Menjawab soalan cepumas DS Najib di AGM Umno, jika anda ahli Umno, pilihan anda:
Sokong penuh Umno meskipun tidak dipilih calon | 7 % | (766) | |
Masih sokong Umno meskipun tidak dipilih calon | 3 % | (301) | |
Tidak akan kerja masa PRU13 | 7 % | (815) | |
Saya akan sabotaj Umno-BN | 31 % | (3504) | |
Saya akan lompat parti | 53 % | (6090) |
Susulan Perhimpunan Agung Umno 2012, jika anda seorang pengundi, parti pilihan anda?
Pas | 93 % | (14192) | |
Umno | 7 % | (1053) |
Bancian yang dilakukan oleh akhbar Sinar Harian adalah strategi Umno untuk melihat adakah ahli Umno benar-benar akan memberi undi kepada mereka. Kita mungkin alpa atau tertipu dengan bancian kerana Umno tidak mahu perkara yang sama berlaku pada PRU12 yang lalu. Sinar Harian diterbitkan setelah Berita Harian dan Utusan Malaysia tidak lagi dipercayai lagi oleh pembaca, ianya adalah akhbar Umno milik Umno.
Inilah strategi Umno untuk menghadapi PRU13 dan Sinar Harian ditonjolkan sebagai akhbar yang memberi ruang kepada PR dalam laporan mereka. Jangan kita terlalu gembira dengan bancian yang menunjukkan yang Umno/BN telah ditolak oleh pengundi sedangkan kita sebenarnya ditipu hidup-hidup oleh Sinar Harian a.k.a. Umno a.k.a. BN.
Kita mengambil contoh soalan pertama "jika anda ahli Umno, pilihan anda" telah menunjukkan 7% sokong penuh Umno dan 3% masih sokong Umno daripada 11,476 pengundi. Apabila dicampur semua maka seramai 1,067 tidak akan sabotaj Umno dan jumlahnya hampir sama dengan soalan "jika anda seorang pengundi, parti pilihan anda?" seramai 1,053 daripada 15,245 pengundi.
Kerana itulah soalan ke2 Sinar Harian tidak meletak bersama parti PKR atau DAP tetapi meletakkan satu parti sahaja yang mewakili PR iaitu PAS. Dengan soalan 1 dan 2, Umno telah mendapat mesej yang mereka tidak lagi akan disabotaj oleh ahli mereka seperti mana PRU12 yang lalu.
Dari awal lagi Sinar Harian tahu yang bancian ini akan dimonopoli penyokong Pakatan Rakyat. Mereka hanya mahu tahu adalah soalan 1 dan 2 seimbang atau pun tidak. Soalan bancian 3 dan 4 tidak membawa apa-apa makna kerana ia hanyalah soalan seronok-seronok sepertimana seronoknya kita melihat keputusan penuh.
Realitinya kita seperti 'Tipah Tertipu" kerana kerajaan yang dikuasai oleh Umno tidak akan sesekali memberi lesen penerbitan akhbar yang tidak memihak kepada mereka. Jika Umno telus dan jujur, pasti sudah lama PAS, DAP dan PKR mempunyai akhbar sendiri. Walau pun sekarang ini zaman IT, media massa masih lagi memainkan peranan yang besar kepada rakyat untuk mendapat maklumat.
Apabila akhbar Berita Harian dan Utusan Melayu sudah tidak dipercayai akan berita-berita yang dilapurkan, maka lahirlah Sinar Harian a.k.a. Umno a.k.a. BN. Takkan kita tak terfikir bagaimana pengurusan tertinggi Karangkraf/Sinar Harian sentiasa mendapat berbagai anugerah dari kerajaan Malaysia yang dikuasai Umno.
2 ulasan:
Betul tu, SINAR HARIAN hanya alat sahaja. akhbar ini saya tak baca pun walaupun diterajui oleh orang yang dikenali. setahun 2 atau 3 naskah sahaja yang saya beli. Isinya macam Utusan juga. Tidak seimbang walaupun cuba melayani laporan dari PR.
tau xper...kabo kan kek sedaro maro,,,den tau lamo do eh...
Catat Ulasan