Translate

Memaparkan catatan dengan label Cetusan.Pandangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cetusan.Pandangan. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mei 2011

Aziz Bari: Mufti Perlis Naif, Jahil Sejarah Politik


Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini membidas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berhubung kenyataannya yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan antara Umno dan PAS sebagai pengkhianat Islam.
NONEAbdul Aziz beranggapan kenyataan tokoh agama itu sebagai "naif dan menandakan kejahilannya dalam sejarah politik Malaysia" khususnya berhubung kerjasama kedua-dua parti itu pada awal 1970-an sehingga melahirkan BN pada 1974.

"PAS ditendang oleh Umno pada 1977 dan Kelantan dirampas melalui darurat. Kerjasama atau gabungan Umno-PAS merugikan umat Islam.

"Ia melemahkan mekanisme semak dan imbang serta persaingan sihat demi kepentingan orang Melayu dan Islam.

"Melemahkan mekanisme itu, baik dalam parti-parti yang ada yakni Umno, PAS atau PKR akan merugikan umat Islam," katanya.

Abdul Aziz yang juga seorang pengamat politik berkata ketiadaan semak dan imbang menyebabkan pelaksanaan Islam dan kebajikan Melayu terbantut.

"Ia menyebabkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa merebak," kata Abdul Aziz dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
NONEBeliau mengulas kenyataan Dr Juanda yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia semalam yang menyifatkan pihak yang menentang penyatuan kedua-dua parti itu sebagai pengkhianat Islam dan boleh dianggap pendukung fikrah Khawarij yang amat bencikan kesatuan.

Menurut mufti Perlis itu, penyatuan kedua-dua parti berkenaan sebenarnya wajib, khususnya untuk kekuatan Islam. Malah al-Quran sendiri melalui ayat 13 surah Asy-Syura memerintahkan supaya umat Islam bersatu padu dan Islam perlu ditegakkan.

Bagaimanapun tokoh agama muda itu menjelaskan gesaan penyatuan Umno dan PAS yang diutarakannya semalam bukanlah bermaksud kedua-duanya perlu bergabung sebagai satu parti.

Sebaliknya penyatuan tersebut dalam erti kata bekerjasama dalam urusan kepentingan Islam dan negara.

"Duduk semeja, kurang maki (sesama lain), kurang politiking, tumpu pada kepentingan rakyat dan negara. Penyatuan tak semestinya (melalui) satu parti," katanya.
islam hadari pas and umno 051004Mengulas lanjut, Abdul Aziz turut menyifatkan "satu jenayah" bagi menggagalkan pembentukan sistem dua parti yang kini sedang berjalan.

Dakwanya, Umno dan beberapa tokoh tertentu dalam PAS, tidak selesa dengan pembentukan sistem dua parti yang akan menyemarakkan wacana politik yang berasaskan dasar dan program, bukan agenda ras, politik skandal yang didakwanya cuba dibawa oleh Umno sekarang.

Sehubungan itu beliau meminta Juanda mempelajari sistem politik yang ada sebelum membuat sebarang kenyataan. MK

Selasa, 28 September 2010

Apakah Perkasa Cuba Menganti Umno???

Semakin hari semakin lantang suara Perkasa yang masih lagi berstatus NGO dan tidak mustahil Perkasa yang dibawah pimpinan Ibrahim Ali akan mendaftarkan pertubuhannya menjadi sebuah parti politik.

Sejak Tun Mahathir menjadi penasihat Perkasa, semakin hari semakin celupar mulut presiden dan orang-orang kanannya. Nampaknya Perkasa semakin angkuh sejak dua mejak ini disebabkan semakin ramai ahli-ahli Umno yang terlalu tebal sifat perkauman Melayu menyertainya.
Selepas beliau memenangi Parlimen Pasir Mas dengan ehsan daripada PAS yang tidak sampai hati melihat beliau meraung-raung agar diberi peluang. Walau pun beliau adalah bekas ketua bahagian dan ahli parlimen semasa berada didalam Umno dulu, tetapi pengaruhnya tidaklah kuat sangat . Ini kerana semasa pilihan raya kecil, beliau hilang wang pertaruhan.

Walau pun menang atas tiket PAS, di parlimen beliau bertindak sebagai MP bebas. Inilah sikap seorang yang tidak mengenang budi bagaikan melepas anging yang tersepit. PAS bantu beliau dengan segala kudrat, tenaga dan kewangan, jangan kata nak ucap terima kasih, malah PAS sendiri dibantainya cukup-cukup.

Malah tanpa merasa malu, beliau mengatakan bahawa kemenangan yang beliau perolehi disebabkan pengaruh beliau yang cukup besar di Pasir Mas. Boleh diandaikan yang beliau sememangnya masih terlalu gila talak dengan Umno. Cuma malu untuk meluahkannya.

Oleh kerana beliau tahu pada PRU 13 yang akan datang 1000% PAS akan menolaknya dan Umno pun mungkin kurang berkenan kerana Umno Pasir Mas sendiri mempunyai barisan colan yang ramai. Maka datanglah idea untuk menubuhkan NGO perkauman Melayu.
Tanpa disangka-sangka, Perkasa mendapat sambutan daripada yang terlalu karat akan kemelayuan seperti yang ada pada dirinya. Beliau merasakan yang Perkasa mempunyai peluang yang cerah untuk mengantikan Umno sekiranya Perkasa dinaik taraf menjadi sebuah parti politik.

Dengan mantan PM, Tun Mahathir berada dibelakang, cita-cita besar Ibrahim Ali semakin terbentang luas dalam arena politik sempit perkauman Melayu yang tebal. Umno sudah terasa akan bahangnya apabila ramai ahli-ahlinya menyertai Perkasa.

"Umno tidak akan menghalang ahli-ahlinya untuk menyertai Perkasa atau pun mana-mana NGO" , kata DS Najib dengan sinis apabila diajukan pertanyaan oleh wartawan. Hakikatnya, betapa bercelarunya hati beliau disebabkan oleh penangan Perkasa.
Jika perkara ini benar-benar berlaku, kemungkinan akan lahir dua parti baru sebelum PRU 13. Cuma Perkasa yang belum mempunyai logo memandangkan parti yang satu lagi dah awal-awal mempamirkan logo  berserta dengan jualan baju lagi.

Jumaat, 26 Mac 2010

Jika Benar, Apakah Aduan Tulang Besi Boleh Di Terima.

Saya bukan hendak memihak dimana-mana pihak, jika benarlah yang Tulang Besi iaitu pemilik laman sesawang Malaysia Waves tidak membayar yuran keahliannya sebagai ahli PAS, maka bolehkah aduan beliau diterima.

Sebagai contoh, saya tidak membayar yuran, adakah saya layak menghadiri mesyuarat PAS cawangan?.Oleh kerana saya tidak membayar yuran keahlian, maka keahlian saya akan tergantung. Parti PAS bukannya seperti Umno yang mana ketua cawangan akan tolong membayar yuran keahlian penyokong mereka walaupun ahli tersebut langsung tidak aktif.

Jika benar Tulang Besi tidak membayar yuran keahlian, sebagai seorang yang mempunyai harga diri apakah layak beliau mencampuri urusan dalaman PAS. Apatah lagi membuat aduan tentang pucuk pimpinan PAS, tidak ini amat memalukan.

Mungkin kerana itulah beliau awal-awal lagi membuat telah dalam artikel beliau yang bertajuk,'Bagaimana Kalau Kesemua Aduan Tulang Besi Ditolak'. Jika ini berlaku maka bolehlah beliau jadikannya modal untuk bantai PAS.

Lainlah jika beliau tidak pernah terlepas dari membayar yuran tersebut setiap tahun. Oleh itu PAS patut menyemak kembali tentang keahliannya. Ia juga dapat memberi keadilan kepada Tulang Besi atau Abdul Rahman Talib. Jika tidak, ia akan dianggap sebagai orang luar yang cuba menganggu gugat parti.

Jika beliau benar-benar ahli PAS, maka beliau patut menubuhkan parti yang lebih Islam daripada PAS. Ini memandangkan tulisan beliau yang bertajuk 'September 16 Gagal Kerana PAS Amal Assabiyyah Melayu?. Walaupun artikel beliau mempunyai tanda tanya, ia tetap menjurus kepada satu tuduhan.

Dengan menubuhkan parti baru yang lebih Islamik daripada PAS, beliau boleh menjadi Presiden. Mungkin tidak menjadi masaalah bagi beliau untuk menubuhkan parti baru kerana beliau mempunyai ramai pengikut seperti yang kita sedia maklum.

Tidakkah jawatan tertinggi sudah menjadi idamannya sejak dulu lagi. Silap-silap boleh jadi Perdana Menteri, kalau parti beliau itu menang pilihan raya. Bukan senang woi.......... kalau tak menang majoriti, mungkin boleh buat tawar menawar dengan Najib, jadi timbalan beliau. Tak payah lagi berulang-alik ke Indonesia, kalau gatal nak pergi pun dah tak susah pasal ada jet peribadi.

Khamis, 25 Mac 2010

Bahaya Muqabalah Umno-Yahudi.

Mohd Rushidi Hasan

Hubungan pemimpin-pemimpin Umno-BN, khususnya Perdana Menteri, menggunakan konsultan APCO Worldwide yang mempunyai kaitan dengan elemen Zionis dan Neo-Konservatif Amerika Syarikat, jelas amat membahayakan negara.

Sebagai sebuah negara yang dihormati sebagai antara peneraju pergerakan negara-negara Islam, adalah amat malang dan memalukan apabila pemimpin Umno-BN, membuat hubungan rasmi dengan agen-agen yahudi untuk mempromosikan agenda mereka.

Kerajaan BN jelas menodai mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, sekaligus mereka membohongi rakyat, bahawa kononnya mereka mempertahankan Islam dan anti-Zionis.

Rakyat memandang serius, isu kerajaan BN menggunakan khidmat APCO Worldwide untuk membantu BN menguruskan negara dengan mempromosikan slogan 1Malaysia, menyamai slogan 1Israel semasa kerajaan haram Yahudi dipimpin Perdana Menteri, Ehud Barak suatu ketika dahulu.

Dalam hal ini, bukan soal hendak menyamakan Umno dengan Yahudi, tetapi yang dipersoalkan ialah, mengapa Umno yang mendakwa mereka sebuah parti Melayu-Islam menggunakan khidmat perunding Yahudi?

Apa perlunya Yahudi digunakan untuk mempromosikan slogan One Malaysia? Apakah dalam keadaan sekarang, amat mendesak buat Umno untuk menggunakan khidmat Yahudi untuk menyambung hayatnya dalam politik negara?

Kita mendesak supaya Umno-BN yang dipimpin Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak memperjelaskan keadaan ini. Kita mendesak supaya Umno-BN membatalkan kontrak dengan APCO Worldwide.

Walaupun ada jawapan rasmi kerajaan di Parlimen yang menyatakan bahawa perkhidmatan APCO Worldwide tidak digunakan khusus untuk mempromosi 1Malaysia tetapi untuk semua isu-isu umum komunikasi, tetapi yang dipersoalkan sekarang ini, apakah keperluan dan kewajarannya dibayar syarikat Yahudi ini puluhan juta ringgit menggunakan wang rakyat?

Kerajaan Umno-BN seharusnya sedar bahawa perkhidmatan APCO Worldwide, selain digunakan Israel sebagai konsultan propagandanya, perkhidmatannya turut digunakan oleh diktator di Nigeria dan Kazakhstan.

Justeru dalam hal sebegini, Kerajaan Umno-BN tidak harus menyembunyikan kepada rakyat, apakah peranan APCO Worldwide yang sebenarnya dan berapakah nilai kontrak yang dibayar kepadanya.

Kerajaan Umno-BN harus mendedahkan kepada rakyat, apakah syor-syor yang diberikan oleh APCO Worldwide kepada semua kementerian yang digunapakai untuk faedah rakyat jelata.

Sebagaimana yang ditegaskan Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff di Dewan Rakyat, 22 Mac lepas, "Jika Umno-BN tidak membatalkan kontrak APCO, ia memberi implikasi bahawa dasar-dasar Israel menjadi asas kepada komunikasi negara.

"Saya cabar Perdana Menteri jika tidak ada tindakan tegas diambil, rakyat akan berkata kamu bersekongkol dengan pemimpin Israel."

Rakyat Malaysia tidak lupa bagaimana sebelum ini, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menggunakan khidmat pelobi Yahudi yang pro-Zionis dan neo-konservatif ektremis, Jack Abramoff, dengan jumlah bayaran yang begitu besar.

Difahamkan, Kerajaan Malaysia telah membayar yuran perundingan sebanyak AS$1.2 juta (RM4.6 juta) kepada Abramoff bagi khidmat menguruskan pertemuan antara Mahathir dan Presiden Amerika ketika itu George W. Bush di White House, Washington pada Mei 2002.

Malah Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi turut dikecam keras kerana mengadakan pertemuan bersama Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di sebuah majlis koktel di Pertunjukan Udara Paris, 17 Julai tahun lalu.

Kesemua bukti ini menunjukkan wujudnya muqabalah antara pemimpin Umno dengan Yahudi, sedangkan pada masa yang sama Yahudi cukup terkenal dengan nama Penyembelih Gaza (The Butcher of Gaza).

Hubungan ini amat menghiris hati umat Islam di negara ini yang majoriti anti-Yahudi. Maka dengan itu, keadaan ini semakin membulatkan tekad rakyat, yang beragama Islam untuk menguburkan Umno pada PRU ke-13 nanti. 


* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Isnin, 15 Mac 2010

Munafik Di Dalam Parti.


BERSYUKUR kita ke hadrat Illahi, kini sudah dua tahun Pakatan Rakyat memerintah negeri-negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selepas mencatat pencapaian gemilang pada pilihan raya 8 Mac 2008.

Sewajarnya, selepas berakhirnya pilihan raya wujud hormat menghormati Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri bagi membolehkan semua pihak termasuk rakyat mengembleng segala kekuatan bagi menjadikan masyarakat dan negara utuh dalam menghadapi pancaroba dalam segala bidang – daripada kehidupan duniawi membawa kepada kehidupan akhirat.

Namun apa yang berlaku sepanjang dua tahun lalu, seolah-olah wujud konspirasi pemimpin parti politik yang menguasai Kerajaan Pusat dan kuncu-kucunya untuk menyukar, malah sehingga menggulingkan Kerajaan Negeri yang tidak dikuasainya. Kemuncak daripada perkembangan ini membawa kepada rampasan kuasa ke atas kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak setahun lalu.

Perkembangan ini bukanlah sesuatu yang sihat bagi kesejahteraan rakyat negara ini. Apa yang ditonjolkan oleh pemimpin, menyerlahkan sikap munafik (seperti tidak menepati janji, bercakap bohong dan pecah amanah) yang menjadi ikutan rakyat negara ini. Apabila pemimpin zalim, rakyat pun zalim; apabila pemimpin berbohong rakyat pun jadi pembohong; dan apabila pemimpin pecah amanah dengan mengamalkan rasuah, rakyat pun terikut sama.

Apabila pemimpin negara bertindak merampas negeri secara rakus, rakyat yang tidak diberkahi juga bertindak melakukan kejahatan sama. Sudah tentu kejahatan yang dilakukan adalah dalam skala lebih kecil seperti Pengerusi JKKK merampas atau ‘mengsonglap’ duit peruntukan kampungnya atau pengerusi masjid menggelapkan duit derma orang ramai.

Sebenarnya, kejahatan manusia ini bukan sahaja berlaku dalam negara tetapi bersifat sejagat. Sifat munafik dalam politik antarabangsa begitu ketara. Semuanya bagaikan matlamat menghalalkan cara seperti disebut Machiavelli. Di pentas dunia adalah biasa bagi kuasa besar dunia seperti Amerika dan Britain bercakap hebat mengenali amalan hak demokrasi dan hak asasi manusia.

Tetapi hakikatnya, mereka tidak pedulikan apa yang mereka hebohkan itu. Kuasa besar ini mahu negara lain mengikut telunjuk mereka. Negara yang melawan seperti Iraq pimpinan Saddam Hussein sudah dimusnahkan. Negara lain seperti Sudan, Libya, Korea Utara dan Syria sedang menunggu nasib masing-masing. Cuma Iran yang berani bersemuka, natijahnya belum diketahui.

Laungan demokrasi dan hak asasi adalah untuk memuaskan nafsu mereka saja. Malah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mereka wujudkan, diperkudakan untuk kepentingan sendiri. PBB dijadikan topeng untuk mengesahkan sifat munafik mereka.

Politik negara kita juga menyaksikan perkara yang sama. Daripada peringkat paling atas, cakap-cakap mengenai demokrasi dan hak asasi dihebohkan, tetapi setakat mana ia benar-benar dikotakan, tidaklah diketahui.

Di kalangan tokoh politik, sifat hipokrit boleh disaksikan menjelang satu-satu pilihan raya. Biasanya, sebelum sesuatu pilihan raya, sesebuah parti atau calon itu akan membuat pelbagai janji manis, tetapi selepas pilihan raya, kebanyakannya dilupakan. Ini satu ciri munafik – mungkir janji.

Kemudian kita saksikan gelagat sesetengah tokoh politik dan pemimpin yang bercakap tidak serupa bikin. Akhir-akhir ini gelagat golongan ini semakin menjadi-jadi. Sungguh menghairankan dulu mereka bermatian-matian menegakkan parti masing-masing; sekarang ini pula melompat parti, menyerang dan menafikan apa yang mereka perjuangkan dulu – tidakkah ini namanya mempamerkan sifat munafik paling hebat?

Pakatan Rakyat sudah pergi jauh, selama dua tahun KeADILan, DAP dan PAS berjaya membendung perbezaan besar antara parti, sebaliknya mengukuhkan persamaan yang ada demi masa depan rakyat, oleh itu pada saat mencabar sekarang, wajarlah ia berhati-hati menghadapi golongan penzalim termasuk pemimpin yang mempamerkan sifat munafik seperti pecah amanah, pembohong dan gagal menunai janji.

sumber 
Lanh

Ahad, 7 Mac 2010

Zul Kulim : PAS Reform Sesuai Bagi Beliau....

Poster dari Pendikargunung.blogspot

Akhirnya cita-cita Zul Kulim agar dipecat dari PKR berjaya, kerana itulah kehendaknya. Sepatutnya PKR menunggu sehingga selasa ini dengan tidak menukarkan ahli jawatan displin parti agar beliau keluar dengan sakit hati.

Melompat dengan dipecat mempunyai makna yang berlainan, disebabkan itulah Zul Kulim tetap bertahan agar beliau dipecat dan bukannya melompat seperti katak-katak yang lain. Begitu juga menyuruh beliau mengosongkan kerusi parlimen Kulim/Bandar Baharu umpama menyuruh MB 5-0 Perak membubarkan DUN Perak.

Apabila membaca tajuk Zul Kulim dipecat dari PKR, saya tidak membaca kenyataan akhbarnya kerana dah boleh agak skrip beliau yang akan berbeza sikit dengan kenyataan dari katak-katak yang lain. Isu pemecatan beliau akan menjadikan modal besar buat Umno yang sedang ketandusan isu.

Beliau mungkin tidak akan masuk Umno jika diukur dengan ideologinya yang lebih condong kepada PAS. Melainkan ada penjanjian yang istimewa daripada Umno untuknya. Sekiranya beliau ada selera dengan PAS, tempat beliau sesuai berada dalam PAS Reform yang berketuakan ajaran sesat.

Mungkin ada orang yang akan melenting dengan gelaran tersebut............ lantaklah. Jika menghina Isteri dan Sahabat Rasulullah tidak dipanggil sesat, apa yang patut kita panggil. Zul Kulim akan menjadikan Mahathir sebagai mentornya semasa beliau dipecat oleh Tuanku Abd Rahman.

Zul Kulim tidak akan diterima diatas pentas PAS seperti yang Mahathir terima kerana PAS bersama dengan PKR dan DAP. Hanya dipentas PPP dan Gerakan sahaja pilihan yang Zul Kulim ada selain dari Umno. Nak harap tuah badan sendiri, jangan haraplah kerana menang MP pun atas nama DSAI.

Percayalah....... PAS tidak kebulur dengan orang seperti Zul Kulim yang pasti akan ditolak peringkat cawangan jika beliau minta dicalonkan.

Sabtu, 16 Januari 2010

DISEBALIK PENDEDAHAN G.A.P.. ADA YANG BERKIRA2 NAK PINDAH LUAR NEGARA..

 

 

APA PUN TAHNIAH PADA JENARAL KAMI GERAKAN-ANTI-PKR YANG BERANI MEMBONGKAR SIAPA SEBENARNYA KALIMULLAH HASSAN DAN SIAPA KRONI2 DIA SERTA SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMBAWA KALIMULLAH DAN KRONI2NYA MASUK KEDALAM NEGARA INI..

KALIMULLAH MUSUH NEGARA!!

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA SERTA PIHAK YANG RASA DIA BERWAJIB MENGAMBIL KES INI HARUS MENGAMBIL TINDAKAN SEBERAPA SEGERA..


SEMUA DOKUMEN LENGKAP DAN FAIL2 BERADA DI TANGAN G.A.P..

SERANGAN AKAN DITERUSKAN KE SASARAN DAN KAMI MENDAPAT MAKLUMAT YANG SASARAN SEKRANG SUDAH BERKIRA2 HENDAK KELUAR NEGARA MUNGKIN BERSAMA-SAMA SEORANG RAJA KAKI PUTAR..RAJA PETRA..


AIR ASIA X,TUNE HOTELS(MALAYSIA INDONESIA) DAN EKOWOOD


MERUPAKAN SALAH SATU COMPANY TERBESAR MILIK KALIMULLAH SELEPAS ECM LIBRA..DIDALAM AERO VENTURES PULA ADA SEORANG WARGA NEGARA ASING YANG PERNAH BERSEKOLAH DI HIGH SCHOOL SINGPORE BERNAMA ROBERT MALTIN..


SIAPA ROBERT MALTIN?? AKU PUN TAK TAU..


COMPANY2 NI DAH BANYAK SANGAT KAUT DUIT RAKYAT MALAYSIA.. DAN SEPERTIMANA KATA GAP..RAHSIA RAKYAT MALAYSIA DITANGAN KALIMULLAH
SIAPA ANTARA PEMEGANG SAHAM TERBESAR ECM LIBRA?
SIAPA ANTARA PEMEGANG SAHAM TERBESAR SCOMI?

SEORANG JUTAWAN MUDA SEGERA..

SEMUA PASAL DIA SEMUA NYA SEGERA..

MCM INDOMIE.. CUBA TRY TEST TENGOK..


PERSOALAN DISINI.. KENAPA KALIMULLAH INI BERIYA-IYA MENJAGA ORANG YANG MEMANG INGIN MEROSAKAN IMEJ NEGARA DAN PEMIMPIN2 NEGARA KITA..

APAKAH ADA DENDAM DIKALANGAN KEPIMPINAN UMNO SENDIRI SEHINGGAKAN TERPAKSA MENGUNAKAN AGEN2 SINGAPORE SERTA RAJA PETRA SEBAGAI SENJATA??
RENUNG2KANLAH

Ulasan Musafirlalu............ 

Hang fikir sendirilah puak-puak umNO bila kuasa dah tiada, maka timbullah segala kebobrokan pemimpin mereka. Habis benda-benda dalam kain diselongkarnya. Kalau hang tak percaya, hang tengoklah bila One Malaysia dah tumbang. Sekarang ni bukan main lagi sanjungan yang mereka berikan.

Bila One Malaysia ambil alih kekuasaan dari Pak Lah, sikit......sikit pencacai Pak Lah diturunkan dan pencacai-pencacai One Malaysia dinaikkan. Dengan arahan Laki One Malaysia, budak-budak tingkat 4 di teranjang keluar dengan berperingkat-peringkat.

Semua RAKYAT DIDAHULUKAN tahu betapa berkuasanya Laki One Malaysia keatas One Malaysia dan pemimpin BN. Tak tahulah bagaimana nasib yang akan terjadi kepada RAKYAT DIDAHULUKAN, jika One Malaysia dipanjangkan mandat. Mungkin akan jadi macam kat Filipina zaman Marcos atau Indonesia zaman Suharto......... minta dijauhi daripada terjadi oleh ALLAH s.w.t.

Dan kita lihatlah bila One Malaysia dah tak ada kuasa, habis skandal-skandal One Malaysia dan Lakinya akan dibongkar dan dikutuk macam apa yang berlaku kepada Pak Lah. Itulah sikap pencacai-pencacai umNO yang hanya berani bersuara bila pemimpinnya dah tak ada kuasa. Bila berkuasa, pijak semut pun tak mati.

Itulah sikap pengecut yang ada pada pencacai-pencacai umNO.............. kipas.......... kipas......... kipas............ jangan tak kipas............ nanti hilang rezeki. Pasal bagi pencacai-pencacai umNO, hanya umNO yang beri rezeki pada mereka............ bukan ALLAH s.w.t.

Ahad, 1 November 2009

'Mukjizat Palsu Media'

Media memang dianggap berpengaruh besar, malah ada yang melihatnya sebagai penentu, dalam persaingan merebut kuasa. Dalam konteks politik Malaysia, persaingan itu begitu berat sebelah, terutama apabila media tradisi dikawal dan dikongkong sepenuhnya oleh pemerintah.
Pelbagai akta dan peraturan digubal bagi encengkam pemilik media, seterusnya 'memenjarakan' para wartawan dan editor. Seringkali faktor 3M (media, money, machinery) dianggap membantu BN mengekalkan kemenangan "di padang permainan yang tidak pernah sama rata".

Kemunculan media baru bermula dalam pilihan raya 1999 telah memecahkan hegemoni BN terutama apabila ruang maya menyediakan persaingan yang lebih saksama. Pengenalan internet secara besar-besaran pada 1997, seperti penggunaan emel dan laman web, diikuti kemudiannya oleh blog, youtube, Twitter, Facebook dan seumpamanya, bukan saja memberi peluang rakyat Malaysia untuk akses kepada kepelbagaian sumber maklumat, malah mencabar kedudukan BN yang berdekad lamanya hegemonik dalam membentuk pemikiran dan budaya politik masyarakat.

Bagaimanapun, pensyarah sains politik UKM, Mohamad Nadzri Mohamed Noor (Politik Malaysia di Persimbangan, 2009) mengingatkan, merujuk tiga pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008, "kita dapat melihat jatuh bangun pakatan parti oposisi meskipun mereka menggunakan dan menguasai ruang maya secara konsisten dan lebih menyeluruh berbanding BN, dan BN pula agak ketinggalan dalam penggunaan media online, namun BN tetap berupaya mengekalkan majoriti dua pertiga dalam PRU 1999 dan mencapai kemenangan terbesarnya dalam PRU 2004. Oleh itu, kempen efektif dalam ruang siber semata-mata kelihatan tidaklah memadai dalam menarik pola pengundian yang signifikan ..."

Sengaja saya tekankan hal ini memandangkan ada tanggapan daripada aktivis Pakatan Rakyat bahawa kemenangan mereka untuk pilihan raya akan datang, di zaman langit terbuka ini, agak terjamin disebabkan masyarakat semakin meninggalkan media tradisi seperti akhbar, hatta TV, dan beralih sepenuhnya kepada media baru.

"Jika media benar-benar bebas, atau kita tidak diserang bertubi-tubi oleh media yang dikawal mutlak oleh BN, nescaya rakyat akan menyokong kita," begitulah kira-kira hujah mereka.

Mereka yakin BN jauh ketinggalan dalam usaha memanfaatkan kepesatan teknologi maklumat ini. Dengan itu pengundi akan mendapat maklumat lebih seimbang daripada media alternatif dan tidak mudah tertipu lagi dengan propaganda murahan BN. Mereka juga percaya bahawa sesiapa yang menguasai informasi - kini dilambahkkan dalam media baru - maka automatik ia akan menerajui kuasa.

Maka apabila Pakatan kalah dalam mana-mana pilihan raya misalnya, yang dipersalahkan adalah kegagalan jentera penerangan untuk berfungsi dengan berkesan, terutama bagi menyanggah serangan lawan, sekali gus melakukan pujukan.

Propaganda media BN pula dikatakan begitu berjaya mempengaruhi pengundi seolah-olah mempunyai kuasa luar biasa hebatnya, meskipun parti itu dan calonnya bergelumang dengan rasuah, salahguna kuasa dan terjebak dengan kegiatan tidak bermoral. Tukang spin dilihat berupaya menjadikan "yang hitam itu putih" pada kacamata pengundi dan membuatkan kebenaran terus tertimbus dan tidak dipedulikan.

Tidak dinafikan bahawa media (sama ada tradisi mahupun baru) perlu dikuasai selok-beloknya, bukan saja dari aspek teknikal tetapi juga pengisiannya. Namun yang tidak kurang penting - malah mungkin lebih mustahak - adalah menguasai isu sebenar, merasai penderitaan rakyat, menyelesaikan masalah masyarakat, menjuarai usaha membela golongan bawahan, menampilkan kualiti kepimpinan, serta membentuk keyakinan kita mampu melakukan perubahan dan tidak mengulangi kebobrokan sistem lama. Usah remehkan kemampuan rakyat untuk menilai dan menghakimi pretasi parti dan calon yang telah diberikan kepercayaan dalam pilihan raya lalu.

Benar, politik itu permainan persepsi tetapi media juga semakin sukar memikul tugas sebagai "tukang putar". Hari ini mungkin rakyat terkeliru dan tertipu dengan kelicikan media, namun ia tidak kekal lama. Kebatilan akhirnya terbongkar jua.

Justeru, jika kita tersungkur, ia bukan semata-mata diperangkap media musuh, tetapi juga berpunca dari kelemahan sendiri, yang disaksikan secara nyata oleh pengundi.

Lihat saja pilihan raya 2004 - BN tetap jauh ketinggalan dari segi penguasaan media baru tetapi kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan Dr Mahathir Mohamad berjaya "menyihirkan" tanggapan umum.

Oleh itu, pertama, usah terlalu yakin dengan "sakti" media baru, dan kedua, jangan memandang rendah pihak lain yang cuba mempamerkan diri mereka sebagai "telah berubah".

Malah, dengan dakwaan hegemoni pembangkang di alam siber kian terhakis, ditambah kritikan pengkaji media - merujuk semasa kempen Bagan Pinang - bahawa Pakatan Rakyat gagal memanfaatkan sebaiknya internet untuk menyanggah serangan BN, maka ia menuntut kesungguhan untuk memperbaiki kekurangan dan kealpaan itu.

Sebagai wartawan, saya lebih cenderung untuk mengingati diri tentang kelemahan dalam operasi menjuarai jihad pena ini, selain membetulkan salah tanggap ahli dan pemimpin Pakatan terhadap "mukjizat" media.

"Padang yang sama rata" pun tidak akan membawa kemenangan jika pemain tidak berketrampilan, jurulatihnya tidak kreatif dan pengurus pula tidak hiraukan kebajikan! (Lutfi Othman)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular