Translate

Khamis, 1 Disember 2011

Betulkah Product Keluaran Ramly Ada DNA Babi?

Apa lagi yang umat Islam perlu lakukan dalam permasaalahan permakanan jika produk yang mempunyai logo 'Halal' daripada Jakim disahkan mempunyai DNA babi. Apatah lagi ianya adalah keluaran bumiputera yang cukup terkenal buat rakyat Malaysia. Lihat dibawah bagaimana salah satu produk 'Frankfurter Lembu' jenama Ramly yang sudah berpuluh tahun berada dipasaran dan menjadi pilihan bagi umat Islam kerana ianya diyakini disebabkan produk ini adalah keluaran bumiputera/Islam. 

Isu 'DNA/Lemak Babi' didalam makanan adalah isu yang cukup sensitif buat umat Islam di Malaysia dan ia akan membuat umat Islam panik. Dimanakah silapnya kerana perkara ini disahkan 'Halal' oleh Jakim, satu badan yang menjadi rujukan buat umat Islam di Malaysia sebelum membeli sesuatu produk dipasaran. Dalam keadaan lambakan barang-barang keperluan harian, baik barangan basah mahu pun barangan kering dipasaran logo 'Halal' sentiasa menjadi rujukan buat umat Islam. Maka buat umat Islam, berjaga-jagalah semasa membeli barangan keperluan dan Jakim patut memperhebatkan pemantauan kerana perkara ini bukan boleh dibuat main-main. Jangan hanya mengejar bayaran/kekayaan semata-mata sedangkan dalam masa yang sama 'Amanah' diabaikan.

 

Sumber ada tertera pada gambar.
Kredit : Duniacacamarba

2 ulasan:

morrid berkata...

Jawapan daripada Bahagian Halal Jakim. sumber http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/40798

Wassalam,
Sejak kebelakangan ini memang terdapat banyak dakwaan palsu yang disebarkan melalui internet khususnya di dalam Face Book. Ia dilakukan untuk mengilirukan pengguna Islam di dalam memilih makanan atau produk yang halal disamping tujuan yang lain.
Mengenai dakwaan terdapatnya kandungan DNA babi di dalam Hotdogs keluaran Ramli, ia adalah dakwaan palsu yang cuba disebarkan di malaysia.
Pihak halal JAKIM telah membuat penyiasatan mengenainya dengan mengambil sampel dari kilang yang mengeluarkannya dan menghantarnya ke jabatan kimia bagi tujuan siasatan. Hasilnya tidak terdapat sebarang kandungan DNA babi ataupun unsur-unsur yang boleh diragui status kehalalannya di dalam produk tersebut dan juga produk-produk keluaran Ramli yang lain.
Pesanan Panel, sila buat rujukan di laman web www.halal.gov.my untuk mengetahui barangan atau produk yang telah diakui kehalalannya dan anda juga dinasihatkan supaya jangan mudah terpedaya dan terpengaruh dengan berita atau email yang diterima. Wallahu 'Alam.

Sumber:
Bahagian Halal Jakim.

morrid berkata...

Ini pula Jawapan daripada bahagian pengurusan Syrkt Kumpulan Ramly.

Salam,

Perkara di atas adalah dirujuk.

Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pengilangan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh JAKIM, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan lain-lain jabatan yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal.

Kami telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang bertanggungjawab menabur fitnah ini. Oleh kerana perkara ini dalam siasatan polis dan tindakan undang-undang oleh peguam, maka kami tidak boleh memberi komen atau keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Siti Hayu Binti Dato’ Haji Ramly
Pengurus Kanan
Pemasaran Ramly Mokni Sdn Bhd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular