Translate

Isnin, 17 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg. 16)

TEORI EUGENIK ADALAH BERASASKAN KEPADA IDEA-IDEA DARWIN


Teori eugenik, yang telah berkembang pada separuh pertama abad ke-20, bererti menyingkirkan mereka yang sakit dan cacat dan "meningkatkan" bangsa manusia dengan menambah jumlah individu-individu yang sihat. Menurut teori eugenik ini, dengan cara yang sama juga haiwan yang lebih baik dapat dihasilkan dengan mengahwinkan haiwan-haiwan yang sihat antara satu sama lain, jadi bangsa manusia juga dapat ditingkatkan dengan cara yang sama.


Francis Galton (kiri) dan Leonard Darwin (kanan)
Seperti yang telah dijangka, mereka yang mengemukakan program ini ialah para penyokong Darwin. Di kemuncak gelombang eugenik ini di England, telah muncul sepupu Charles Darwin, Francis Galton dan anaknya Leonard Darwin.

Jelaslah di sini bahawa idea eugenik adalah hasil asal Darwinisme. Tambahan pula, kebenaran ini telah diberikan kepentingan istimewa di dalam penerbitan-penerbitan yang menyokong eugenik, "Eugenik ialah penguasaan manusia terhadap evolusinya sendiri", demikian ia disebutkan.
Kenneth Ludmerer, seorang ahli sejarah perubatan di Universiti Washington, mencatatkan bahawa idea eugenik berusia setua idea republik Plato tetapi dia juga menambah Darwisme merupakan penyebab kepada kebangkitan minat kepada idea ini pada abad ke-20:
… pemikiran eugenik moden berkembang hanya pada abad ke-19. Peningkatan minat terhadap eugenik ketika abad tersebut mempunyai beberapa punca. Yang paling utama ialah teori evolusi, bagi idea Francis Galton tentang eugenik - dan beliaulah yang telah mencipta istilah "eugenik" - ia adalah satu logik yang terhasil daripada doktrin sains yang telah dikemukakan oleh sepupu beliau, Charles Darwin.47


Ernst Haeckel
 

Di Jerman orang pertama yang terpengaruh dan mula mengembangkan eugenik ialah seorang pakar biologi evolusi yang terkenal Ernst Haeckel. Haeckel adalah kawan baik dan penyokong Darwin. Untuk menyokong teori evolusi ini beliau telah mengemukakan dakwaan "pengulangan semula", yang mendakwa bahawa embrio daripada hidupan yang berbeza mempunyai persamaan antara satu sama lain. Ia kemudian telah terbukti bahawa Haeckel telah memalsukan data apabila beliau mengemukakan dakwaan ini.
Ketika Haeckel sedang mereka-reka pemalsuan saintifiknya, dalam masa yang sama juga ia mengemukakan propaganda eugenik. Beliau mencadangkan bahawa kanak-kanak yang dilahirkan cacat mesti dibunuh dan dengan itu ia akan dapat mempercepatkan masyarakat evolusi. Malah dia jugah telah mendakwa bahawa pesakit kusta dan pesakit kanser dan pesakit mental perlu dibunuh, atau sebaliknya mereka ini akan menjadi bebanan di dalam masyarakat ini dan akan melambatkan evolusi.
Seorang penyelidik Amerika Geoge Stein telah merumuskan kesetian membabi buta Haeckel kepada teori evolusi di dalam sebuah artikelnya di dalam majalah American Scientist seperti berikut:
… (Haeckel) mendakwa bahawa Darwin betul… manusia telah berkembang daripada dunia haiwan. Dan langkah bahaya yang telah diambil di dalam pendedahan Haeckel terhadap Darwinisme yang pertama di Jerman, menyebabkan kewujudan sosial dan politik manusia telah dikawal oleh undang- undang evolusi, pilihan semula jadi, dan biologi, seperti yang ditunjukkan oleh Darwin. Untuk mendakwa sebaliknya adalah khurafat yang ketinggalan zaman.48
Haeckel meninggal dunia pada 1919. Tetapi idea belia telah diwarisi oleh Nazi. Sebaik sahaja Hitler mendapat kuasa, satu program eugenik rasmi telah dimulakan. Hitler merumuskan polisi baru ini seperti berikut:

BERSAMBUNG....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular