Translate

Khamis, 1 Disember 2011

Soberi Shafii Saman Facebooker Kerana Sebar Fitnah Terhadapnya.

Gara-gara mengaibkan seseorang menggunakan facebook, seorang facebooker, KG JAMBU MERAH MELOR (KJMM) bakal berdepan dengan tindakan mahkamah.
Petang semalam mantan Ketua Pemuda Umno Ketereh, Mohd Soberi Shafii membuat laporan polis terhadap facebooker terbabit di ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu di Pengkalan Chepa.

Mohd Soberi berkata, berdasar penyelidikan yang dibuat dapati KJMM dipunyai akaun seorang pensyarah di Politeknik Kok Lanas yang beralamat di Bt 12, Jalan Pasir Puteh, Melor.
“Fitnah yang dimuatkan dalam facebooknya telah menjatuhkan maruah saya. Kemungkinan facebooker terbabit mahu menghalang saya kerana sering menggunakan pentas ceramah mendedahkan isu-isu rasuah,” katanya di sini.
Tulisan tersebut dimuat turun dalam laman sosial berkumpulan Umnotumpas menyebut “Lo ni hok ambo tahu MSS ambik komisen RM2 juto…Buat Projek jalan kat K.Lanas” dan satu lagi “Gapo dia fungsi MSS ini…Biso sampai ore bui  2 juto“.
Soberi berkata, facebook terbabit menggunakan nama samaran bagi menyebarkan fitnah terhadapnya.
Menurutnya juga notis saman terhadap facebooker terbabit akan dihantar  peguamnya.
“Sekiranya dia gagal untuk menunjukkan bukti, saya akan meneruskan saman pemula dan menyserah kepada mahkamah untuk menentukan kebenaran,” katanya.
Beliau juga memberitahu sudah melapor kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat siapa sebenarnya yang mendapat komisen projek pembinaan jalan tersebut.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular