Tahniah kepada semua yang menang dan juga kalah didalam pemilihan yang mana semua jawatan dipertandingkan melainkan hanya jawatan Presiden sahaja yang tidak dicabar.Menang atau kalah adalah adat bertanding dan marilah kita sama memperkukuhkan jentera parti kita dalam menghadapi pilihanraya umum yang hanya tinggal 3 tahun sahaja lagi.Satu pujian buat Pas dan calon-calon yang bertanding kerana menunjukkan sikap peribadi yang tinggi dalam pertandingan yang boleh dikatakan agak sengit kali ini.Kerana kita berjuang bukan kerana mengejar pangkat dan jawatan.Mereka bertanding kerana ingin memperkukuhkan parti.Kerana itulah didalam Pas tiada perkataan kalah menjadi arang menang menjadi debu.
Bagi jawatan Naib Presiden yang mana semuanya adalah muka-muka baru.Iaitu Y.B Salahuddin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Y.B. Datuk Mahfuz Omar.Dan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin diatas kejayaan beliau mendapat undi tertinggi.Walaiupun beliau mendapat pencalonan bagi jawatan Naib Presiden.Tetapi beliau menolaknya.Satu tindakkan yang terpuji kerana inilah satu contoh yang patut kita perhatikan.Sikap beliau yang tidak terburu-buru menampakkan yang beliau bukan seorang yang gila kuasa.Andainya beliau menerima percalonan tersebut kemungkinan beliau akan menang kerana aura beliau yang semakin hebat sekarang ini.
Setelah pemilihan pucuk pimpinan tertinggi Pas selesai,jawatan no.2 yang menjadi medan pertempuran telah kekal kepada penyandangnya.Bagi ahli jawatankuasa pula,boleh dikatakan se imbang diantara golongan profesinol dengan golongan ulama.Tetapi hanya seorang sahaja wakil muslimat yang memenanginya.Diharap pada pemilihan akan datang lebih ramai muslimat dapat diserapkan sebagai ahli jawatankuasa pusat.
Sudah sampai masanya kita mengkaji tentang Kelab Penyokong Pas yang banyak membantu Pas dalam menghadapi pilihanraya-pilihanraya yang lepas.Jadikan Kelab Penyokong Pas sebagai Dewan Penyokong Pas kerana ini tidak akan sesekali merugikan Pas.Mungkin apabila ditubuhkan Dewan Penyokong Pas,Kita akan lebih dipercayai oleh orang-orang bukan Islam.Dalam pilihanraya yang lepas undi-undi daripada kaum cina dan india banyak membantu Pas dalam memenangi kerusi Dun dan Parlimen.
Apapun saya mengucapkan tahniah di atas sikap keterbukaan perwakilan dalam Muktamar Pas kali ke 55.Satu pilihan yang tepat dalam memperkasakan peranan Pas sebagai pemain utama dalam politik Malaysia.Dimana dahulu Pas hanya dikenali sebagai parti kampung ataupun parti pak lebai.Tetapi sekarang sudah cukup digeruni oleh pihak lawan dari segala espek.Pas sekarang sudah boleh berjalan seiring dengan Umno.Mungkin Umno ke belakang sedikit daripada Pas kerana Umno adalah sebuah parti yang semakin tenat.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Pihak pentadbiran UPM kata kesilapan kecil telah berlaku sehingga menarik balik pembatalan 11 kerusi yang dimenangi oleh Pro-Mahasiswa. Jik...
-
PAS mendukung penuh kesediaan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk berdialog dengan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) jika MFK ingin mempelajari sem...
-
Bekas Menteri Luar Israel Tzipi Livni dan Naib Presiden Omar Suleiman yang diwarwarkan oleh Amerika Syarikat sebagai pengganti Ho...
-
Pemimpin Prancis, Napolean Bonaparte pernah berkata, "Mesir adalah negara paling penting di dunia," menjelaskan kepentinga...
-
NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dun...
-
Sekadar gambar hiasan Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis yang berjaya menangkap teman lelaki kepada bohsi...
-
Anda boleh dituduh meliwat jika seseorang itu ingin menganaiya anda dengan menuduh anda sebagai peliwat. Buktinya cukup mudah, pengadu ...
-
Musuhdid umat Islam abad 21 Semakin tua semakin kuat merampunya seorang yang menyamai diri sebagai bangsa Melayu yang mudah lupa. ...
-
RANKING DI TOP RANKING PADA 23 FEB BLOG RANKING ALEXA RANKING PADA 11 FEB TURUN NAIK BLOG 1 TRANUNGKITE 121 1 1...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan