Translate

Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

Isnin, 10 Januari 2011

Benarkah PAS Menang Kerana Menumpang Kekuatan PKR ???


Ini khas buat Briged MP Segambut, Tulang Besi dan yang sewaktu dengannya. Sebagai memenuhi janji saya selama tiga hari kepada Briged MP Segambut, saya akan terus dan terus dan terus menulis selagi termampu...........

Puak-puak Erdogan cukup cemas apabila pimpinan tertinggi PAS berjumpa dengan Umno. Kenapa mereka begitu takut sehinggakan setiap saat mereka mencanangkan berita-berita fitnah yang kononnya ada pemimpin tertinggi masih berminat dengan UG, sedangkan perkara tersebut telah berulangkali diumumkan tutup buku.

Asal pemimpin PAS berjumpa dengan pimpinan Umno maka berteriaklah HuluBalang-HuluBalang memberi amaran kononnya ada pemimpin PAS yang cuba membuka kembali buku UG. Apakah puak-puak ini betul-betul faham apa itu UG kerana ramai yang memahami bahawa  'Kerajaang Pepaduang' membawa makna PAS akan menjadi sebahagian Barisan Nasional.

Kerana itulah jika ada pemimpin PAS ingin berjumpa dengan Umno atau sebaliknya, PAS mestilah buat laporan kepada puak-puak ini dulu. Jika mereka benarkan baru boleh berjumpa, jika mereka tak benarkan maka tak boleh berjumpa. Yang pasti, 100% mereka tidak akan membenarkan kerana takut DSAI tidak akan tercapai impiannya untuk menjadi PM.

Ada yang marah sangat kat saya dalam komen mereka diblog Briged MP Segambut kononnya saya setuju dengan UG. Oleh kerana pengkomen menggunakan Tanpanama maka saya andaikan komen tersebut adalah dari pemilik blog itu sendiri.

Pengkomen juga menyoal, apakah pencapaian PAS selama 50 tahun, baca dibawah........

Tanpa Nama berkata...
musafirlalu,
Tolong jawab masa Pas bersendirian dulu berapa banyak Negeri, MP dan Dun yang kau orang (pas) menang...dah kat 50 tahun dah umurnya kau orang (pas)? GE 2008 dulu tu Pas menang banyak sebab apa? Sebab TGHH ke?...Kenapa Umno takut sangat dengan Anwar tapi tak takut langsung pada TGHH and the geng? hairan ya...kenapa ya!!!

Soalan bodoh....... nampak sangat tak ikut perkembangan politik. Ni nak habak sikit tentang sejarah Turki, parti AK pimpinan Erdogan mengambil masa hampir seratus tahun baru boleh berkuasa sejak kejatuhan Khalifah Ottomaniah ditangan bapa segala Sekular, Kamal Artantuk. Sila rujuk 'Said Nursi : Mujadid Abad 20'.

Kenapa lama sangat jika dibandingkan dengan PAS yang baru 50 tahun.......... kenapa ya !!!. Jawapannya cukup senang...... kerana nak kena tarbiah dan cuci dengan berus besi pemikiran puak-puak kamu yang celek mata je dah dihidangkan dengan sekularisme.

Memang  tak dinafikan PAS tidak memenangi banyak kerusi selama 50 lebih bergelombang dengan demokrasi ala Malaysia. Tetapi jasa PAS amat besar dalam menyedarkan orang Melayu macam kamu dengan menekankan Islam sebagai cara hidup.

Jika PAS tidak mempunyai pengaruh terhadap Melayu Islam, kenapa Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' dan Pak lah dengan 'Islam Hadhari'. Tanya sama Anwar yang kamu sanjung sangat tu, kenapa Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam?. Adakah Umno sudah menerima Islam atau kerana takut pengaruh PAS yang besar terhadap Melayu/Islam.

Umno takut kat Anwar ?????. Udahlah buat cerita lawak, tak ada takutnya Umno kat Anwar yang penuh dengan skandal. Umno takut kat Anwar ke atau Anwar yang takut kat Umno dan betulkah Anwar masih relevan dalam politik di Malaysia sekarang ini. 

PKR mempunyai pengaruh pun masa mula-mula parti tersebut ditubuhkan dan tengoklah apa yang belaku sekarang ini. Selepas sorang.... sorang tok wakil PKR keluar parti begitu juga dengan pemilihan PKR baru-baru ini........ sampai baling-baling kerusi. Orang ramai pun semakin meluat dengan PKR yang perangai Umno masih lagi terlekat kat hati.

Macam ini ke nak perintah negara jika belum apa-apa lagi dah tunjuk belangnya......... dah naik muak dengan temberang-temberangnya. jika Anwar/PKR punya pengaruh, kenapalah projek 15 September tidak menjadi. Usahlah bagi alasan-alasan bodoh kononnya 32 MP BN dibawa lari ke Taiwan. 

Bila Mustafa Ali kata MP BN tidak akan berpaling tadah, ramai yang marah kononnya beliau membocor rahsia; Marah sangat puak-puak Erdogan terhadap Mustafa Ali yang kononnya pro UG dan puak Terengganu.
Jika dah rasa PKR kuat, kenapa takut sangat apabila ada pertemuan antara PAS dan Umno walaupun ianya sekadar menghormati jemputan dari Yang Dipertuan Agong. Kenapa Anwar tidak dijemput sekali jika benar PKR mempunyai pengaruh yang besar terhadap rakyat Malaysia........ kenapa ya !!!!

Kerana itulah kita kena fikir apakah PAS menang kerana pengaruh PKR atau PKR menang kerana pengaruh PAS. Hakikatnya jika tidak kerana jentera PAS, PKR tidak akan kemana-mana sebagaimana yang belaku semasa PRK Hulu Selangor.

Itu pun juak-juak PKR dan segelintir pemimpin PAS masih duk agong-agongkan Anwar yang kononnya boleh membawa perubahan sedangkan parti sendiri pun tidak boleh jaga. Puak-puak pro Erdogan ingat pimpinan tertinggi PAS terliur sangat untuk bersama dengan Umno yang sudah sekian lama menjadi musuh tradisi PAS. 

Apakah mereka merasakan yang PAS lupa bagaimana pengkhianat Umno terhadap PAS setelah PAS membantu Umno memulihkan kuasa politik orang Melayu. Sekarang ini pun dalam Pakatan Rakyat, PKR betul-betul telah menjadi beban dengan perebutan kuasanya, dengan kroninya dengan skandalnya. 

Jika para juak-juak PKR dan pro Erdogan yang mengutuk, menghentam, memaki hamun dan bermacam-macam lagi kata-kata yang tidak enak didengar terhadap TGHH, Ustaz Nasa dan pimpinan PAS yang lain bolehlah calonkan orang yang mereka rasa boleh ditunggang dalam pemilihan nanti....... singkirkan mereka semua dan letaklah calon yang boleh dibaruakan oleh PKR.

PAS boleh tunggu 50 tahun lagi untuk memerintah tetapi apakah PKR yang baru setahun jagung boleh bertahan selama 10 tahun lagi?. Apalah guna memerintah dalam keadaan pemimpin sendiri berada didalam kesesatan dengan menunggu 50 tahun lagi dalam keadaan orang Islam dan bukan Islam menerima keadilan yang Islam tawarkan.

Buat pencacai Anwar....... kami sudah letih mengambus sisa-sisa najis yang beliau tinggalkan dan jika para pencacai rasa PKR cukup kuat tanpa pertolongan PAS, sarankan kepada pimpinan tertinggi PKR agar terajang keluar PAS dari Pakatan Rakyat. Pas sudah mempunyai pengalaman ketika didalam Perikatan, APU dan sekarang Pakatan Rakyat.

"Apakah kamu merasakan yang kamu sudah beriman sedangkan kamu belum diuji seperti orang-orang yang terdahulu dari kamu"?

Selasa, 30 November 2010

Terjaminkah 'Ketuanan Melayu'?

Go to fullsize image

'Ketuanan Melayu', itulah yang sering dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak apabila melihat kuasa politik mereka semakin pudar. Yang menjadi mangsanya ialah Raja-Raja Melayu yang kononnya adalah benteng terakhir oramg Melayu di Malaysia.

Siapakah pula yang meliwat, merogol dan menjatuhkan air muka Raja-Raja Melayu pada 1992 sehingga pindaan perlembagaan telah dilakukan. Walau pun orang-orang Melayu telah bangkit menentang pindaan tersebut.

Tindakkan balas yang diterima oleh orang Melayu dalam protes tersebut ialah Raja-Raja Melayu diaibkan dengan kekayaan dan kelakuan keluarga mereka. Kenapa ianya berlaku?. Tidak lain dan tidak bukan ialah kerana Umno merasakan yang mereka cukup kuat untuk memerintah selama 100 tahun lagi. Kerana itulah Dr Mahathir telah menanam amanat beliau di shopping komplex yang hanya akan dibuka selepas 100 tahun.

Saya pernah menulis berkenaan Raja-Raja Melayu dan respon yang saya dapat ialah "Apakah Raja Melayu semuanya masuk syurga", "adakah Raja Melayu terlepas dari dosa". Masalahnya apabila mereka kuat mereka cuba nyahkan Raja-Raja Melayu tetapi bila mereka lemah mereka menolak Raja-Raja Melayu kehadapan...... adilkah?

Tanya kepada presiden Perkasa, siapakah yang cuba menabalkan Sultan Kelantan. Tanya Shahidan Kassim akan rahsia Raja-Raja Melayu yang ada ditangannya. Tanya kepada Umno, apakah yang mereka lakukan terhadap 'Ketuanan Melayu'.

Jika orang Melayu sayang sangat kepada ketuanan mereka, jalan yang terbaik ialah kembalilah kepada 'Ketuanan Islam'. Jika 'Ketuanan Islam' selamat, maka semua ketuanan akan selamat tanpa mengira apakah bangsa mereka.

Tidakkah Allah menjadikan hambanya berbangsa-bangsa agar mereka saling kenal mengenal dan sekiranya berlaku perselisihan, kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Itulah sebaik-baik rujukan yang ada dimuka bumi ini.

Ahad, 16 Mei 2010

Orang Menjulang, One Malaysia Pun Menjulang Juga.


PEMAIN Bayern Munich, Van Bronmel (tengah), menjulang trofi kemenangan menjuarai Liga Jerman, bersama rakan sepasukan, di Berlin, Jerman, awal pagi tadi. - Foto AP
KETUA Olympique Marseille, Mamadou Niang menjulang trofi bersama rakan sepasukan setelah menjuarai Kejohanan Liga Perancis, di Stadium Velodrome, Marseille, awal pagi tadi. - Foto Reuters
KAPTEN Chelsea, John Terry (kiri) dan Frank Lampard menjulang trofi selepas muncul juara Piala FA, malam tadi.
Piala apa pula yang dijulang oleh DS Najib.

Isnin, 5 April 2010

Asri Mahu Tubuhkan Parti Politik?



Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (gambar) dilaporkan sedang berusaha untuk menubuhkan parti politiknya sendiri bagi membolehkan beliau dan rakan-rakannya menyertai pilihan raya.

Menurut sumber, untuk mempercepatkan proses itu, beliau dilaporkan berusaha untuk mengambil alih parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) namun ditolak oleh para pemimpin mereka.

Akim ditubuhkan pada tahun 1995 ekoran tindakan PAS terhadap ketuanya, Musa Salleh. Dalam pilihan raya umum 1999, Akim bertanding dua kerusi parlimen iaitu Kota Bharu dan Pasir Puteh namun kalah kedua-duanya. Presidennya, Hanafi Mamat menyertai pilihan raya kecil Permatang Pauh namun hanya mendapat 92 undi sahaja.

Menurut sumber, ekoran kegagalan untuk mendapatkan persetujuan mengambilalih Akim, Asri sedang berusaha untuk mendaftar sebuah parti politik baru.

Baru-baru ini, Asri telah berhenti menjadi kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Ekoran itu, beliau mula menulis dengan laman web Malaysiakini.

Menurut sumber Utusan, tulisan terakhir Asri di Utusan ditolak oleh sidang editornya kerana terlalu banyak unsur-unsur kefahaman Wahabi yang dikaitkan dengan Asri dalam tulisan itu.

"Kami telah cuba edit dan memotong hampir separuh tulisannya tetapi masih tidak boleh disiarkan kerana masalah itu," kata satu sumber Utusan.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib pernah mengunjungi Asri di rumahnya dekat Pulau Pinang. Dalam pertemuan itu, Asri dilaporkan berkata, Harun menawarkan beliau menyertai PAS.

Namun begitu, Harun dalam jawapan balasnya berkata, beliau bukan menawarkan Asri menyertai PAS tetapi meminta atau mengarahkan Asri menyertai PAS.

Akhbar Sinar Harian pernah melaporkan, Asri pernah berminat untuk menyertai PAS.

“Masa jadi Mufti Perlis dahulu, dia memang sayang PAS. Masa jadi pensyarah universiti pun dia sayang dengan PAS. Masa jadi penceramah agama pun begitu. Saya yakin sekarang pun begitu. Saya pernah mengatakan dia layak masuk PAS memandangkan parti ini berjuang menegakkan Islam syumul, tidak seperti UMNO. Maka PAS adalah parti yang paling sesuai dengannya,” kata Harun Taib sebagaimana dilaporkan akhbar itu November 2009.

Sikap sebenar Asri dalam politik kini menjadi tanda tanya kerana beliau antara pihak yang berucap di perhimpunan Perkasa baru-baru ini.

Beliau kini masih dalam perbicaraan oleh Mahkamah Syariah Selangor ekoran tangkapan yang dibuat ke atas beliau kerana memberikan kuliah agama tanpa tauliah.(Harakah)

Selasa, 30 Mac 2010

Sekitar DUN Perak. (CinaIslam)


Ternyata segla jangkaan awal dari kami adalah tepat dimana kawalan ketat akan dilakukan selama sidang akan berlangsung untuk kali. Walaupun beberapa kali dijanjikan oleh pihak Bn saya sudah tidak percaya lagi.

Saksikan lima keping gambar yang saya ambil dalam perjalan ke sini sekitar jam 7.45 minit tadi, siapakah mereka kalau bukan pihak keselamatan yang diarahkan bertugas disekitar Bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri Perak.

banyak Juga yang berpakaian biasa dan menyamar sehingga ada yang duduk dikedai kopi di bawah Wisma DAP tempat kami berkumpul.


Jumaat, 26 Mac 2010

Rasuah Dan BN Tidak Boleh Di Pisahkan, Jika Di Pisah Maka Pincanglah Umno.

Bekas presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting berkata beliau menerima aduan mengenai dakwaan berlakunya politik wang menjelang proses pemilihan parti Ahad ini.

Katanya ada sebilangan pihak sudah menawarkan wang bagi mendapat sokongan undi dan jika keadaan ini dibiarkan maka ia akan memusnahkan masa depan parti itu.

"Dalam sehari dua ini, saya menerima banyak aduan bahawa beberapa pihak menggunakan wang dalam usaha meraih sokongan," kata bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu kepada pemberita selepas berjumpa dengan perwakilan MCA Selangor dekat sini malam Khamis.

Katanya ahli parti mempunyai alasan kukuh untuk menolak calon yang menggunakan taktik wang.

"Imej dan harga diri dalam MCA tidak boleh dibeli dengan apa juga kos dan jangan biarkan politik wang meracuni kita dan membinasakan parti," tegasnya.

Pada pemilihan kali ini, Ka Ting akan merebut jawatan presiden dengan dua lagi calon, iaitu penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dan bekas timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Jawatan timbalan presiden menjadi perebutan antara dua menteri Kabinet iaitu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Seramai 10 calon akan bertanding merebut empat jawatan naib presiden manakala 86 calon akan bertanding merebut 25 kekosongan dalam Jawatankuasa Pusat (CC).

Dalam pada itu, Ka Ting berkata beliau mendapat motivasi selepas ramai perwakilan mula menerima dan memahami manifesto parti yang dibawanya pada pemilihan kali ini.

"Semalam, saya berada di Sabah dan perwakilan di sana memberi sokongan penuh kepada saya," katanya.

-- BERNAMA

Jumaat, 12 Mac 2010

Balik Kawasan Pun Malas, Pemimpin Maggie Mee Ada Hati Nak Jadi PM Termuda! (Parpukari)

Dalam dunia ini, kalau seseorang itu bermula dari bawah dalam apa jua yang dibuatnya, maka hasil akhirnya jika dia berjaya ialah apa yang dicapainya itu kukuh, kuat dan dihormati.

Umpama seorang peniaga, kalau bermula dari berniaga kecil-kecilan dan memanjat ke atas tangga kejayaan secara perlahan-lahan, maka apabila dia berjaya, dia akan menjadi seorang peniaga yang lebih kental dan tahan lasak dengan cabaran-cabaran dunia perniagaan.

Pengalaman semasa dia meningkat naik akan banyak membantunya untuk berdepan dengan perjalanan pasaran perniagaan yang tidak menentu.

Namun, jika seseorang itu menggunakan laluan ekspress untuk naik ke atas atau dalam erti kata lain, naik lift kejayaan, mungkin dia akan berjaya juga, tetapi kualiti yang ada dalam dirinya tidaklah sehebat atau sekuat mereka yang berusaha sendiri dari bawah.

Begitu juga halnya dengan ahli politik. Jika seseorang ahli politik itu merangkak dari bawah, merasa segala sepak terajang dunia politik, maka apabila sampai di atas, dia akan menjadi ahli politik yang hampir sempurna dari segala segi.

Begitu juga sebaliknya, jika naik guna laluan ekspress, hasilnya seseorang itu akan hanya menjadi ahli politik yang lemah dan segala tembelangnya akan mula pecah sendiri sedikit demi sedikit.

Contoh panjang lebar di atas sebenarnya hendak ditujukan kepada seorang manusia sahaja, iaitu bekas menantu no.1 negara, Khairy Jamaluddin (KJ).

Inilah contoh ahli politik yang terkenal kerana naik menggunakan laluan ekspres di negara ini.

Pasal bapak mertua dia dulu (Pak Lah) Perdana Menteri, maka KJ dengan begitu mudahnya dan secara tiba-tiba dilantik menjadi Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

KJ hampir tidak melalui langsung perit jerih yang dilalui para pemimpin pemuda yang lain yang bertungkus-lumus untuk membentuk kerjaya politik mereka.

Kalau bukan disebabkan pak mertuanya, KJ mungkin paling kuat menjadi ketua pemuda cawangan sahaja.

Selain pengaruh Pak Mertua, pengaruh wang ringgit pun memainkan peranan yang kuat dalam 'kejayaan' KJ dahulu.

Ini dapat dibuktikan apabila dia didapati bersalah mengamalkan politik wang oleh Lembaga Disiplin UMNO sebelum pemilihan UMNO yang lalu.

Dengan sokongan-sokongan seperti ini (pak mertua dan wang), maka lahirlan pemimpin maggie mee (masak segera dalam 2 minit) seorang ini.

Umumnya, masalah dengan pemimpin maggie mee ialah bila 'tangan sakti' yang mendukung mereka hilang, maka segala kelemahan dan kemampuan sebenar mereka akan terserlah.

KJ apabila pak mertuanya pencen, pengaruhnya yang kuat habis dalam sekelip mata. Semua kelemahannya mula muncul.

Antara ciri kepimpinan sebenar yang dapat dilihat dan dinilai kini ialah sikap pemalas KJ untuk turun melawat kawasan Parlimennya di Rembau, Negeri Sembilan.

Dengar cerita, untuk KJ pulang melawat kawasan sebulan sekali pun susah.

Alasan yang diberikan kepada orang-orang tempatnya ialah dia terlalu sibuk di Kuala Lumpur kerana Perdana Menteri/Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan banyak tanggungjawab dan kerja kepada untuk membantu memperkukuhkan UMNO.

Sebesar-besar temberang kat dunia ni. Mungkin dia ingat orang Rembau semua orang kampung yang tidak tahu menilai atau mengetahui perkara sebenar.

Sesibuk Najib pun, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk balik ke Parlimennya di Pekan, Pahang. KJ pula duk menjaja dia sibuk sampai tidak berkesempatan untuk balik. Apakah kedudukan KJ selaku Ketua Pemuda UMNO lebih penting daripada kedudukan Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri?

Hakikatnya, KJ tidak pernah bermula dari bawah. Hidupnya senang sejak kecil. Dia tidak faham kesusahan rakyat di bawah dan dia juga nyata tidak mahu berlajar untuk memahami kesusahan mereka.

Justeru, penduduk Rembau mungkin penting di matanya ketika dia hendak bertanding pilihan raya semata-mata.

Sesudah itu, penduduk dan masalah mereka tidak perlu diberikan perhatian.

Mungkin itulah yang ada dalam benak KJ.

Jika dia merangkak dari bawah, dia akan faham betapa pentingnya untuk menjaga hati pengundi dan penduduk dalam sesuatu kawasan Parlimen.

Dengan sikap seperti ini pun, KJ masih menaruh impian dan cita-cita untuk menjadi Menteri dalam Kabinet Najib.

Lebih kronik, semua tahu impian KJ adalah untuk menjadi PM termuda di negara ini.

Persoalnnya, kalau melawat kawasan pun gagal, adakah orang seperti ini layak diberikan tanggungjawab yang lebih besar?

Timbalan Menteri pun KJ tidak layak sebenarnya.

Khamis, 11 Mac 2010

Firaun Besar Kata Kualiti Bukannya Kuantiti.

Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas berkata riwayat parti itu akan berakhir pada bila-bila masa jika kumpulan 'firaun kecil' dalam PKR gagal ditangani.

Beliau yang membayangkan seorang lagi individu berkualiti akan meninggalkan PKR tidak lama lagi berkata, isu sebenar bukan bilangan pemimpin yang berbuat demikian tetapi kualiti mereka.

"Bukan bilangan, tetapi kualiti mereka yang keluar parti. Anda boleh lihat orang seperti Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan bekas Setiausaha Agung parti Datuk Salahuddin Hashim...mereka ini adalah orang-orang yang sangat rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tahap integriti mereka tidak boleh dipersoalkan.

"Maksud saya di sini orang yang berkualiti meninggalkan parti, kita tidak mahu kuantiti tetapi kualiti. Saya beri jaminan pada anda, seorang lagi insan berkualiti akan keluar parti tidak lama lagi," katanya semasa temubual secara langsung NST, di sini Rabu.

Zulkifli juga berkata beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas di Parlimen.

Zulkifli, seorang peguam, dipanggil lembaga disiplin parti bagi menjawab isu laporan polis yang dibuatnya terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS yang merupakan sekutu PKR, berhubung penggunaan kalimah Allah.

Beliau bagaimanapun bertindak keluar daripada perbicaraan selepas enggan diadili oleh anggota panel bukan Islam. Pada 6 Mac lepas beliau dipecat daripada PKR.

Sebelum itu beliau pernah mendakwa ada kumpulan 'firaun kecil' dalam PKR berusaha memastikannya dipecat daripada parti.

Zulkifli berkata beliau juga telah meminta penyokongnya untuk menganjurkan jerayawara (roadshow) bagi menjelaskan kedudukannya kepada pengundi dan masyarakat di kawasan Kulim-Bandar Baharu.

"Setakat ini saya telah menerima sokongan menggalakkan terutama daripada pemimpin kanan dan ulama dari PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NG)," katanya.

Ditanya mengenai masa depan karier politiknya, peguam dan anggota Parlimen yang lantang bersuara itu berkata beliau mungkin menyertai NGO sebagai platform politiknya.

Zulkifli berkata selepas pemecatannya banyak parti politik datang kepadanya termasuk Umno, PAS dan beberapa NGO, tetapi beliau belum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya, termasuk sama ada akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Bukan kuantiti tetapi kualiti......... bagaimana hendak mengenali kualiti?. Maka beliaulah contoh tok wakil yang paling berkualiti di Malaysia atau mungkin juga di dunia. Katak-katak yang beliau sebutkan itu semuanya berkualiti dan beliau adalah ketuanya. Itu pun jika Brahim Ali tidak membantah dengan berketuakan Zul Kulim.

Kita pun tidak menjangka yang beliau mempunyai penyokong yang sebegitu ramai sehinggakan meminta penyokongnya membuat roadshow. Mungkin pengundi dan penduduk Kulim/Bandar Baharu akan ternanti-nanti kehadiran beliau ke kawasan parlimennya.

Pasti beliau akan diarak dengan bunga mawar dan di hamparkan dengan karpet merah oleh pengundi parlimen Kulim/Bandar Baharu kerana mempunyai tok wakil yang paling berkualiti. Apatah lagi dengan memakai mahkota yang berlambangkan MAHA FIRAUN.

Yang paling kita nanti-nantikan ialah siapakah pemimpin kanan dan ulama PAS yang menyokong beliau.

Rabu, 10 Mac 2010

Ahmad Awang Mengaku Enggan Bincang.


Photobucket
Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Ahmad Awang hari ini tidak menafikan dakwaan bahawa beliau bertanggungjawab menggagalkan usaha menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak.

Bagaimanapun bekas Pesuruhjaya Pas Perak ini mendakwa, antara sebab beliau mengambil tindakan itu ialah kerana Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hanya membangkitkan perkara tersebut melalui telefon.

“Memang dia (Harussani) ada menghubungi saya dan menyatakan inilah masanya parti Melayu bergabung dan membangunkan Islam.

“Tetapi bila saya tanya dia mengenai ceramah-ceramahnya yang mengatakan bahawa lebih 10,000 umat Islam sudah murtad dan dia sendiri menyatakan UMNO gagal dalam hal itu, dia terus diam dan meletakkan telefon. Jadi, siapa yang tidak bekerjasama,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Harussani mengenai penolakan terhadap cadangan penubuhan kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Perak.

Harussani mendakwa, Pas Perak tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan selepas mereka menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

Jelas Ahmad, tindakan UMNO menggunakan wakil menyuarakan hasrat parti juga tidak menunjukkan kesungguhan mereka untuk bergabung.

“Dia (Harussani) tidak ada kaitan dengan mana-mana parti, dia mufti sahaja. Kenapa pula dia yang perlu jadi orang tengah untuk berbincang?

“Kenapa Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali (bekas Menteri Besar) sendiri tidak berjumpa atau menghubungi kami.

“Masa itu, hanya beberapa orang dari UMNO sahaja bersungguh-sungguh menelefon saya minta saya sebagai pihak Pas bersetuju untuk bersepakat dengan UMNO," katanya.

Beliau berkata, sekiranya UMNO ikhlas ingin berbincang dengan Pas untuk membina sebuah kerajaan Islam, semua mufti di Malaysia perlu menasihatkan Majlis Tertinggi (MT) parti itu supaya meletakkan Exco berkaitan agama dalam barisan kepimpinan mereka.

Ahad, 7 Mac 2010

Zul Kulim : PAS Reform Sesuai Bagi Beliau....

Poster dari Pendikargunung.blogspot

Akhirnya cita-cita Zul Kulim agar dipecat dari PKR berjaya, kerana itulah kehendaknya. Sepatutnya PKR menunggu sehingga selasa ini dengan tidak menukarkan ahli jawatan displin parti agar beliau keluar dengan sakit hati.

Melompat dengan dipecat mempunyai makna yang berlainan, disebabkan itulah Zul Kulim tetap bertahan agar beliau dipecat dan bukannya melompat seperti katak-katak yang lain. Begitu juga menyuruh beliau mengosongkan kerusi parlimen Kulim/Bandar Baharu umpama menyuruh MB 5-0 Perak membubarkan DUN Perak.

Apabila membaca tajuk Zul Kulim dipecat dari PKR, saya tidak membaca kenyataan akhbarnya kerana dah boleh agak skrip beliau yang akan berbeza sikit dengan kenyataan dari katak-katak yang lain. Isu pemecatan beliau akan menjadikan modal besar buat Umno yang sedang ketandusan isu.

Beliau mungkin tidak akan masuk Umno jika diukur dengan ideologinya yang lebih condong kepada PAS. Melainkan ada penjanjian yang istimewa daripada Umno untuknya. Sekiranya beliau ada selera dengan PAS, tempat beliau sesuai berada dalam PAS Reform yang berketuakan ajaran sesat.

Mungkin ada orang yang akan melenting dengan gelaran tersebut............ lantaklah. Jika menghina Isteri dan Sahabat Rasulullah tidak dipanggil sesat, apa yang patut kita panggil. Zul Kulim akan menjadikan Mahathir sebagai mentornya semasa beliau dipecat oleh Tuanku Abd Rahman.

Zul Kulim tidak akan diterima diatas pentas PAS seperti yang Mahathir terima kerana PAS bersama dengan PKR dan DAP. Hanya dipentas PPP dan Gerakan sahaja pilihan yang Zul Kulim ada selain dari Umno. Nak harap tuah badan sendiri, jangan haraplah kerana menang MP pun atas nama DSAI.

Percayalah....... PAS tidak kebulur dengan orang seperti Zul Kulim yang pasti akan ditolak peringkat cawangan jika beliau minta dicalonkan.

Khamis, 4 Mac 2010

Satu Tindakan Yang Mengerunkan Bagi Yang Mengaku Islam.


Semalam saya menghubungi Ust. Ahmad Awang beberapa minit setelah saya mendapat makluman MP Bagan Serai, Mohsin keluar PKR dan masuk bebas. Bermula dari situ kami berbalas talifon sehingga yang terakhir sebelum Maghrib dan Ustaz mengatakan dia akan menghubungi wartawan malaysiakini yang sering dia hubungi bernama Jimadie untuk memberikan kenyaraan rasminya. Berikut ini adalah petikan kenyataan beliau yang telah diterbitkan oleh malaysiakini hari ini.

Ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberi tempoh tujuh hari untuk mengosongkan kerusinya ataupun menghadapi tindakan dikenakan solat hajat supaya dihukum oleh Allah.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata pihaknya akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan.

“Kita beri tempoh tujuh hari supaya beliau letak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat tujuh hari tujuh malam supaya Allah menghukumnya kerana khianat pada perjuangan.

“Bentuk hukuman tersebut, biarlah Allah sahaja yang menentukannya,” kata Ahmad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Perak pada pilihan raya umum sebelum ini.

Bekas naib presiden PAS itu mengulas tindakan Mohsin yang keluar PKR dan menjadi wakil bebas dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah.

Pada sidang media bagi mengumumkan perkara itu semalam, Mohsin (kanan) dilaporkan berkata, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran dalaman tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Ketika menghubungi Malaysiakini semalam, Ahmad berkata, tempoh tujuh hari yang diberikan kepada Mohsin untuk meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula semalam apabila pengumuman itu dibuat.

Ditanya sama ada program berkenaan akan dianjurkan oleh PAS negeri, Ahmad berkata ia anjurannya sendiri yang bertanggungjawab menerima Mohsin sebagai calon kawasan tersebut pada masa itu.

Bagaimanapun, tambah Ahmad, beliau juga mengajak pengundi kawasan itu, penyokong PAS sekitar kawasan parlimen berkenaan dan kira-kira seribu pelajar daripada sebuah pusat pengajian agama yang diasaskannya di Perak bagi menyertai solat tersebut.

Ahmad sebelum itu telah dua kali bertanding pada pilihan raya umum di kawasan parlimen tersebut pada 1999 dan 2004. Bagaimanapun beliau tewas kedua-dua kali di tangan calon BN.

Mengimbau semula detik-detik ketika Mohsin dipilih sebagai calon bagi Pakatan Rakyat, ketika itu Ahmad berkata, bukan sahaja pengundi, tetapi penyokong PAS juga tidak mengenalinya.

“Semua orang tanya siapa beliau,” kata Ahmad yang berkata pihaknya bertungkus lumus berusaha bagi memastikan Mohsin menang.

“Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi-pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Ahmad juga dilihat menunjukkan keraguannya terhadap tindakan politik Mohsin tersebut yang menurutnya berlaku secara tiba-tiba.

Katanya, beliau difahamkan, ketika seorang aktivis PAS kawasan tersebut berhubung dengan Mohsin kelmarin, soal peletakan jawatannya tidak timbul langsung.

“Berdasarkan sidang media beliau, daripada cara dia baca kenyataan akhbar, dengan salah sebut beberapa kali, saya rasa itu bukan beliau yang buat,” kata Ahmad. malaysiakini/-

Sementara itu, kira-kira jam 10 pagi tadi , saya bersama dengan sekitar 500 orang berhimpun di depan pejabat Mohsin di Bagan Serai bagi mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera. (CinaIslam)

Jumaat, 22 Januari 2010

Cola : Nasib Baik Tidak Dilaksanakan.......

Apabila desas desus yang mangatakan elaun cola dan perumahan kakitangan awan akan dikurangkan, ia betul-betul mencemaskan. Tetapi berita terkini menyatakan tiada surat perkeliling yang dikeluarkan oleh kerajaan mengenai perkara tersebut. Jika benar, ianya pasti satu berita yang melegakan kakitangan awam.

Walau pun ada penafian, kakitangan awam jangan terlalu teruja sangat kerana perkara seperti ini bukannya boleh dimain-mainkan. Jika tiada angin, takkan pokok akan bergoyang melainkan ada tangan-tangan mengoncangkannya.

Tidak mustahil ianya akan menjadi satu modal buat Umno/Bn untuk memainkan isu tersebut menjelang PRU 13 yang akan datang. Dengan sokongan daripada pengundi semakin tidak menyebelahi pihak Umno/Bn, ianya boleh menjadi senjata mereka untuk mengugut kakitangan awam.

Semua orang tahu bagaimana pemainan politik Umno yang memegang ideologi 'Matlamat Menghalalkan Cara'. Bagi pendapat saya, isu ini boleh dikatakan belum lagi di tutup kerana tiada  lagi kenyataan rasmi daripada One Malaysia dan timbalannya.

Penafian tersebut hanya keluar daripada mulut pegawai Perbendaharaan dan pegawai kementerian kewangan. Sedangkan mereka hanyalah pegawai yang mengikut arahan sahaja, bukannya pegawai yang mengeluarkan arahan. Hanya One Malaysia sahaja yang boleh mengeluarkan kenyataan ini kerana One Malaysia yang menjadi menterinya.

Mungkin juga arahan tersebut belum diputuskan lagi kerana One Malaysia masih lagi berada diluar nagara. Jadi, kata putusnya hanya boleh diketahui apabila One Malaysia pulang dari lawatan keluar negara. Walaupun timbalannya ada didalam negara, beliau mungkin tidak berani mengeluarkan apa-apa kenyataan. berkaitan isu yang disifatkan terlalu sensitif.

Ini  memandangkan isu cola dan elaun perumahan kakitangan awam adalah satu isu yang amat besar yang boleh menjadikan  Umno/Bn berada didalam bahaya. Apakah Umno/Bn sanggup menghadapi satu lagi protes RAKYAT DIDAHULUKAN selepas isu 'kalimah ALLAH'.

Berkaitan isu kalimah ALLAH pun, Umno dah hampir-hampir hilang akal kerana mereka bernaung didalam satu parti yang berteraskan perkauman Melayu bukannya parti yang berdasarkan Islam. Kerana itulah kakitangan awam jangan terlalu gembira sangat apabila isu cola hanyalah dikatakan khabar-khabar angin sahaja.

Jumaat, 8 Januari 2010

Tidak Sangka Blog MUSAFIRLALU Dalam Top 100.






Saya tidak menyangka blog Musafirlalu telah tersenarai antara 100 teratas dalam ranking yang dijalankan oleh Perakex dengan menduduki senarai ke 90. Tetapi didalam ranking oleh Alexa pula menduduki tangga ke 45,150. Walau pun jatuh 4 anak tangga, tetapi mengikut ranking Alexa pula ianya telah meningkat sebanyak 712 anak tangga daripada menduduki tangga ke 45,862. Terima kasih buat sahabat-sahabat dan pembaca yang telah melayari blog ini.

Daripada menulis secara suka-suka, ianya menjadi rutin harian dalam terus aktif menulis isu-isu semasa dan politik di Malaysia. Tetapi ianya menjadi pelahan dalam sebulan dua selepas kesihatan kurang mengizinkan yang memaksa saya berehat daripada menulis kerana terpaksa menerima rawatan Dr. Pakar sampai sekarang.

Kerana itulah adakalanya saya mengambil atikel daripada sumber akhbar-akhbar dan blog-blog agar pembaca setia terus mendapat berita semasa ketiadaan saya. Oleh itu saya mengucapkan ribuan terima kasih buat semua pembaca setia, para sahabat dari sama pihak mahu pun dari pihak lawan di atas segala sokongan anda semua.

Ahad, 4 Oktober 2009

Bagan Pinang : Zulkefly Calon Bersih Anak Jati Negeri Sembilan

Pakatan Rakyat yakin pengundi N31 tidak sewenang-wenangnya memilih calon Adun Bagan Pinang berdasarkan kriteria anak tempatan semata-mata, sebaliknya, kelayakan calon mestilah terdiri oleh seorang yang berakhlak mulia serta tidak mengamalkan rasuah.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, calon Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar tidak mustahil memenangi hati anak tempatan, seperti yang berlaku dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir lalu. 

"Ustaz (Mohd) Salleh Man bukanlah anak tempatan Permatang Pasir. tetapi boleh menang kerana pengundi sendiri menolak Rohaizat (Othman) yang tidak bersih." 

Katanya, Salleh nyata tidak dikenali penduduk tempatan, berbanding Rohaizat Othman yang kebetulan anak jati tempatan. 

Tapi, apalah gunanya seseorang calon itu dikenali sebagai pecah amanah, terlibat dalam salah guna kuasa dan mempunyai beberapa masalah peribadi yang begitu meruncing.
Image Jelasnya lagi, 22 tahun Isa menjadi Menteri Besar jika berjasa kepada rakyat sekalipun, itu adalah tanggungjawab pemerintah. 

Pun begitu, khalayak lebih tahu sejauh mana kepemimpinan serta kemampuan Isa sebelum ini. 

"Beberapa isu seperti perparitan yang tidak berfungsi, projek mee segera yang banyak terbengkalai, isu pembiakan lalat terutama waktu musim hujan, sampah sarap tidak diurus dengan baik, semuanya masalah rakyat yang tidak diselesaikan Isa." 

Tambahnya lagi, Isa juga perlu menjawab beberapa tanda tanya rakyat � mengapa PD Marina dibina atas 20 ekar tanah rizab rakyat Melayu. 

Beliau yang juga ahli parlimen Pokok Sena menjelaskan, jika Zulkefly menang dalam pilihanraya kecil N31; bermakna ia mempercepat kemenangan Pakatan di Negeri Sembilan dan Selatan Malaysia. 

"Umno tidak boleh sombong mendabik dada mengatakan Zulkefly tidak boleh buat apa-apa jika menang kerana negeri di bawah Umno. 

"Beza kerusi tidak banyak. Mereka (BN) 19 dan kita (Pakatan) 15. Kalau Zulkefly memang, mendekatkan kita pada membentuk kerajaan jika ada beberapa adun BN yang bersih sedia bersama kita. 

"Jika Zulkefly menang, Umno akan lebih berkhidmat untuk (rakyat) Bagan Pinang dan negeri kerana tidak mahu lagi Dun yang lain pula jatuh ke tangan Pakatan," katanya. 

Sebelum menjadi calon, Zulkefly telah berkhidmat dalam beberapa sektor swasta profesional; termasuk mempengerusikan gerakan 'No Incinerator' di Broga. 

Kelulusan peringkat Sarjana (Master) dalam Sains serta pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi melengkapkan lagi kepemimpinan pengurusan beliau. 

Kelmarin, Zulkefly menjelaskan bahawa beliau anak jati Negeri Sembilan. Isa pula dikenali sebagai anak jati Telok Kemang. 

Pengumuman SPR pagi tadi, mengesahkan Zulkefly bakal ditentang oleh Isa.

Pilihanraya kecil N11 menyaksikan Umno sedaya upaya meraih sokongan pengundi dengan memainkan sentimen anak tempatan, sedangkan PAS serta Pakatan Rakyat pula yakin pengundi akan terus memilih calon yang berakhlak, bersih serta amanah seperti beberapa pilihanraya kecil sebelum ini. (Harakah)

Ulasan Musafirlalu..............

Sekiranya Isa Samad seorang yang mempunyai kuasa, pangkat, dan gelaran di Negeri Sembilan dan Bagan Pinang amnya. Apakah yang telah beliau lakukan untuk penduduk Teluk Kemang sebelum Pilihan raya kecil.

Sebelum beliau menjadi calon, adakah beliau mengambil berat tentang penduduk-penduduk dikawasannya. Adakah beliau selalu berjumpa dengan penduduk yang tidak setaraf dengannya. Ada beliau bertanya khabar tentang masaalah yang dihadapi oleh penduduk Bagan Pinang dan Teluk Kemang.

Saya pasti beliau tidak mempunyai sikap-sikap seperti itu kerana beliau adalah dari kalangan elit. Mungkin beliau tiada masa untuk berada dikawasannya kerana terlalu sibuk dengan golongan-golongan elit di Kuala Lumpur.

Sekarang ini penduduk tidak perlu buat temu janji untuk berjumpanya kerana beliau sendiri akan datang mengadap penduduk. Sekiranya penduduk Bagan Pinang memanggil beliau untuk merasmikan tandas/jamban  kat rumah mereka, pasti Isa Samad dan Pak-pak Menteri tidak akan menolaknya.

Walau pun ianya satu penghinaan buat mereka tapi kerana hendak menjaga hati dan undi, mereka tetap akan melakukan dengan hati yang berat. Oleh itu buat penduduk bagan Pinang, pergunakan betul-betul peluang yang ada kerana anada sekarang ini dianggap sebagai Raja oleh One Malaysia.

Mungkin sekarang ini banyak projek-projek 'Mee Segera'  akan dilaksanakan oleh Umno-Bn untuk memenangi hari penduduk Bagan Pinang. Itu pun dikira bernasib baik disebabkan ada pilihan raya kecil, jika tidak jangan harap penduduk Bagan Pinang akan merasainya.

Walau sebanyak mana pun projek dilakukan, semuanya adalah milik kroni-kroni mereka sahaja dengan menggunakan duit rakyat. Apa yang penduduk Bagan Pinang dapat hanyalah untuk santapan mata sahaja.

Penduduk Bagan Pinang akan ditaburkan dengan duit yang bertimbun-timbun daripada Umno-Bn. Jika mereka menabur duit, pastikan jangan lepas peluang.......... ambil sebanyak mana yang dapat kerana duit tersebut adalah milik rakyat.

Mungkin kali ini habuan untuk penduduk Bagan Pinang lebih besar dari kawasan-kawasan lain kerana calon Umno-Bn adalah bapak segala naga. Ambil apa sahaja yang mereka berikan kerana peluang seperti ini bukan selalu ada.

Bak kata 'kalau orang bagi kita ambil tetapi undi tetap untuk PAS (Pakatan Rakyat). Buat penduduk Bagan Pinang...... katakan tidak pada rasuah......... katakan tidak pada parti rasuah............ katakan tidak pada calon perasuah.......... katakan tidak pada kerajaan yang rasuah.

Oleh itu jangan biarkan perasuah diberi kuasa............. jika tidak hancurlah negara.............. ingatlah akan nasib anak cucu kita............... takut nanti kita akan disoal oleh anak cucu kita........... lebih baik kita menyesal dahulu daripada menyesal dikemudian hari.

Apakah alasan yang akan kita berikan semasa di padang Mahsyar nanti............. apabila kita ditanya oleh Allah s.w.t............ kenapa kita memberi ruang kepada perasuah untuk memerintah negara. Undi anda adalah penentu akan masa depan anak cucu kita........... maka marilah sama-sama kita mengundi calon yang bersih dan bukan calon yang perasuah.

Sabtu, 3 Oktober 2009

Bagan Pinang : King Of Mat Rempit Mendakwa Di Pukul.....

Semasa pernamaan calon di Bagan Pinang, Raja Mat Rempit, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah mengaku bahawa beliau telah dipukul oleh 9 penyokong PAS.

Beliau dikatakan dipukul dari belakang dengan menunjukkan kesan merah bekas pukulan tersebut. Yang menjadi kemusykilannya ialah terdapat tanda merah pada belakang lehernya.

Apakah benar beliau di pukul kerana memandangkan kulit beliau itu, apakah kita boleh  nampak kesan lebam yang berwarna merah. Lainlah jikalau kulit beliau berwarna cerah, pasti kesan merah itu akan kelihatan.

Yang ajaibnya ialah beliau sempat boleh mengira pula bilangan orang yang memukulnya itu. Jika seorang dua mungkin kita boleh terima, tetapi ini sampai sembilan orang yang memukulnya dari belakang.

Mungkin beliau ini seorang yang berilmu tinggi dalam bidang persilatan. Jika boleh saya pun ingin menuntut ilmu daripada beliau.

Apakata kalau kita tanya kepada mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir, kerana jika bab-bab ini beliau lagi handal dalam ilmu firasat. Macam kes mata lebam Saudara Anwar Ibrahim apabila beliau ditanya oleh wartawan tentang mata lebam tersebut.

Kerana itulah jalan terbaik buat Abdul Azeez ialah berjumpa dengan mantan Memanda Menteri yang pasti perkara ini dapat ditilik olehnya.

Umno.........Umno..........Umno.... Baru pernamaan calon dah mula main wayang. Kalau nak kelentong tu.............. biarlah logik dek akal. Tentang masaalah kulit itu pula, bukannya nak menghina.

Mengikut ilmu firasat Memanda Menteri, " mengikut firasat akan amalan hamba dalam ilmu tersebut, Anwar telah memukul sendiri akan matanya bertalu-talu tanpa henti untuk membuatkan hamba rakyat percaya yang beliau telah dipukul".

"Dan mengikut firasat hamba juga, tentang sakit belakang yang beliau alami itu adalah  kerana beliau telah berdiri diatas kerusi dan kemudian menjatuhkan dirinya agar hamba rakyat mempercayai bahawa aha hulubalang-hulubalang pencaci Umno telah memukul belakangnya":.

Bagaimana pula dengan cerita kat bawah ini pula............ siapa sebenarnya semseng semasa penamaan calon. Oleh itu, pembaca sendirilah yang menilainya., siapa sebenarnya pembohong besar dalam Umno-Bn. Lapuran dibawah ini adalah bersumberkan kepada Akhbar Harakah................... anda nilailah mana yang betul dan mana yang pembohong besar.....

Sekumpulan jurugambar terjatuh akibat ditolak pengawal peribadi calon BN, Tan Sri Isa Samad sewaktu cuba merakam gambar beliau.

Sewaktu perarakan calon BN pagi tadi, jurugambar berkenaan bersedia di kawasan cerun bukit mananti ketibaan rombongan perarakan calon BN tersebut.

Mereka mendakwa telah dirempuh oleh rombongan penyokong BN diketuai sekumpulan pengawal Isa yang datang dari arah atas bukit.

"Kami semua berbaris di kawasan bawah bukit menunggu mereka (perarakan BN) tiba.

"Bila mereka sampai, yang depan terus rempuh kami sampai terjatuh," cerita seorang jurufoto akhbar Siasah kepada kami.

Namun apa yang dikesali, kesemua mereka seolah olah tidak menghormati langsung petugas media yang ingin manjalankan tugas mereka.

Selain ditolak dengan kasar, para jurufoto berkenaan turut dihembur dengan maki hamun oleh sebahagian pengawal berkenaan.

ImageMenurutnya, lebih dari tujuh orang berpakaian vest dan bertopi dacing dilihat mengawal Isa.

Berikutan kekasaran itu, beberpa orang jurufoto berkenaan tampil melawan mempertahan hak mereka.

Pertengkaran dan pergelutan itu bagaimanapun berjaya dikawal orang ramai.

"Kami sampai menjerit minta mereka jangan tolak kami, tapi mereka tak peduli," katanya lagi.

Pada sesi penamaan calon pagi tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya SPR mengesahkan hanya calon Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar dan calon BN, Tan Sri Isa Samad bertanding bagi merebut kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN Bagan Pinang 11 Oktober depan.

Dianggarkan lebih 10 ribu penyokong pakatan menyertai perarakan calon pagi tadi.

Ahad, 6 September 2009

Bagaimana PAS Mengajar Penyokongnya Tentang Wa'la............

Saya bukan daripada keluarga penyokong PAS, tetapi sejak saya meminati politik ialah pada tahun 1978. Zaman gerhana buat PAS yang mana, PAS tewas teruk di Kelantan dan hanya tinggal satu kerusi di Parlimen (jika salah tolong sape2 betulkan). Saya sendiri pun tidak tahu kenapa saya jatuh cinta kepada PAS yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

Di daearah saya, semua orang memperkatakan tentang Umno yang telah berjaya menawan Kelantan. Saya tidak dapat lupakan bagaimana pagi itu, saya dengan beberapa kawan dalam perjalanan ke sekolah. Tetapi yang menghairankan saya ialah sekolah lenggang, rupa-rupanya kerajaan mengistyiharkan cuti umum keraja berjaya menawan Kelantan. Biasalah , kat rumah tiada TV.

Memang parti PAS betul-betul mengalami gerhana, Umno-Bn menyapu bersih kerusi. PAS betul-betul terpinggir setelah dikhianati oleh Umno dengan politik kotornya. Ditambah lagi dengan gelaran parti tok lebai atau parti orang kampung. Parti yang paling miskin adalah parti PAS kerana setiap kali pilihanraya, penyokong-penyokongnyalah yang mengeluarkan duit poket sendiri.

Tidak seperti Umno yang akan melambakkan duit kepada pengundinya.Siapa undi Dacing akan dapat duit, dapat kain batek dan dapat naik kereta. Zaman itu, kalau dapat sebuah basikal pun dah dikira anak orang kaya. Duit belanja ke sekolah dapat 20 sen, sudah cukup untuk mengalas perut. Itu pun sudah dikata banyak kalau dapat 20 sen.

Zaman yang cukup selesa kerana duit mahal  tetapi barang murah. Beras 40 sen segantang dan rokok yang paling top ialah rokok 555 dan Benson dengan harga 60 sen sekotak(20 batang). Berbeza dengan zaman sekarang ini yang mana nilai duit murah tetapi harga barang melambung-lambung harganya.

PAS terus bangkit walaupun sentiasa kalah didalam pilihanraya. Kelebihan yang ada pada PAS ialah sikap ahli-ahli dan penyokong-penyokongnya yang tidak pernah mengangkat bendera putih. Seteruk mana pun PAS dikalahkan, semakin kuat semangat ahli dan penyokongnya.

Seandainya perkara tersebut berlaku kepada Umno, pasti dah lama bungkus. Keistimewaan PAS ialah kepada penyokong tidak mengalihkan undi mereka kepada Dacing. Mereka tetap setia bersama parti tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Kesetiaan kepada parti yang ada pada penyokong PAS yang membuatkan PAS terus berdiri dengan megah.

Dan Adun-adun PAS tidak sesekali akan melompat parti melainkan satu  peristiwa pada tahun 1968, yang mana 5 Adun PAS telah dibawa lari ke Kuala Lumpur oleh SB-SB dalam usaha menumbangkan kerajaan PAS Kelantan. Dan usaha mereka itu telah berjaya 'turn about' 2 Adun PAS berpaling tadah, tetapi gagal menumbangkan kerajaan PAS Kelantan.

Selepas itu, kirim salam lah kalau nak tarik adun PAS. Ini boleh dilihat di Kelantan yang mana PAS hanya mempunyai majoriti satu kerusi sahaja. PAS tetap dapat mempertahankannya sampai ke pilihanraya umum.. Jika Umno berada didalam keadaan PAS, saya pasti Umno-Bn akan tumbang.

Kerana itulah sikap para pemimpin, ahli dan penyokong PAS jarang berpaling tadah, jika berlaku pun pemimpin tersebut hanya dapat membawa dirinya sahaja keluar daripada PAS. Seperti mana yang berlaku di zaman Datuk Asri dahulu. Dan setiap kali pengundian, undi PAS tidak pernah jatuh daripada sebelumnya walau pun kalah.

PAS tidak menjanjikan kekayaan dan pangkat kepada ahlinya, sebagaimana Umno. PAS mengajar ahli dan penyokongnya berdiri diatas kaki sendiri. PAS sebuah parti yang mempunyai semangat setiakawan yang kuat. PAS tidak pernah mengkhianati kawannya, tetapi PAS sentiasa dikhianati oleh kawan selepas mereka mempunyai kekuatan.

Walau pun Didalam Pakatan Rakyat, PAS yang paling sedikit MP di Parlimen tetapi jangan memperkecilkan kekuatan yang dimiliki oleh PAS. PAS mempunyai kekuatan tersendiri yang pasti diakui oleh lawan dan kawan. Sekiranya PAS tiada kekuatan, kenapa Umno bersungguh-sungguh cuba memancing PAS.

Andainya PAS sebuah parti yang mementingkan diri, sudah lama PAS bersama dengan Umno yang sekarang ini membuka seluas-luasnya pintu mereka untuk PAS. Kerana asas perjuangan PAS yang bertunjangkan Islamlah yang membuatkan PAS bertambah kuat.

Penyokong PAS telah diasuh sebegitu rupa yang membuatkan Umno cukup-cukup cemburu apa yang PAS miliki. Bermacam-macam cara Umno lakukan terhadap PAS untuk melemahkannya, semuanya gagal. Semakin kuat tekanan yang Umno berikan, semakin mantap kekuatan PAS. Dan tidak mustahil PAS akan menjadi parti yang akan mencorakkan lanskap politik Malaysia.

Dan parti Keadilan patut melakukan pembersihan keatas calon-calon mereka pada PRU 13 nanti. Apa yang berlaku kepada parti Keadilan sekarang ini , ada kebaikkannya kerana ianya boleh dianggap satu pengajaran.Jika ingin menjadi sebuah parti yang kukuh, mesti ada kesilapan. Kerana kesilapanlah yang mengajar kita menjadi lebih matang dan berhati-hati.

Jumaat, 24 Julai 2009

Umno Perlis Kembali Bergolak

Ke tidak puasan hati Shahidan Kassim terhadap Mohd Isa masih lagi terbuku dihati beliau kerana pihak istana tidak lagi berkenan kepada beliau untuk menyambung kembali jawatan Menteri Besar Perlis. Kerana marahkan pihak istana maka Mohd Isa yang menjadi mangsanya. Alasan yang diberi kerana beliau tidak berpuas hati dengan pentadbiran Mohd Isa dengan menuduhnya sebagai boneka sahaja. Beliau menuduh pentadbiran MB sekarang dikuasai oleh tangan-tangan ghaib, yakni kemungkinan pembantu-pembantunya. Apakah beliau merasakan yang beliau lebih bagus daripada Mohd Isa mentadbir negeri Perlis. Nak kata orang dia yang lebihnya, kerana semasa beliau menjadi Menteri Besar, beliau telah mencipta sejarah dengan melantik sebegitu ramai penasihatnya, mengalahkan Perdana Menteri. Semua anak beranak dan kroni-kroni beliau telah dilantik sebagai penasihat beliau. Amat malang sekali buat negeri Perlis, negeri paling kecil dan mempunyai bahagian paling sedikit di Malaysia tetapi penasihatnya mengalahkan kuasa besar. Sekarang beliau hanya mencari apa sahaja kesalahan Mohd Isa untuk melepaskan geram beliau yang tiada kesudahannya. Itulah perangai Shahidan Kassim yang hanya nampak kesalahan orang lain sahaja tetapi kesalahan sendiri beliau cuba sembunyi kan. Nak lepaskan kemarahan kat istana beliau tidak berani, yang menjadi mangsa kemarahannya ialah Mohd Isa yang dikatakan merampas kuasa Menteri Besar yang dianggap milik mutlak beliau. Kerana ada perkara yang tidak kenalah maka pihak istana tidak perkenankan beliau untuk menyambung kan tugas sebagai Menteri Besar Perlis kerana hanya pihak istana sahaja yang tahu apa sebenarnya kesalahan besar yang telah beliau lakukan. Siapa tidak marah kalau dah bersiap dengan tengkoloknya, baju melayunya, kerisnya, pingat di dadanya, kasut berkilatnya yang boleh dikatakan semuanya baru selepas beliau berjaya mengetuai kemenangan buat Perlis dengan penuh bergaya memandang kan negeri-negeri lain terumbang-ambing dalam mempertahankan kuasa. Tiba-tiba nama Mohd Isa yang disebutnya sebagai Menteri Besar yang baru. Siapa tidak marah dan geram. Mesti ada sebab-sebabnya yang menyebabkan pihak istana menolak beliau. Jikalau kesalahan itu kecil tak mungkin pihak istana tidak berkenan kepada beliau. Maka ini telah menambahkan lagi kemelut perbalahan didalam Umno selepas Terengganu dan Negeri Sembilan. Inilah yang dikatakan One Malaysia yang penuh dengan skandal. Umno cuba menutup bangkai gajah dengan menuduh Pakatan Rakyat mempolitikkan beberapa isu.

Rabu, 22 Julai 2009

Rais Mempersoalkan Tindakan Zaid.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Rais Yatim mengingatkan Datuk Zaid Ibrahim supaya tidak bersikap lupa diri setelah mengecap kejayaan semasa berada dalam UMNO.

Beliau berkata, tindakan Zaid mendakwa perjuangan UMNO masa kini bersifat perkauman adalah tidak tepat kerana parti itu merupakan komponen Barisan Nasional (BN) yang selama ini memperjuangkan nasib semua kaum.

Apa yang dikatakan oleh Datuk Zaid Ibrahim itu adalah tepat, sememangnya Umno itu sendiri parti yang bersifat perkauman. Apakah beliau (Rais) terlalu dangkal dengan menyatakan parti Umno merupakan komponem Barisan Nasional yang terdiri berbagai parti yang berasaskan berbilang kaum seperti MCA mewakili kaum Cina, MIC mewakili kaum India, Gerakan yang dimonopoli oleh kaum Cina dan ada segelintir kaum-kaum seperti Melayu dan India yang hanya merangkumi tidak sampai 5 % dan begitu juga dengan PPP yang dimonopoli kaum India sama seperti Gerakan.

Walau apa dan dimana kedudukan Umno, hatta didalam BN. Umno tetap sebuah parti yang berasaskan kaum Melayu, maka tidakkah itu dikatakan parti perkauman. Apakah dengan duduk semeja dengan parti perkauman yang mewakili kaum masing-masing, maka ia dikatakan tidak perkauman. Dimanakah Datuk Rais belajar tentang bab perkauman, apabila menyatakan yang Umno bukan parti perkauman.

Kenapa beliau bising sangat dan menhentam Zaid setelah menjadi tikus dalam isu cabaran beliau untuk berdebat dengan Datuk Zaid. Tidakkah beliau merasa malu dengan Datuk Zaid apabila beliau mencabar Datuk Zaid berdebat kemudian cabaran beliau telah disambut oleh Datuk Zaid lalu beliau terus mendiamkan diri apabila cabaran beliau disambut. Kerana beliau beranggapan yang Datuk Zaid pasti tidak berani untuk berdebat dengan beliau. Kerana beliau menyangkakan yang Datuk Zaid berperangai seperti beliau. Tetapi sayang seribu kali sayang, ingatkan panas sampai ke petang rupa-rupanya hujan ditengah hari. Cabaran beliau berbalas, tetapi beliau mula menyembunyikan diri. Sekarang mula timbul kembali dengan membawa tungkul besi untuk Datuk Zaid.

''Tindakan Zaid membuat dakwaan (dalam blognya) itu dilihat seperti orang yang lupa diri selepas mendapat faedah dan kejayaan menerusi UMNO ketika berada dalam parti.

''Beliau (Zaid) perlu ingat bahawa kejayaan firma beliau juga berlandaskan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini

Inilah sikap pemimpin yang terkenal dengan membakar jambatan yang menganggap bahawa Umnolah yang memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang mereka kehendaki. Kerana mereka merasakan oleh kerana mereka yang memegang tampuk pemerintahan maka rezeki adalah ditangan mereka. Apakah ketentuan Allah s.w.t. sebagai pemberi rezeki ditolak tepi sedangkan Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Beliau boleh bercakap apa sahaja yang beliau ingin nyatakan tetapi janganlah sampai terpesong akidah kerana sedikit kesilapan. Itulah sikap pemimpin Umno dalam usaha mengampu Bos.

Amat malang bagi Umno apabila mendapat pemimpin seperti ini yang tidak konsisten terhadap perjuangan sendiri. Dalam usaha mencari pangkat dan menambahkan kekayaan, maka beliau sanggup menepikan apa yang telah beliau lakukan semasa menjadi pemimpin Semangat 46 dahulu. Bagaimana beliau membakar jambatan dan melakukan tesis PHD nya semasa berada diluar Umno. Beliau sendiri menolak tesis yang beliau tuliskan tentang undang-undang di Malaysia. Setelah mendapat kembali kedudukan didalam Umno maka mulalah beliau berkokok dengan lebih nyaring agar suaranya dapat didengar oleh tuannya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Zaid mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dakwaan terhadap perjuangan UMNO adalah berbentuk perkauman.

Kata Rais, tindakan Zaid itu dianggap seperti tidak memahami 'asam garam' politik sambil menyifatkannya masih mentah.

''Zaid masih baru ketika berada dalam UMNO, dia tidak pernah berasa susah dan menghadapi naik turun dalam politik sebaliknya terus menjadi menteri," jelas beliau.

Tidak salah mempelawa sesiapa sahaja untuk menyertai PKR ataupun PAS. Yang beliau bising-bising sangat ni kenapa. Memang tidak dinafikan yang Ku Li adalah bos beliau semasa didalam parti Semangat 46. Salahkah dari segi undang-undang apabila kita memepelawa sesiapa sahaja untuk bersama-sama didalam parti yang baru dimasuki. Sekurang-kurangnya Zaid ada prinsip dalam perjuangannya semasa berada didalam Umno dan sanggup melepaskan jawatan menteri apabila beliau melihat ketidak adilan berlaku didalam kerajaan.

Apakah sikap seperti ini ada pada Datuk Rais Yatim dalam memperjuangkan keadilan. Sedangkan jambatan yang beliau bakar pun dibina semula agar diberi tempat dalam kabinet. Beliau bukannya seorang pemimpin yang boleh diambil untuk dijadikan contoh. Mungkin beliau baik sedikit daripada Ibrahim Ali yang mengigit kepada orang yang memberinya makan. Kalau hendak mengampu biarlah kena pada tempatnya.

Apakah orang seperti ini layak menilai dan mengatakan seseorang itu masih mentah dalam asam garam berpolitik. Dimanakah kematangan beliau dalam berpolitik yang memang terkenal dengan sikap pengampunya. Apakah beliau seberani Datuk Zaid Ibrahim dalam berpolitik. Apakah beliau sanggup melepaskan jawatan menteri yang sedang beliau peluk itu untuk berkata benar. Yang pasti, beliau tidak akan sesekali melepaskan jawatan menteri yang sentiasa diidam-idamkan itu.

Kita pun sendiri maklum antara syarat pembubaran parti Semangat 46 ialah, beliau akan diberi jawatan menteri dan beberapa orang lagi akan diberi jawatan timbalan menteri. Apakah beliau sanggup berkorban seperti mana yang dilakukan oleh Datuk Zaid Ibrahim dengan melepaskan jawatan menteri.

Selasa, 21 Julai 2009

GPMS Cuba Jadi Jaguh....

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mengutuk tindakan pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan kematian Teoh Beng Hock sebagai modal dan komoditi politik untuk menyemarakkan sentimen benci rakyat terhadap kerajaan. Presidennya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata tuduhan tidak berasas pihak tertentu umpama mengangguk di air yang keruh dengan membangkitkan isu sensitif berbaur perkauman yang tidak relevan untuk mengaburi mata rakyat.
yang Kenapa Pemuda Umno berselindung di sebalik Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sebuah badan NGO dalam mengutuk tindakan pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu kematian Teoh. Gunakan lah platform Umno sendiri dalam mengulas isu tersebut. Inilah sikap pemimpin Umno dalam isu kematian Teoh, yang kononnya ia adalah pendapat NGO. Beliau cuba mempolitikkan isu tersebut dengan mempergunakan badan bukan kerajaan untuk menunjukkanNGO tidak menyokong apa yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat. Apakah pendapat beliau boleh dikatakan mewakili keseluruhan ahli-ahli GPMS. Kita sebagai rakyat Malaysia tahu siapa sebenarnya GPMS yang sejak penubuhannya telah diperkudakan Umno, kerana sejak dari dahulu lagi ia adalah satu badan yang 100 % milik Umno. Semua pemimpin tertingginya adalah daripada Umno.
"GPMS melihat ia sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan boleh mewujudkan situasi tegang di kalangan rakyat. "Kita sedih dan simpati serta mengucapkan takziah terhadap keluarga Teoh, namun menggesa polis menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengambil kesempatan atas kematiannya," katanya.
Apakah benar apa yang dikatakan oleh beliau atau hanya cuba meneguk untuk menunjukkan kepada umum, yang mereka membela dan mahukan satu suruhanjaya Diraja dibentuk. Siapa sebenarnya yang mengambil kesempatan atas kematian Teoh. Cukuplah dengan mainan politik murahan yang beliau tonjolkan itu. Andainya Umno benar-benar ikhlas untuk membantu dalam mencari keadilan buat Teoh. Sudah lama yakni selepas kematiannya ditubuhkan Suruhanjaya Diraja dibentuk kerana mereka(Umno) yang memegang kuasa. Tak payah hendak tunggu lama-lama, bak kata orang, hanya petik jari aje. Tetapi di atas kepentingan politik Umno-Bn, maka isu itu sengaja dilengah-lengahkan.
Beliau berkata, GPMS turut bersama pelbagai pihak meminta penubuhan suruhanjaya siasatan bebas untuk siasatan adil dan telus supaya keyakinan rakyat dipulihkan, sekali gus menghentikan polemik isu ini daripada diambil kesempatan oleh mana-mana pihak.
Seiapa sebenarnya yang cuba menpolemikan isu tersebut, kalau tidak Umno yang cuba mengalihkan pandangan orang ramai dengan isu PKFZ yang bernilai RM 12 bilion, isu banglo mewah Khir Toyo RM 24 juta, isu sogokan RM 500 hingga RM 1,000 seorang untuk memangkah BN di Manek Urai, isu Stadium Sultan Mizan yang bernilai RM 400 juta runtuh di Terengganu, isu penyewaan helikopter kepada PDRM yang bernilai ratusan juta ringgit dan berpuluh-puluh lagi isu yang membabitkan para pemimpin Umno dan krono-kroni mereka. Jikalau hendak dibanding dengan isu kematian Teh Beng Hock dalam siasatan SPRM yang hanya bernilai RM 2,400 sahaja. Jadi, siapa sebenarnya yang mempolitikkan isu tersebut. Buat Pemimpin GPMS, janganlah menjadi jaguh di atas nama GPMS. Jangan menjadi politikus murahan atas nama keadilan.

Jumaat, 17 Julai 2009

Bila Khir Toyo Bercakap Tentang SPRM.

Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkataadalah tidak adil bagi DAP dan PKR membuat pelbagai kenyataan bagimenimbulkan keraguan dan kebencian umum kepada Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian setiausaha politik excokerajaan Selangor. khir toyoBeliaumengucap takziah kepada keluarga Teoh Beng Hock ekoran kematiannyasangat tragis dan kontroversi dan berharap mereka, termasuk tunangnyatabah dan sabar menunggu keputusan siasatan Polis. "Saya jugaingin meyatakan bahawa adalah tidak adil membuat tuduhan semberonoterhadap SPRM tanpa menunggu keputusan hasil siasatan. "Biarlahpolis menyiasat terlebih dahulu dan jika tidak berpuas hati, mungkinsatu suruhanjaya siasatan boleh ditubuhkan untuk melakukan siasatan,"tulis Khir dalam blognya. Mayat Teoh - setiausaha politik excoSelangor, Ean Yong Hian Wah - ditemui pada jam 1.30 tengahari semalam,selepas disoal siasat berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN. Mayatnya ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut. "Kitakena faham siasatan SPRM bukan untuk dipolitikkan kerana ia memberibanyak tekanan emosi kepada ahli keluarga mereka yang terbabit jikadisiarkan secara besar-besaran di dalam akhbar. 'Isu banglo mewah' "Initurut dirasai oleh isteri dan anak-anak saya yang masih bersekolah,"katanya sambil menambh beliau melalui keadaan yang sama apabiladisiasat oleh SPRM apabila dilempar dengan tuduhan semasa dan selepasmenjadi menteri besar. "Malah semasa saya menjadi menteri besardahulu, bukan sahaja fail dan dokumen diambil, saya sendiri dirakampercakapan selama lapan jam. "Selepas tidak menjadi menteribesar pun boleh dikatakan setiap kes yang ditohmahkan ke atas saya akandisiasat oleh SPRM. Ini termasuk isu banglo saya yang mula disiasatoleh SPRM minggu lalu," katanya. Bagaimanapun, katanya, beliautidak menjadi seperti beberapa ahli politik yang dengan sukarelamemanggil sidang akhbar memberitahu dan mempersoalkan tindakan SPRMmengambil dokumen dan menyiasat pejabat mereka. "Seingat sayatidak pernah SPRM membawa wartawan atau media ke mana-mana serbuanmereka. Malah jika tidak silap saya isu siasatan ini menjadi besarkerana wakil rakyat dari DAP sendiri membocorkannya kepada pemberita. "Jadikanlahtragedi ini satu pengajaran yang terbaik kepada kita semua. Janganpolitikkan siasatan SPRM sehingga menjadikan seolah-olah suruhanjayaini bertindak atas kepentingan politik parti tertentu. 'Mahu menagih simpati' "Hakikatnyalayanan yang sama termasuk pengambilan kenyataan selama lapan jamberlaku ke atas sesiapa sahaja yang difikirkan perlu oleh SPRM tanpamengambil kira kedudukan dan parti," katanya. Khir berkata,kebanyakan pemimpin BN akan cuba mengelakkan publisiti mengenaisiasatan terhadap mereka, tetapi mendakwa pemimpin Pakatan sukamengambil tindakan menghebahkan tindakan SPRM ke atas mereka bagitujuan menagih simpati dan mewujudkan keraguan ke atas siasatan yangdilakukan. "Saya berharap ADUN dan Exco Kerajaan Pakatanbersedia disiasat dan jangan menyalahkan SPRM. Jangan gunakan mediauntuk meraih simpati. "Jika mereka merasa marah, geram dansakit hati kerana disiasat SPRM, demikian jugalah yang berlaku kepadapemimpin BN yang terpaksa melalui proses siasatan yang sama akibattuduhan dan laporan yang dibuat oleh mereka sebelum ini. "Cuma kami tidaklah menjadikan SPRM sebagai kambing hitam," katanya.(malaysiakini)
Hang bolehlah cakap macam-macam pasal hang kena soal aje, bukannya kena ugut, SPRM siasat hang pun pasal ambil syarat je. Nak tunjuk konon SPRM tak pilih kasih. Tapi setiap kali melibatkan pemimpin Umno-Bn, kes pasti tutup. Semua orang tahu macam mana kerja SPRM, kalau dulu SPR. Kita tunggulah bila Umno-Bn tumbang dan bebaskan SPRM dari kakangan kerajaan. Kita tengok siapa pemimpin Umno-Bn yang akan puji dengan siasatan SPRM. Kita pakat letak SPRM dibawah Parlimen, biar betul-betul bersih. Aku nak tengok macam mana Khir Toyo, beliau puji ke atau dia hentam SPRM. Hang cakap macam tu pasal SPRM masih tak berani nak sentuh hang. Hang tu cakap pakai lepas je, dalam siasatan SELCAT pun hang tak datang pasal hang rasa hang tu kebal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular