visual tersebut?. Apakah TV3 sudah menjadi penyambung propaganda 1Israel?. Dimanakah sentiviti TV3 tentang kekejaman rejim Zionis Laknatullah terhadap misi kemanusiaan itu?. Apakah  TV3 pun mendapat khidmat APCO untuk meraih keuntungan sepertimana 1Malaysia cuba menaikkan imejnya?.

Sebagai rakyat Malaysia, kita patut merasa cukup malu dengan peranan yang dimainkan oleh TV3 dalam melaporkan tentang pembunuhan tanpa batas kemanusiaan oleh rejim Zionis Laknatullah. TV3 cuba menonjolkan kepada penonton bagaimana baik dan sopan santunnya rejim Zionis Laknatullah untuk membantu konvoi misi kemanusiaan agar 10,000 tan bekalan itu sampai kepada 1.5 juta penduduk Gaza. 

Media diseluruh dunia mengetahui bahawa Haifa adalah pengkalan tentera rejim Zionis Laknatullah yang cukup canggih sehinggakan sesiapa pun tidak dapat akses masuk ke kawasan itu. Mungkin hanya TV3 sahaja yang tidak mengetahui perkara tersebut kerana itulah TV3 menjaja kata-kata manis rejim Zionis Laknatullah dalam laporan berita utama mereka.

Para pemimpin negara tidak ketinggalan menyertai dunia mengutuk 1Israel apatah lagi nasib 12 rakyat Malaysia yang berada didalam kapal Mavi Marmara masih belum diketahui. Dalam masa yang sama 1Malaysia cukup berbangga menjadi sekutu Amerika yang baru kerana menyokong sekatan keatas Iran yang ditaja oleh Amerika.

Untuk menghalalkan tindakkan 1Malaysia terhadap Iran, para media massa dan blog-blog BPN yang maha pencacai memainkan isu-isu agama disebabkan Iran mengamalkan Syiah. Dengan sikap angkuhnya, mereka menyatakan Syiah lebih zalim daripada Yahudi. Kerana itulah mereka lebih suka menjadi sekutu Amerika dan Amerika pula adalah boneka rejim Israel. Maka jadilah APCO + 1Israel + 1Malaysia = Negara Islam Contoh.

Jika mereka(pencacai) benar tentang pegangan Islamnya dan Iran terpesong dari Islam, tidakkah mereka merasa malu kepada Allah s.w.t kerana tidak melaksanakan apa yang dihukumkan oleh Islam. Sedangkan Iran yang dikatakan terpesong melaksanakan hukum Syariah, mengambil berat tentang aurat dan lebih kedepan membantu rakyat Palestin menentang rejim Israel. Bagaimana pula dengan 1Malaysia yang dikatakan tidak terpesong?. Adakah yang tidak terpesong melaksanakan 'Amal Makruh Nahi Mungkar'?. Mungkin perkara itu boleh diajukan kepada 'Big Mama'.

Sebagaimana yang berlaku keatas konvoi misi kemanusiaan, negara-negara barat mula menjauhi rejim Israel. Turki, Sweden, Denmark, Sepanyol, Perancis dan banyak lagi negara yang memanggil pulang duta mereka, tetapi 1Malaysia semakin erat dengan boneka rejim Israel. Apakah 1Malaysia akan menjadi seperti Mesir yang sanggup menyembelih saudara mereka sendiri, semata-mata menjaga hati Amerika? 

Oleh itu sebagai umat Islam, marilah kita bermunajat kepada Allah s.w.t. agar mereka diberi kekuatan dalam menghadapi apa jua halangan dan kekejaman rejim Zionis Laknatullah dan yang sewaktu dengannya. Termasuklah sesiapa sahaja yang mengguna khidmat suku sakat mereka.

Insyaallah........ Islam pasti akan menang setelah kita menurunkan talibarut-talibarut mereka di 1Malaysia.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular