Persidangan Dewan Rakyat hari ini menolak usul bagi mengecam tindakan Gabungan
Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) untuk mengadakan perhimpunan pada 9
Julai depan bagi menuntut reformasi dalam pelaksanaan pilihan raya di negara
ini.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi
Tuanku Jaafar mengambil ketetapan menolak usul yang dibawa Datuk Seri Zahrain
Hashim (Bebas-Bayan Baru) mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) itu selepas berpuas
hati bahawa usul itu tidak perlu disegerakan.
"Kementerian Dalam Negeri
melalui Polis Diraja Malaysia telah mengambil langkah perlu sebagai persediaan
untuk menangani perhimpunan BERSIH itu dan akan sentiasa memantau
aktiviti-aktiviti yang dijalankan agar dapat dibanteras dan dipastikan tidak
berlaku perkara yang tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan negara dan
ketenteraman awam sentiasa terpelihara," katanya.
Terdahulu, Zahrain yang
mengemukakan usul itu sebaik sesi soal jawab selesai, meminta dewan mengambil
ketetapan untuk mengecam sekeras-kerasnya segala tindakan BERSIH, terutama
menghasut rakyat agar merusuh di jalanan sepertimana yang berlaku di beberapa
negara Timur Tengah, termasuk Tunisia dan Mesir.
Beliau juga mahu persidangan mendesak BERSIH supaya
membatalkan cadangan mengadakan demonstrasi baik di Kuala Lumpur, mahupun di
mana-mana negeri demi keselamatan rakyat dan negara.
Zahrain berkata
tindakan BERSIH tidak mencerminkannya sebagai sebuah badan yang benar-benar
memperjuangkan pilihan raya yang bebas dan telus, sebaliknya bermotifkan politik
kepartian.
"Kegiatan lampau BERSIH membuktikan kumpulan ini mempunyai
agenda politik sempit dan berhasrat mengelirukan rakyat demi mencapai matlamat
politik mereka," katanya.
Pada 2007, BERSIH menggunakan slogan 'Gelombang Kuning'
telah menganjurkan perhimpunan aman bagi menyerahkan memorandum kepada Yang
di-Pertuan Agong di Istana Negara di Jalan Tuanku Syed Putra, atas alasan
sama.
Perhimpunan yang bermula di Dataran Merdeka itu berjaya
mengumpulkan 40,000 peserta.
Perhimpunan kedua BERSIH pada bulan depan
antara lain untuk menuntut pembersihan senarai undi, mereformasikan undi pos,
penggunaan dakwat kekal dan akses media bebas dan adil.
-
Bernama
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Semakin ramai membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman setelah ianya dibaca buat...
-
UDA Holdings memperolehi RM25 juta setahun daripada BB Plaza. Konglomerat hartanah, Tradewinds Corporation Bhd (TCB), telah mengemuk...
-
Keputusan tidak rasmi 6.47pm Linda Tsen (BN-PBS) - 5,051 Yong Teck Lee (SAPP) - 1018 Ansari Abdullah (PKR) -1,709 Undi rosak - 420 6...
-
Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan...
-
Najib Tun Razak bukannya seorang politikus yang licik sepertimana ahli-ahli politik yang berada di negara ini.Walau pun beliau adal...
-
Selamat bertugas buat blogger Pakatan Rakyat yang akan berkampung di Bagan Pinang dalam pilihn raya kecil Dun tersebut. Semoga blogger Pakat...
-
NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dun...
-
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri di bawa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan