Translate

Memaparkan catatan dengan label Pengintip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengintip. Papar semua catatan

Selasa, 24 Disember 2013

Adakah Laman Sesawang Anda Selamat?.


Isu pengintipan oleh kuasa besar dunia telah mengegarkan dunia di mana agensi perisikan Amerika NSA dilaporkan telah mengintip lebih 1 bilion panggilan, tulisan di laman-laman sosial dalam masa satu hari. Adakah anda merasa selamat walau pun anda menganggap yang anda bukan sesiapa pun untuk di intip.

Bagaimana cara anda di intip tanpa anda sendiri sedari dan untuk pengetahuan anda, ada beberapa cara bagaimana laman anda di intip iaitu kebanyakkannya adalah melalui satelit. Sebagai contoh, laman saya yang bukan sesiapa pun telah di intip sebanyak 649 kali melalui satelit, 590 kali melalui fasific region dan 307 kali dengan menggunakan anonymous.

Jika laman saya yang bukan sesiapa sahaja pun di intip lebih dari 1,500 kali, apa pula laman-laman yang lebih terkenal. Intipan ini bukannya dilakukan oleh kuasa luar luar sahaja malah kerajaan kita sendiri terlibat sama dalam pengintipan terhadap rakyatnya sendiri. 

Sebenarnya saya sudah lama saya mengetahui akan perkara ini tetapi saya hanya berdiam diri sahaja. Oleh kerana ia sudah heboh di perkatakan maka perlu saya mengingatkan anda semua akan perkara ini. Dalam keadaan kerajaan yang semakin tertekan dengan desakan rakyat dengan anda sebagai pemain utama yang menyebarkan maklumat salah guna kuasa dan salah laku pemimpin kepada rakyat maka adalah perlu anda berhati-hati dalam menyalurkan maklumat anda.//Musafirlalu

Ahad, 1 Ogos 2010

Angan-angan Umno Tentang Perpaduan....

Sebelum saya berbicara, saya ingin memohon maaf buat pembaca kerana tidak dapat menyiarkan komen-komen anda disebabkan oleh masaalah yang tidak dapat saya siarkan. 

Kita sedar betapa besarnya keinginan Umno untuk mencari titik berbincangan dengan PAS setelah politik perkauman yang dilaung-laungkan tidak membuahkan hasil. Dengan semua media cetak dan elektronik yang mereka kawal tidak dapat membantu agendi politik mereka yang sempit.

Maka dihebahkan keseluruh Malaysia betapa bersungguh-bersungguhnya Umno cuba menyatu padukan bangsa Melayu yang semakin terpinggir dalam arus politik yang semakin terhakis akan kekuasaan yang ada sekiranya orang Melayu tidak memgambil berat dari sekarang.

Seperti biasalah, PAS akan menjadi kambing hitam kerana menolak cadangan ideal daripada One Malaysia. Dengan segala media arus perdana dikawal oleh mereka, damaianmaka dalam Pakatan Rakyat yang mana PAS adalah pengerak utama dalam Pakatan tersebut, maka PASlah yang akan menjadi musuh yang paling wahid dan juga halangan yang cukup besar dalam misi tersebut.

Jika Umno/BN dapat menjinakkan PAS, maka senanglah Umno/Bn mengawak Pakatan Rakyat. Bagi Umno, PAS adalah benteng yang cukup kukuh untuk mereka lepasi. Umno tahu, PAS adalah musuh mereka yang paling mereka takutan kerana PAS telalu cukup arif dalam sepak terajang politik Umno.

Apa yang mereka lakukan sekarang ini ialah dengan memburuk-buruk para-para pemimpin tertinggi PAS dan ahli-ahli PAS dari segenap penjuru untuk menunjukkan kepada rakyat marhean bertapa Umno adalah parti yang inginkan perperdamaiaan. Dan mereka akan mencanangkan keseluruh dunia Islam akan sesunggahan Umnolah yang inginkan perpaduan.

PAS dan rakan dalam Pakatan pasti akan diserang berabis-habis untuk melumpuhkankan segala aktiviti-aktiviti mereka diatas dasar apa sekali pun kerana Umno cukup lama mengagong-agong dan menjunjung tinggi 'Perlembagaan Lord Reid'.

Bagi Umno/Bn yang  teguh dengan perlembagaan penjajah, tiada undung-undung, tiada satu uudang-undang yang dapat mengatasi  akan kehebatan yang yang dibawa oleh undung-undang sekular itu yang dapat mengatasinya. Bagi setiap undung-undang yang ada, maka ianya akan terbatal sekiranya apa yang dibentangkannya itu bercanggah dengan perlembagaan 'Lord Reid'.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular