Translate

Khamis, 16 Jun 2011

Belajar: Dunia Semut. (Bhg 7)

Kamu tentu tertanya-tanya bagaimana semut-semut kecil ini dapat melakukan pekerjaan menakjubkan seperti ini sendiri?

Omar: Ya, memang saya cuba memahami bagaimana semut-semut dapat melakukan semua itu. Contohnya, jika kamu meminta saya menanam kulat, sudah tentu ia bukan pekerjaan yang mudah bagi saya. Sekurang-kurangnya saya perlu membaca beberapa buah buku atau meminta nasihat daripada mereka yang tahu melakukannya. Tetapi saya tahu semut-semut tidak mendapat latihan seperti ini.
Sekarang baru saya faham apa yang menyebabkan kamu dan sahabat-sahabat kamu begitu mahir. Kamu telah diprogramkan untuk melakukan tugas-tugas kamu. Contohnya, attas telah wujud di dunia ini dalam keadaan telah sedia mengetahui tentang perladangan. Sudah tentu, Allah, Pencipta semua hidupan, telah memberikan kemahiran ini. Allahlah yang telah menjadikan kamu dan sahabat-sahabat kamu dengan sifat-sifat yang hebat ini.

Attas membawa daun-daun yang mereka potong.

Si Semut: Kamu betul, Omar. Kami mengetahui perkara-perkara ini secara semula jadi. Pencipta kami, Allah, memberikannya kepada kami sebagai satu nikmat.
Omar telah lewat lagi. Dia mengucapkan terima kasih kepadanya, dan pergi ke sekolah. Ketika berjalan, perkara-perkara yang sahabat semutnya telah beritahunya masih bergema di dalam telinganya. Sementara itu, dia terus berfikir.
Perlakuan-perlakuan mahir semut menunjukkan kepada satu kebijaksanaan hebat. Tetapi kebijaksanaan ini tidak mungkin kepunyaan semut-semut itu sendiri. Tambahan pula, mereka hanyalah makhluk-makhluk kecil. Kalau begitu, sudah tentu semua kemahiran semut menunjukkan kepada manusia kebijaksanaan Allah. Untuk menunjukkan kehebatan-Nya dan kesenian rekaan-Nya, Pencipta semut ini, telah menjadikan makhluk-makhluk kecil ini melakukan tugas-tugas yang tidak dapat mereka lakukan dengan kebijaksanaan dan kehendak mereka sendiri.
Sahabatnya memiliki kebijaksanaan, kemahiran dan pengorbanan semula jadi kerana dorongan Allah. Semua yang dilakukannya menunjukkan bahawa ia bukan kuasa dan kebijaksanaannya, tetapi Allah.

Memikirkan perkara-perkara ini, dia menyedari bahawa beberapa perkara yang digambarkannya sebelum ini secara berbeza telah digantikan oleh pandangan-pandangan fakta yang sebenar. Dia juga memahami kini bahawa cerita-cerita tentang hidupan, bagaimana mereka wujud secara kebetulan, bagaimana mereka memperoleh kemahiran-kemahiran yang mereka miliki secara kebetulan melalui satu jangka masa, adalah dusta. Bagaimana ia boleh menjadi benar? Cuba fikirkan, bagaimana semut-semut ini "bercakap" di antara satu sama lain dengan begitu sempurna jika mereka wujud secara kebetulan? Bagaimana mereka dapat berhubung di antara satu sama lain tanpa sebarang kekeliruan, dan membina sarang yang sempurna? Lagipun, jika semua semut-semut ini telah wujud secara kebetulan dan jika mereka hidup hanya untuk mempertahankan diri, bagaimana mereka dapat melakukan pengorbanan yang sangat besar di antara satu sama lain?Dia memikirkan perkara ini sepanjang hari di sekolah. Apabila dia pulang pada sebelah petangnya, dia memilih untuk membaca al-Quran, yang telah Allah turunkan kepada semua manusia. 
Ayat pertama yang dibacanya adalah seperti berikut:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Ali Imran: 190-191)

Dia yakin bahawa Allah telah menjadikan semut, dirinya, ibunya dan bapanya, saudaranya dan segalanya di alam semesta ini. Sahabat kecilnya telah mengingatkannya tentang satu kenyataan penting di dunia ini: iaitu tiada pencipta selain daripada Allah.
Saya percaya apabila kamu membaca ayat-ayat ini, kamu semua akan memahami kebenarannya seperti Omar, dan mengetahui bahawa Allahlah yang telah menjadikan segalanya. Kemudian kamu akan berkata: "Darwin, yang menyatakan bahawa hidupan tidak dijadikan, tetapi telah wujud secara kebetulan, adalah suatu pembohongan besar. Apabila kita dikelilingi oleh makhluk-makhluk yang mempunyai banyak kemahiran menakjubkan, adalah mustahil untuk memikirkan bahawa ia wujud secara kebetulan".
Jadi, seperti Omar kamu juga mungkin menemui suatu hari nanti seorang kawan baik, jangan lupa bahawa banyak yang dapat kamu pelajari daripadanya. Kaji dan fikirkan tentang kesempurnaan di dalam kesenian Allah, Yang menjadikannya. Dan jika kamu bertemu dengan pendusta-pendusta seperti Darwin, ceritakan kepada mereka tentang sifat-sifat sahabat kecil kamu dan katakan bahawa kamu tidak akan mempercayai penipuan-penipuan mereka yang tidak masuk akal.


HARUN YAHYA

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular