Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian itu adalah jelas menerusi tindakannya pada hari pertama menjadi Perdana Menteri apabila mengumumkan untuk membebaskan 13 tahanan ISA.
''Sampai sekarang ini bebas, termasuk kumpulan Hindraf kerana kita tidak gunakan ISA sebagai alat politik.
''Lepas saya jadi Perdana Menteri, tidak ada seorang pun rakyat Malaysia ditahan oleh kerajaan di bawah akta ini, jangan bimbang, tak ada.
''Kita hanya akan gunakan untuk orang yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat. Kalau tidak buat barangkali peristiwa letupan bom di Jakarta dan Mumbai boleh berlaku di negara kita," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jalinan Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh di sini hari ini.
Menurut Najib, ISA tidak perlu digunakan terhadap orang politik kerana kerajaan ingin mendapatkan mandat memerintah daripada rakyat menerusi pilihan raya.
''Kita hendak menang dalam masa pilihan raya. Kita tidak takut, Barisan Nasional (BN) akan lawan kerana kita berada di atas landasan yang benar, berjuang untuk kepentingan rakyat," tegas.
Dalam pada itu, mengulas mengenai perhimpunan haram Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Sabtu lalu, Najib berkata, kumpulan terbabit tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana beliau telah mengumumkan ISA akan tetap dipinda.
''Akan dipinda. Tunggulah dulu apa pindaan kita, kenapa gatal sangat hendak buat demonstrasi jalanan.
''Kalau parti pembangkang hendak main politik, lantak mereka. Saya boleh sediakan stadium, kalau tidak cukup, Stadium Nasional pun kita boleh bagi, bertempiklah sampai Subuh.
''Tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ini merosakkan kepentingan rakyat. Kalau kepentingan rakyat terjejas, kita akan pertahankan, ini pendirian kerajaan BN," tegasnya.
Pada sidang akhbar selepas itu, Najib berkata, UMNO Bahagian Permatang Pauh perlu memberikan tumpuan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dan melupakan sebarang masalah dalaman.
''Satu daripada prasyarat adalah mesti ada permuafakatan dalam bahagian. Saya harap kalau ada masalah dalaman harus diketepikan dan beri perhatian kepada pilihan raya kecil," katanya.(Utusan Malaysia)
Ulasan Musafirlalu.....
Kalau betullah apa yang Tok Jib katakan itu benar, maka bebaskan tahanan ISA yang masih ada kat kemunting tu dulu. Baru boleh bercakap tentang ISA kerana sememangnya sudah menjadi lumrah bagi Perdana Menteri yang baru, mereka akan membebaskan tahanan ISA. Itu adalah gula-gula pertama yang dilakukan oleh PM sejak dulu lagi.
Lepas itu bila dah rasa kuasa kukuh sedikit, barulah mereka membuka topeng muka mereka yang sebenar. Ini bukan aku yang kata..... tetapi sememangnya sudah menjadi sejarah dan diketahui umum. Tun Hussein Onn pun buat macam tu........Tun Dr. Mahathir pun buat macam tu............ Pak Lah pun Buat macam tu........dan sekarang Tok Jib pun dah tambah satu lagi koleksi sejarah. Aku ni bukan apa........ tukang simpan sejarah yang para PM-PM ciptakan.
Mula-mula pegang jawatan PM bukan main cantek lagi......... maniiiiiiiis........ macam tanam tebu ditepi bibir..... Hang tengoklah nanti......... bila Tok Jib dah betul-betul pegang para menterinya dan ahli Umno........ Baru hang boleh tengok taring dia panjang atau pendek........... Tapi aku harap dan doakan agar Tok Jib akan jadi PM paling pendek usianya.......... lebih pendek daripada Pak Lah.......... Kalau tak......... aku memang yakin memang hancur........... pasal yang perintah Malaysia sebenarnya ada sorang lagi yang duduk atas sikit daripada Tok Jib........ Hang semua agak-agaklah sape.......... Tak bagitau pun hang sememangnya sudah tahu sape.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan