Assalamualaikum Warahmatullah ............... Semoga Ayahnda berada didalam keadaan sihat walafiat dan dirahmati oleh Allah s.w.t hendaknya. hamba hanyalah insan kerdil lagi cetek ilmunya. Kalau hendak dibandingkan dengan Ayahnda ibarat langit dengan bumi. Mungkin saya tidak layak untuk menulis di blog ini.
Apa yang saya hendak utara kan adalah kenyataan-kenyataan Ayahnda yang telah dijadikan cerita sensasi oleh media arus perdana. Mereka sentiasa mencari kelemahan kita untuk menghancurkan kita. saya memohon dan merayu kepada Ayahnda agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh memberi ruang kepada musuh kita dalam meriasasikan isu tersebut. Kerana apa jua kenyataan yang Ayahnda lontar kan pasti akan diberi perhatian oleh ahli-ahli Pas memandangkan Ayahnda adalah Mursidul Am Pas maka Ayahnda adalah pemimpin tertinggi Pas mengikut hariki kepimpinan Pas.
Ayahnda adalah di antara pemimpin yang paling lama berada didalam Pas. Ketaatan Ayahnda kepada parti memang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja. Memang Ayahnda sudah cukup arif tentang sepak terajang dalam berpolitik. Sebagai penyokong Pas saya mestilah wa'la kepada pemimpin. Kerana kita adalah parti yang berlandaskan kepada Al-Quran dan Sunnah. Usah lah Ayahnda bersedih hati jikalau didalam pemilihan calon di Muktamar Pas kali ke 55, kurangnya calon daripada Kelantan memenangi jawatan tertinggi. Kita sebagai parti yang berlandaskan Islam, maka buangkanlah sikap ke negerian. Kerana itu bukanlah sesuatu perkara yang sihat kalau kita bersikap ke negerian. Sesiapa sahaja yang terpilih, mereka adalah ahli Pas, bukannya ahli Umno atau PKR atau DAP.
Cukuplah mengeluarkan apa-apa lagi tentang kerajaan perpaduan. Apabila Ayahnda dan Ayah Chik mengeluarkan kenyataan, ahli Pas mula berbelah bagi yang mana satu yang patut mereka ikut kerana Ayahnda sebagai Mursidul Am Pas dan Ayah Chik pula adalah Presiden Pas. Jadi Ahli-ahli Pas akan menjadi bertambah keliru dengan situasi ini diibaratkan sebagai " Apabila ditelan mati emak apabila di luah mati bapa". Salah dan silap memang sudah menjadi lumrah kehidupan kerana kita hanyalah merancang sedangkan yang menentukan adalah Allah s.w.t. Kerana kita adalah manusia biasa yang tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan dalam keadaan sedar mahupun tidak sedar.
Sedangkan Saidina Umar salah seorang daripada 10 sahabat yang dijamin masuk syurga, semasa mengambil alih pemerintahan selepas kewafatan Saidina Abu Bakar telah berpidato agar beliau ditegur lalu seorang sahabat sambil menunjukkan pedangnya dan berkata kepada Saidina Umar yang pedang inilah akan menanti sekiranya Saidina Umar melakukan kesilapan. Lalu Saidina Umar berkata," Wahai si polan..... engkau telah menegurku". Lihatlah bagaimana seorang Khalifah Agong boleh menerima teguran.
Bukankah ulama itu pewaris nabi, ulama adalah penyuluh kepada kaum Muslimin dan muslimat yang akan membawa kepada kebaikan kepada umat Islam. Tetapi ulama juga bukannya seorang yang maksum. Hanya Rasulullah s.a.w. sahajalah makhluk yang maksum. Seperti mana kesilapan kita memberi kerusi parlimen Pasir Mas kepada Datuk Ibrahim Ali yang kemudiannya telah menikam kita dari belakang. Tidakkah itu satu kesilapan yang secara tidak sengaja kita termakan pujuk rayu beliau.
Maka disini saya sekali lagi memohon dan merayu kepada Ayahnda agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan kepada media tentang ke tidak puasan Ayahnda terhadap kerajaan perpaduan. Boh la setakat ini. Kerana nanti ia akan menjadi senjata buat Umno lebih-lebih lagi dah dekat dengan PRK Manek Urai. Sudah tiba masanya kita bekerja dalam menghadapi PRU 13 tidak lama lagi.
Semoga Ayahnda terpelihara daripada fitnah-fitnah dan juga semoga Ayahnda sentiasa didalam keadaan sihat walafiat hendaknya, agar dapat berjuang bersama-sama Pas sehingga akhir hayat.............. Wasallam.......... daripada insan yang hina.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
SPRM (Skuad Penjaga Rosmah Mansor) Tiga perkara yang wajib dilakukan oleh kerajaan Najib-Rosmah untuk menyelamat harta kekayaan ...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
Kemenangan BN yang memang dijangka awalnya menjadi kenyataan. Namun kemenangan ini membawa malapetaka buat BN sebenarnya. Bayangkanlah...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
YA..ALLAH..JIKA INI ADALAH BENAR..KAMI BERMOHON DARIMU SELAMATKANLAH NEGARA MALAYSIA DARI SEGALA KEROSAKAN YANG MELAMPAUI..LINDUNGILAH HA...
-
Kamu tentu tertanya-tanya bagaimana semut-semut kecil ini dapat melakukan pekerjaan menakjubkan seperti ini sendiri? Omar : Ya, memang sa...
-
oleh Ibnuyaacob Temuramah antara stesen TV Fox News (Amerika) dengan Dr. Keith Ablow membuktikan bahawa Illuminati mempunyai agenda ...
-
Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar para suami mencontohi DS Najib Tun Razak. Beliau berkata DS Najib mempunyai personaliti yang mena...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan