Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Dewan Pemuda PAS Malaysia
menyediakan 100 peguam untuk bertugas sempena Himpunan Kebangkitan
Rakyat (HKR) esok.
"Juham menasihatkan para peserta HKR112 untuk sentiasa berwaspada dengan sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh agen-agen UMNO/BN sepanjang perhimpunan aman tersebut berlangsung.
"Juham percaya perhimpunan esok pasti akan berjalan dengan aman dan lancar sekiranya ia bebas daripada sebarang provokasi jahat agen-agen tertentu sepertimana yang berlaku pada perhimpunan-perhimpunan aman sebelum ini," katanya.
Bagi memudahkan para peserta untuk membuat laporan terhadap sebarang insiden mahupun tangkapan, Juham juga telah melancarkan tiga nombor Hotline untuk dihubungi.
Peserta dinasihatkan menyalin nombor-nombor berikut bagi memudahkan mereka menghubungi peguam jika berlaku sebarang tangkapan.
Nombor-nombor tersebut akan mula beroperasi pada pukul 12.00 tengah malam ini.
Nombor HOTLINE Bilik Gerakan Peguam PAS adalah seperti berikut:
2. 01-112-835485
3. 01-112-836139
Tiada ulasan:
Catat Ulasan