Tuan Guru Nik Abdul Aziz masih mengeluarkan kenyataan-kenyataan dalam isu kerajaan perpaduan maka saya terpaksa mengulas kembali isu tersebut yang mana saya telah cuba berhenti menulisnya. Kenapa Tuan Guru tidak henti-henti mengeluarkan kritikan-kritikan terhadap isu yang tersebut.
Sebagai Mursidul Am Pas iaitu jawatan tertinggi dalam hariki Pas, adalah tempat rujukan ahli-ahli Pas. Sepatutnya Tuan Guru lebih menumpukan kepada PRK Manek Urai yang tidak beberapa lama lagi. Sebagai pakar rujuk dalam Pas, Tuan Guru sepatutnya lebih kepada menjadi orang yang tidak memihak walaupun isu kerajaan perpaduan tersebut memang Tuan Guru menentang keras. Janganlah Tuan Guru mengapi-apikan lagi perkara tersebut.
Apakah sebenarnya matlamat Tuan Guru dalam isu ini yang membuat berbagai-bagai kenyataan kepada media. Ahli-ahli Pas sudah tidak tahu kenapa penentangan Tuan Guru terhadap isu kerajaan perpaduan tersebut dan Tuan Guru pun tahu ia hanyalah idea sahaja dan bukannya sudah dilakukan. Kenapa Tuan Guru masih tidak henti-henti mengeluarkan kenyataan. Tuan Guru pun tahu yang ulama bukan seorang yang maksum. Ulama pun ada membuat kesilapan, seperti dalam isu ini. Ahli-ahli Pas melihat daripada sudut pandang mereka, ia lebih kepada peperangan peribadi terhadap TGHH.
Adakah Tuan Guru suka melihat Pas berpecah dua daripada memperbetulkannya. Umno telah mengambil kesempatan di atas isu ini. Tuan Guru pun tahu kerana Tuan Guru adalah antara pemimpin yang paling lama yang masih memimpin Pas. Sepatutnya Tuan Guru sebagai orang lama dalam Pas, Tuan Guru sepatutnya meredakan keadaan bukan mengeruhkan lagi.
Adakah Tuan Guru tidak pernah melakukan kesilapan seperti menyerahkan kerusi parlimen kepada Ibrahim Ali yang ahli-ahli Pas pun ramai yang tidak menyetujuinya tetapi atas sifat wa'la kepada pemimpin maka mereka terpaksa menerimanya. Mungkin Tuan Guru tidak menjangka Ibrahim Ali yang Tuan Guru tolong telah menikam balik Pas. Begitu juga pada PRU 11, Tuan Guru telah menolak mentah-mentah Dr Syed Husin Ali daripada bertanding di kerusi parlimen Kelantan kerana beliau adalah seorang sosialis walaupun pada masa itu beliau telah berada di dalam PKR.
Tidakkah Tuan Guru tahu bahawa kerana kenyataan-kenyataan Tuan Guru lah banyak blog-blog telah memaki hamun ulama-ulama dalam dalam Pas. Satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Saya rasa amat-amat terkilan apabila membaca blog-blog dari Pakatan Rakyat yang sudah menggunakan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada pemimpin-pemimpin tertinggi Pas. Tanpa menyedarinya Tuan Guru telah menyemaikan rasa benci terhadap TGHH dan Ustaz Nasharuddin di kalangan penulis blog dan penyokong Pas sendiri. Satu perkara yang amat memalukan bagi Pas.
Apakah Tuan Guru terkilan kerana ramai pemimpin Pas dari Kelantan tidak terpilih dalam pemilihan di Muktamar Pas tempoh hari maka Tuan Guru telah menghentam cukup-cukup TGHH dan Ustaz Nasharuddin di media massa di atas isu kerajaan perpaduan. Apakah sikap kenegerian masih tebal didalam pemikiran Tuan Guru kerana ramai pemimpin dari Kelantan kalah dalam pemilihan tersebut.
Apabila Datuk Mustafa Ali merayu agar dihentikan mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengenai isu tersebut. Tuan Guru menghentam pula Datuk Mustafa Ali pula. Apakah sebenarnya agenda Tuan Guru. Sekarang ini yang banyak mengeluarkan kenyataan adalah Tuan Guru sendiri. Sedang TGHH sudah tidak bercakap tentang kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh beliau. Janganlah sampai hilang kehormatan kepada Tuan Guru sebagai Mursidul Am Pas akan terhakis.
Janganlah kerana isu tersebut ahli-ahli Pas akan berpecah dua. Cukuplah mengeluarkan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi perpaduan di dalam Pas. Cukuplah pimpinan Pas di maki hamun dengan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya. Tuan Guru boleh melihat di laman-laman blog bagaimana TGHH dan Ustaz Nasharuddin di hina kerana Tuan Guru masih mengeluarkan kenyataan tentang isu tersebut.
Umum mengetahui akan kebencian Tuan Guru terhadap Umno kerana sikap Umno yang telah banyak melakukan dosa terhadap penyokong-penyokong Pas. Bagaimana Umno telah menyekat segala bantuan dan bayaran yang patut diterima oleh negeri-negeri yang di perintah oleh Pas dan pakatan Rakyat. Tetapi janganlah kerana sikap terlalu bencikan Umno, Pas pula di porak perandakan.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
gambar sekadar hiasan Peristiwa Petang Kemangkatan Sultan Iskandar 22 Jan 2010 Negeri Johor tiba-tiba diselubungi suasana kes...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
Bas bawa keluar 'pengundi hantu' dari IKBN? HULU SELANGOR, 25 April: Beberapa bas telah membawa keluar penyokong Umno/BN dari I...
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Monumen Tenaga Kita sudah tahu siapa yang membina piramid, tetapi adakah kita tahu jenis batu yang digunakan untuk membina piramid? Menurut ...
-
KUALA LUMPUR, 28 Sept: Semua mata tertumpu kepada Pejabat Agung PAS malam ini iaitu tempat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyu...
-
Abdul al Rasul Hassan Ali al Hujairi adalah seorang qari yang terkenal di Bahrain. Beliau bertugas sebagai jururawat di hospital Salmaniya...
-
YA..ALLAH..JIKA INI ADALAH BENAR..KAMI BERMOHON DARIMU SELAMATKANLAH NEGARA MALAYSIA DARI SEGALA KEROSAKAN YANG MELAMPAUI..LINDUNGILAH HA...
-
Anggaran 400 orang telah ditahan termasuk dua orang sahabat saya iaitu Fakrul Razi dan Pahrol Rizal dikali dengan 200, bermakna yang mengh...
-
Parti PAS adalah parti yang menggunakan lambang Bulan dan BN menggunakan lambang Dacing. Dari segi logik akal, apabila seseorang wanita itu ...
3 ulasan:
kamu siapa?
TGN Mursyidul Am PAS
beliau dipimpin dan dibimbing oleh Allah s.w.t di dalam membuat keputusannya untuk menjaga jemaah Islam.
Sebagai manusia beliau ada kesilapan, tetapi kesilapan org lain lebih banyak terutama KAMU.
Bertaubatlah kamu kerana telah menghina insan yang tak perlukan bantuanmu sedikit pun. Jika tidak memang LAKNATULLAH!
SALAM SAUDARA MUSAFIRLALU,SAYA SOKONG SAUDARA 100 PERATUS.KENAPA TGNA BERSIKAP TIDAK ISLAMIK AKHIR AKHIR INI?ADAKAH DIA DAH NYANYUK ATAU TAKUT PADA BAYANG BAYANG SENDIRI YANG DIA DAH TAK POPULAR DAN TAK DIHORMATI LAGI OLEH PENYOKONG PAS SENDIRI...???SAYA BUKAN ORANG PARTI,TAPI SANGAT MELUAT MELIHAT MEMEK MUKANYA BILA MEMBUAT KOMEN TENTANG SESUATU ISU POLITIK SEMASA.
Untuk Tanpa Nama...Kita adalah manusia biasa... Ulama juga manusia biasa yang tidak boleh lari daripada kesilapan kerana ulama bukannya seorang yang meksum. Segala teguran adalah untuk kebaiakan Pas semata. Saudara boleh baca ulasan saya selepas itu sebelum menjatuhkan hukum.
Catat Ulasan