Alhamdulillah.............. Segala Puji-pujian untuk Allah s.w.t.... Tuhan sekalian alam. Itulah yang hanya mampu saya lafahkan setelah terungkai segala permasalahan yang berlaku kepada parti PAS yang saya sayangi.
Maka........ Marilah kita bersama-sama memperkukuhkan lagi kekuatan yang telah diberikan. Buang segala kekeruhan yang sedikit sebanyak telah membuat ahli-ahli dan pemimpin PAS berbelah bagi dalam menentukan hala tuju parti.
Segalanya telah terungkai didalam perbincangan pucuk tertinggi pimpinan parti dan juga dengan pimpinan Pakatan Rakyat. Usah lah lagi menimbulkan tentang isu kerajaan perpaduan yang telah diperbesar-besarkan oleh media massa arus perdana.
Memang itulah kerja-kerja kotor yang mereka lakukan untuk memecahbelahkan parti PAS dan kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ternyata usaha mereka dan juga agen-agen mereka telah berjaya di patahkan di atas kebijaksanaan pucuk pimpinan parti dan juga Pakatan Rakyat.
Maka usah lah lagi membangkitkan lagi isu tersebut yang telah dimanipulasikan oleh media-media Umno-Bn. Seperti yang telah saya nyatakan dalam tulisan-tulisan saya yang lepas, bagaimana ulama-ulama besar dahulu sentiasa berlapang dada apabila berlaku perbezaan pendapat yang melibatkan perpaduan ummah agar tidak timbul perpecahan di kalangan umat Islam.
Bagi pucuk pimpinan tertinggi PAS, itulah jalan terbaik dalam menangani segala isu-isu yang berbangkit dengan membincangkannya didalam Majlis Syura. Bukannya melalui media massa yang memang menjadi alat bagi Umno-Bn. Itulah peranan Majlis Syura yang telah diwujud didalam parti PAS.
Apabila sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan ummah maka Majlis Syura adalah tempat yang sebaiknya untuk berbincang, bukannya di warung-warung kedai kopi. Musuh-musuh PAS memang sentiasa menunggu peluang untuk menghancurkan PAS, kerana itulah matlamat utama mereka. Bukankah PAS satu parti atau gerakan Islam yang sudah lali dengan strategi dan permainan kotor politik Umno-Bn
Bagaimana layanan yang telah diberikan oleh Umno-Bn terhadap ahli-ahli dan kerajaan pimpinan PAS seperti kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu. Begitu juga pada kerajaan Pakatan Rakyat seperti Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan yang terkini Perak yang dirampasnya secara rakus dengan bantuan penguatkuasa undang-undang yang telah diperalatkan oleh Umno-Bn.
Saya juga menyetujui agar segala perbincangan yang melibat kepentingan rakyat, mestilah disertai oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat. Kerana saya melihat didalam segala pakatan yang telah disertai oleh PAS pada masa yang lepas, Pakatan Rakyat adalah yang terbaik walaupun ia masih lagi baru.
Oleh itu marilah kita bersama-sama memperkukuhkan lagi ikatan yang telah terbina antara PAS, PKR dan DAP. Kenapa perlu kita memberi talian hayat yang terakhir kepada Umno-Bn yang semakin dijauhi oleh rakan dan lawan. Umno-Bn sudah tidak lagi relevan pada masa sekarang, kerana apa yang telah Umno-Bn lakukan kepada negara.
Talian hayat yang terakhir bagi Umno-BN telah habis digunakan, maka tunggu lah akan kebinasaannya. Betapa mahalnya harga yang terpaksa dibayar oleh Pas dan juga parti pembangkang lain dalam menghadapi kerakusan Umno-Bn. Dan yang pasti ia akan dibayar secara tunai oleh PAS, PKR dan DAP.
Andainya alasan yang diberikan oleh Umno adalah untuk kepentingan orang melayu dan mengelakkan orang melayu daripada berpecah. Apa yang pasti bukan kerana perpecahan orang melayu tetapi perpecahan di kalangan Umno sendiri. Orang melayu/Islam masih lagi ada pilihan dalam memperkukuhkan bangsa iaitu dengan menyertai parti PAS ataupun PKR.
Bangsa Melayu/Islam tidak akan hilang jati dirinya sekiranya menyertai PAS. PAS lah yang banyak mempertahankan kepentingan bangsa Melayu/Islam berbanding kan dengan Umno. Kerana Umno lah yang telah mengkhianati bangsa Melayu/Islam itu sendiri. Umno lah yang telah melenyapkan bahasa jawi dan sekarang cuba melenyapkan pula bahasa Melayu melalui PPSMI.
Kita lihatlah jati diri yang ada pada pemimpin-pemimpin Umno sekarang ini yang lebih banyak memberi kerosakan daripada memperbetulkannya. Kekuatan bangsa Melayu/Islam masih wujud sekarang ini adalah kerana jasa PAS yang telah menyambung perjuangan yang telah di tingalkan oleh Datuk Maharajalela, Tok Sago, Tok Kenali, Tokku Paloh,Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Tok Gajah, Hizbul Muslimin, PKMM dan ramai lagi.
Maka sudah tiba masanya kita mengerakkan peranan kita sebagai parti PAS parti pemangkin kepada pejuang-pejuang dahulu dalam memperkukuhkan jati diri bangsa Melayu/Islam. Nyah kan musuh-musuh kita yang masih bersembunyi didalam parti PAS sendiri. Usah lah lagi kita terperangkap dengan dakyah-dakyah Umno-Bn yang sekarang ini hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
YA..ALLAH..JIKA INI ADALAH BENAR..KAMI BERMOHON DARIMU SELAMATKANLAH NEGARA MALAYSIA DARI SEGALA KEROSAKAN YANG MELAMPAUI..LINDUNGILAH HA...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
4.50 pm: Seremban - Secara umumnya pengundian di seluruh Negeri Sembilan secara umumnya dilihat berjalan lancar. Petugas-petug...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
Didalam tulisan ini saya akan mendedahkan sikap sebenar Umno terhadap Islam yang boleh memesongkan akidah umat Islam. Yang mana kenyataan-ke...
-
Sudah lama saya tidak menonton berita TV3 disebabkan sikap laporan yang langsung tidak boleh dipercayai. Apatah lagi jika laporan tersebut...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan