Translate

Jumaat, 21 Januari 2011

Malapetaka Darwinisma Terhadap Kemanusiaan. (Bhg. 20)

MALAPETAKA YANG DIBAWA OLEH MUSSOLINI PENYOKONG DARWIN DAN PEMIMPIN FASIS
 


Dengan cara sama yang digunakan oleh Hitler untuk mengasaskan polisinya dengan menggunakan Darwinisme, begitu juga rakan sezamannya dan juga sekutu beliau Benito Mussolini juga telah menggunakan dakwaan secara Darwin dan konsepnya untuk menjadikan Itali sebagai negara imperialis dan Fasis.

Mussolini adalah penyokong Darwin sejati, yang percaya bahawa keganasan adalah satu kuasa lonjakan di dalam sejarah dan peperangan pula membawa kepada revolusi. Bagi beliau, "keengganan England untuk menyertai peperangan hanya menyebabkan kemunduran Empayar British".61
Di kepala majalah The People of Italy (II Popolo d'Italia) , yang telah diasaskan dengan biaya bantuan daripada kerajaan Perancis, beliau memasukkan ayat berikut, "Siapa yang mempunya besi juga akan memiliki roti" dengan kata lain beliau menyatakan kepada masyarakat bahawa untuk mengisi perut-perut mereka mereka memerlukan kuasa untuk mencetuskan peperangan.
Mussolini telah memilih kapak sebagai simbol Fasisme dan Parti Rasisme. Kerana kapak adalah simbol peperangan, keganasan, kematian, dan pembunuhan.
Gelagat, keagresifan dan kecenderungan Mussolini terhadap keganasan seperti Fasis-fasis yang lain juga, telah diceritakan di dalam buku Denis Mack Smith. Di dalam buku beliau, Smith mencatatkan bahawa salah satu pegangan Mussolini yang tidak berubah ialah keagresifan dan kesungguhan beliau untuk menggunakan keganasan.62
 
Seperti penyokong Darwin-Fasis lain, polisi gemar berperang Mussolini, keagresifan dan penindasannya telah menyebabkan banyak manusia dibunuh secara beramai-ramai, ditinggalkan tanpa kediaman dan keluarga, dan negara ditinggalkan di dalam keadaan musnah. Keganasan dan penindasan telah dilakukan, oleh anggota-anggota Blackshirt, tidak hanya di negaranya, tetapi di negara lain juga. Di dalam tahun 1935 beliau telah menakluki Ethiopia, dan pada 1941 telah menghapuskan 15,000 orang. Dia tidak teragak-agak untuk membela dan menjustifikasikan penaklukannya ke atas Ethiopia dengan pandangan-pandang rasialis Darwinisme. Menurut Mussolini rakyat Ethiopia adalah mundur kerana mereka adalah bangsa berkulit hitam, dan dijajah oleh satu bangsa yang maju seperti orang-orang Itali merupakan satu penghormatan kepada mereka.
 
 Skuad pembunuh Mussolini, Blackshirt
Pada masa yang sama beliau meneruskan penindasan terhadap orang-orang Islam yang telah bermula semenjak penaklukan Itali ke atas Libya pada 3 Oktober 1911, dan telah meningkatkan serangan ke atas orang-orang Islam. Penaklukan tersebut hanya berakhir dengan kematian Mussolini di dalam satu perjanjian yang ditandatangani pada 10 Februari 1947. Dalam jangka masa tersebut 1.5 juta orang Islam telah mati syahid dan beratus-ratus ribu yang lain telah tercedera.

Mussolini, yang telah mencemar namanya di dalam lipatan sejarah kerana keganasan dan penindasannya, telah menggambarkan Fasisme yang disokongnya dan mengamalkannya, di dalam sebuah ucapan:
Fasisme bukan hanya kebebasan tetapi kekejaman, bukan lagi pengawal bangsa tetapi penjaga kepentingan peribadi.63
Seperti yang dapat kita lihat di dalam contoh Hitler dan Mussolini, Fasisme, di mana yang kuat dan ganas adalah betul dan mulia dan di mana satu-satunya jalan untuk berjaya dan membangun ialah dengan kuasa kekejaman, agresif, ganas, dan peperangan, adalah pelaksanaan dakwaan-dakwaan Darwin bahawa "Yang kuat hidup, yang lemah mati", dan telah menyebabkan penderitaan berjuta-juta manusia.
BERSAMBUNG.........

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular