Translate

Memaparkan catatan dengan label PRU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRU. Papar semua catatan

Rabu, 16 November 2011

Ahli Umno Mengaku Mengundi Di 6 Lokasi Berbeza Di Parlimen Pekan.



Seorang ahli UMNO bahagian Pekan iaitu kawasan yang diwakili oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tampil mengakui beliau mengundi di enam lokasi yang berlainan pada Pilihanraya Umum Ke-12 tahun 2008 yang lalu.

Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan mengaku ramai lagi rakan-rakannya di dalam UMNO yang juga mempunyai "keistimewaan luar biasa" hasil konspirasi politik yang dilakukan oleh UMNO BN dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saya merasa bersalah atas apa yang berlaku. Bukan niat saya untuk khianat tapi mereka yang mengatur segalanya dengan teratur dan saya mendapat imbuhan daripada parti atas usaha ini.Tak silap saya antara lokasi yang menjadi tempat saya membuang undi ialah di Pahang Tua, Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan), Sekolah Ahmad Pekan dan beberapa lagi lokasi lain", kata beliau ketika dihubungi. Beliau terpanggil untuk membuat pengakuan ini kerana menyedari dirinya telah "berdosa dan khianat" kepada rakyat.

"Saya juga kecewa, sejak sekian lama Datuk Najib menjadi Wakil Rakyat di Parlimen Pekan, tanah-tanah di kawasan ini sedikit demi sedikit terhakis dan diberikan kepada warga asing terutamanya dari Kemboja dan Myanmar. Malah, Najib juga memunggah begitu ramai orang Kedah dan Perlis untuk membuka kampung baru di Pekan. Mereka diberi layanan isitimewa dan berbagai lagi kemudahan. Tapi kami orang Melayu di Pekan terus dipinggirkan. Projek-projek pembangunan semua diberikan kepada orang luar dan bukan kontraktor tempatan anak Pekan sendiri. 

Akhirnya kami makan habuk sebaliknya kemewahan dikecapi oleh orang lain. Dah banyak kali saya bangkitkan isu ini pada Mesyuarat UMNO, tapi jawapannya tetap sama .... apa boleh buat .. Datuk Najib Perdana Menteri kita .. dan kita kena ingat jasa-jasa arwah Ayah dia dulu", kata beliau lagi dengan nada kecewa.Beliau turut menegaskan, kini orang-orang Melayu dalam UMNO di Pekan sebenarnya sudah hilang kepercayaan kepada Najib. Tambahan pula bila mereka melihat proksi isteri Najib iaitu Rosmah Mansor begitu rakus menyapu projek-projek dekat Pekan hatta untuk projek kelas F sekali pun.
Patutlah SPR dan Kerajaan tidak berani laksana sistem dakwat kekal, rupanya mereka mahu memudahkan permainan taktik kotor pada pilihanraya kita

[Dengan kenyataan ini, maka fahamlah kita kenapa SPR dan kerajaan UMNO BN begitu takut untuk melaksanakan sistem celup dakwat kekal pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Malah, jutaan ringgit duit rakyat yang dibazirkan untuk membeli dakwat kemudian dibatalkan atas alasan ada pihak yang telah membeli dakwat yang sama untuk melakukan provokasi. Akhirnya ia dibatalkan, namun hingga kini tiada sesiapa yang ditangkap atau didakwa atas kesalahan yang berkenaan. 

Rupa-rupanya, ini kerja mereka. Sungguh malu dan hinanya melihat sebuah badan bebas yang sepatutnya melaksanakan sebuah pilihanraya yang adil dan saksama kepada rakyat tiba-tiba sanggup menjual maruah mereka seperti ini. Patutlah, SPR juga cuba mencari berbagai helah dan jalan untuk menafikan penggunaan dakwat kekal pada PRU-13 ini. 

Semuanya bagi memudahkan urusan penipuan pilihanraya yang dilakukan oleh BN sebenarnya. Justeru, rakyat digesa bangkit menyatakan bantahan demi masa depan negara dan generasi akan datang. Apa guna kita mempunyai sebuah kerajaan yang menang dengan taktik kotor. Walhal mereka sebenarnya telah ditolak rakyat secara total. Lakukan perubahan pada Pilihanraya Umum ini nanti]. -pahangdaily
Beranikah Najib Bertanding di Parlimen Pekan TANPA UNDI POS???
Pada tahun 1999, Najib Tun Razak cuma mampu menang kerusi Pekan dengan majoriti 241 undi. Itupun, dalam keadaan ada 2400 undi POS yang 95% pergi pada BN. Ertinya, selepas 1999, Najib lebih layak dikenali sebagai "Wakil Pos" berbanding "Wakil Rakyat". 

Selepas kemenangan tipis beliau, secara tiba-tiba Kem Batu 6 Jalan Gambang dipindah dari Parlimen Kuantan kepada Parlimen Pekan tanpa apa-apa sebab yang munasabah. Hasilnya Najib menang gemilang selepas 1999 dengan majoriti 26464 undi (2004) dan 22922 undi(2008)bagi kerusi Parlimen Pekan (P85). Cumanya, Allah SWT Maha Berkuasa. 

Dengan berpindahnya Kem Batu Enam Gambang, PR berjaya menang di Parlimen Kuantan. Antara tuntutan BERSIH adalah "PENGHAPUSAN UNDI POS SAMA SEKALI. Jadi, tidak hairanlah Najib Tun Razak sangat takut dengan gerakan BERSIH. Kalau dihapuskan undi pos, nescaya Najib akan kembali balik kepada zaman kegelapan 1999 di mana beliau hanya mampu menang tipis 241. Jelasnya, tanpa undi pos, harapan Najib mengekalkan kerusi PEKAN adalah tipis. 

Atas sebab itu, Najib Tun Razak habis-habisan menentang BERSIH. BERSIH bakal membersihkan beliau dari kerusi Parlimen Pekan (P85) p/s antara kerusi2 yang selamat disebabkan undi pos: Bagan Pinang (Isa Samad), Kepala Batas (Pak Lah), Jeli (Mustafa Muhammad), Setiawangsa (Raja Nongchik), DUN Paya Jaras (Bushro Mat Johor) dan banyak lagi. -Tulang Besi

Isnin, 7 Februari 2011

Sekeping Seribu Makna Dari Demonstrasi Kepada Revolusi.


Bekas Menteri Luar Israel Tzipi Livni dan Naib Presiden Omar Suleiman yang diwarwarkan oleh Amerika Syarikat sebagai pengganti Hosni Mubarak. 
Selepas Bush, kasut-kasut ini akan kemuka Hosni Mubarak
Mohamed Badie, Pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir







Dari demonstrasi kepada revolusi, rakyat Mesir membayar harga yang tinggi untuk menumbangkan seorang
pemerintahan kuku besi rejim Hosni Mubarak sebagaimana rakyat Iran menumbangkan rejim Shah Iran Palavi. Inilah nilai sebuah perjuangan bagi menegakkan sebuah pemerintahan yang adil.
Apabila setiap kali diadakan pungutan suara oleh rajim Hosni Mubarak dalam mengekalkan kuasanya menunjukkan sokongan 95 % rakyat Mesir menyokongnya, dari mana pula datangnya berjuta-juta rakyat Mesir yang bangun menentang beliau?.
Inilah akibatnya apabila kertas-kertas undi ditukar dengan sewenang-wenangnya dalam usaha mengekalkan pemerintahannya.
Lebih kurang macam kat Malaysia jer caranya. Apa tidaknya apabila SPR dan agensi-agensi kerajaan menjadi jentera BN dan undi pos adalah penyelamat Najib di parlimen Pekan pada pilihan raya umum yang dulu-dulu tu. Entah macam mana dah kalah 200 undi lebih tiba-tiba datang dua guni undi pos.
Lawak betullah Najib ni.

Selasa, 28 September 2010

Apakah Perkasa Cuba Menganti Umno???

Semakin hari semakin lantang suara Perkasa yang masih lagi berstatus NGO dan tidak mustahil Perkasa yang dibawah pimpinan Ibrahim Ali akan mendaftarkan pertubuhannya menjadi sebuah parti politik.

Sejak Tun Mahathir menjadi penasihat Perkasa, semakin hari semakin celupar mulut presiden dan orang-orang kanannya. Nampaknya Perkasa semakin angkuh sejak dua mejak ini disebabkan semakin ramai ahli-ahli Umno yang terlalu tebal sifat perkauman Melayu menyertainya.
Selepas beliau memenangi Parlimen Pasir Mas dengan ehsan daripada PAS yang tidak sampai hati melihat beliau meraung-raung agar diberi peluang. Walau pun beliau adalah bekas ketua bahagian dan ahli parlimen semasa berada didalam Umno dulu, tetapi pengaruhnya tidaklah kuat sangat . Ini kerana semasa pilihan raya kecil, beliau hilang wang pertaruhan.

Walau pun menang atas tiket PAS, di parlimen beliau bertindak sebagai MP bebas. Inilah sikap seorang yang tidak mengenang budi bagaikan melepas anging yang tersepit. PAS bantu beliau dengan segala kudrat, tenaga dan kewangan, jangan kata nak ucap terima kasih, malah PAS sendiri dibantainya cukup-cukup.

Malah tanpa merasa malu, beliau mengatakan bahawa kemenangan yang beliau perolehi disebabkan pengaruh beliau yang cukup besar di Pasir Mas. Boleh diandaikan yang beliau sememangnya masih terlalu gila talak dengan Umno. Cuma malu untuk meluahkannya.

Oleh kerana beliau tahu pada PRU 13 yang akan datang 1000% PAS akan menolaknya dan Umno pun mungkin kurang berkenan kerana Umno Pasir Mas sendiri mempunyai barisan colan yang ramai. Maka datanglah idea untuk menubuhkan NGO perkauman Melayu.
Tanpa disangka-sangka, Perkasa mendapat sambutan daripada yang terlalu karat akan kemelayuan seperti yang ada pada dirinya. Beliau merasakan yang Perkasa mempunyai peluang yang cerah untuk mengantikan Umno sekiranya Perkasa dinaik taraf menjadi sebuah parti politik.

Dengan mantan PM, Tun Mahathir berada dibelakang, cita-cita besar Ibrahim Ali semakin terbentang luas dalam arena politik sempit perkauman Melayu yang tebal. Umno sudah terasa akan bahangnya apabila ramai ahli-ahlinya menyertai Perkasa.

"Umno tidak akan menghalang ahli-ahlinya untuk menyertai Perkasa atau pun mana-mana NGO" , kata DS Najib dengan sinis apabila diajukan pertanyaan oleh wartawan. Hakikatnya, betapa bercelarunya hati beliau disebabkan oleh penangan Perkasa.
Jika perkara ini benar-benar berlaku, kemungkinan akan lahir dua parti baru sebelum PRU 13. Cuma Perkasa yang belum mempunyai logo memandangkan parti yang satu lagi dah awal-awal mempamirkan logo  berserta dengan jualan baju lagi.

Sabtu, 8 Ogos 2009

Umno-Bn Dan Rasuah.

Umno-Bn mula mengatur langkah untuk menghadapi PRU 13 dengan mengagihkan sahan-sahan percuma kepada siswa. Inilah yang dikatakan rasuah untuk jangka masa panjang Umno-Bn dalam usaha mereka menyambung hayat mereka yang semakin pendek. Kerana Umno-Bn melihat bahawa inilah masanya untuk mereka memancing undi daripada golongan muda kerana kejayaan mereka membeli undi daripada golongan muda pada pilihan raya kecil Manek Urai tempoh hari. Inilah sikap para pemimpin Umno-Bn yang tidak boleh lekang dengan duniawi. Mereka sedar bahawa golongan muda adalah golongan tertinggi dalam pendaftaran pengundi yang akan datang. Maka sudah tiba masanya PAS, PKR dan DAP memperkukuhkan ikatan dalam Pakatan Rakyat. Ketepikan dan selesaikan secara berhemah apa yang berlaku didalam Pakatan Rakyat. Janganlah memperbesarkan isu-isu yang boleh dibawa berunding. Kerana ini akan memberi ruang kepada Umno-Bn dan media massa arus perdana yang sememangnya menjadi pencacai nombor wahid Umno-Bn itu. Kerana kesedaran rakyat tentang maklumat melalui ICT masih lagi di paras rendah jika hendak dibandingkan dengan negara-negara maju. Maka ceramah-ceramah masih lagi penting untuk menyedarkan rakyat yang dahagakan maklumat. Dedahkanlah segala kerakusan para pemimpin Umno-Bn dalam memperkayakan anak beranak dan kroni-kroni mereka. Paparkan segala istana-istana dan segala kemewahan yang telah mereka kumpulkan semasa era pemerintahan mereka. Biar rakyat tahu dan akan mengadili mereka pada PRU 13 nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular