Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar para suami mencontohi DS Najib Tun Razak. Beliau berkata DS Najib mempunyai personaliti yang menarik dari segi kesabaran. Satu pujian yang menggunung daripada seorang sang isteri.
Memang sudah menjadi kebiasaan manusia apabila sang isteri ataupun sang suami akan memuji-muji pasangan masing-masing. Itu adalah lumrah kehidupan dalam rumahtangga bila tiada sengketa maka pujian akan diberikan kepada sang suami tetapi bila berlaku sengketa maka melayang lah pinggang, mangkuk, periuk, belanga dan macam-macam lagi yang tercapai kat tangan. Tak cukup dengan itu, hal-hal dalam kelambu pun habis di dedahkan.
Memang DS Najib seorang yang penyabar apabila melihat perangai isterinya. Kalau dulu. semasa baru-baru diangkat menjadi menteri di zaman Tun Dr. Mahathir menjadi PM. beliau lah yang mendahului DS Najib dalam majlis-majlis rasmi. Dah macam "Queen Control" pula bila DS Najib terpaksa mengekori Datin Seri Rosmah berjalan di hadapan.
Bila ramai wartawan mengulas tentang perkara tersebut barulah beliau mengekori di belakang DS Najib. Kita semua pun tahu dan satu Malaysia pun tahu yang DS Najib memang seorang yang amat-amat penyabar, seperti dalam kes Altantuya yang didedahkan oleh akhbar-akhbar luar negara. Kalau beliau bukan seorang penyabar, pasti beliau akan menyaman akhbar-akhbar tersebut.
DS Najib memang seorang yang penyabar bila melihat Datin Seri Rosmah memeluk dan berlaga pipi dengan artis, atlet dan pemimpin asing. Lebih-lebih lagi kalau jantan tu kacak, bukan main lagi lagaknya. Langsung tidak merasa malu sebagai serang yang mengaku Islam. Berlaga pipi ni bukan budaya orang melayu la..... Mungkin terlebih over Islamnya kerana mengikut budaya Arab. Budaya Arab memanglah mereka berlaga pipi untuk menunjukkan kesetiaan kawan tetapi jantan sama jantan la......... Bukannya jantan dengan betina.
Tak cukup dengan itu, DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi pun tumpang sekaki. Biasa lah dalam politik ni bodek mesti mau lebih, kalau tak terlepas soru. Dah menjadi adat dalam politik Umno, kalu nak bodek mestilah bodek isteri dulu yang penting. Apatah lagi bila Dati Seri Rosmah menjadi Wanita Pertama di Malaysia. Bodek ....... bodek ....... bodek jangan tak bodek.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Rabu, 10 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
PAS mendukung penuh kesediaan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk berdialog dengan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) jika MFK ingin mempelajari sem...
-
NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dun...
-
Sekadar gambar hiasan Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis yang berjaya menangkap teman lelaki kepada bohsi...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Pihak pentadbiran UPM kata kesilapan kecil telah berlaku sehingga menarik balik pembatalan 11 kerusi yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa. Jik...
-
Bekas Menteri Luar Israel Tzipi Livni dan Naib Presiden Omar Suleiman yang diwarwarkan oleh Amerika Syarikat sebagai pengganti Ho...
-
Kakitangan kedutaan Libya di Malaysia hari ini membidas 'penyembelihan' penunjuk perasaan anti kerajaan di negara itu dan...
-
Musuhdid umat Islam abad 21 Semakin tua semakin kuat merampunya seorang yang menyamai diri sebagai bangsa Melayu yang mudah lupa. ...
-
IMEJ yang disiarkan stesen televisyen Al-Masriya menunjukkan Kabinet baru mengangkat sumpah di depan Hosni Mubarak di Kaherah semalam. ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan