Dalam tulisan saya semalam, saya ada melontarkan sedikit kesangsian saya terhadap orang-orang yang ada di sekeliling Tuan Guru Nik Aziz yang mungkin telah memberi maklumat yang salah kepada Tuan Guru Nik Aziz tentang perbalahan yang semakin kuat antara ahli dan juga pemimpin-pemimpin Pas sendiri.
Apa yang saya bayangkan semalam mungkin ada sedikit benarannya, apabila saya merujuk kepada artikel yang telah ditulis kan oleh Ustaz Nik Abduh tentang penasihat -penasihat yang berada di sekeliling Tuan Guru Nik Aziz. Yang mana, mungkin ada sedikit kebenaran disembunyikan dari pengetahuan Tuan Guru Nik Aziz.
Kerana seperti apa yang saya katakan tentang Tuan Guru Nik Aziz apabila timbul sesuatu isu, Tuan Guru Nik Aziz pasti akan melenting dan mula mengeluarkan kenyataan-kenyataan kepada media massa perdana. Dan apabila di terangkan secara terperinci, barulah beliau akan reda kemarahannya.
Walau apa pun natijahnya, Tuan Guru Nik Aziz tidak boleh dipersalahkan kerana beliau tidak diberi penerangan yang jelas tentang sesuatu perkara yang berbangkit. Kita patut menoleh kepada pembantu-pembantu beliau yang mungkin telah tersilap sedikit memberi penerangan yang mungkin juga tanpa disedari oleh mereka yang menjadikannya lebih sensasi. Maka mereka telah mendapatkannya.
Saya tidak tahu apa sebenarnya yang telah di bincangkan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Nik Aziz kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 semalam. Sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim Dan Tuan Guru Nik Aziz bersama-sama ke Kuala Krai untuk Ceramah Perdana semalam. Dan dari maklumat yang belum ada kesahihannya , saya mendengar ada sedikit keredaan pada diri Tuan Guru Nik Aziz.
Saya tidak tahu apa yang telah diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hinggakan Tuan Guru Nik Aziz membuat kenyataan yang berlembut sedikit. Mungkin juga Datuk Seri Anwar Ibrahim ada berbicara dan menerangkan sedikit sebanyak tentang kerajaan perpaduan yang menjadi isu panas itu.
Biar apa pun berlaku, Ustaz Nasharuddin ada juga kesilapannya dalam kenyataan-kenyataan beliau dalam mengulas tentang pujian yang telah diberikan oleh Datuk Seri Najib terhadap Pas dan Tuan Guru Haji Hadi Awang. Mungkin sikap beliau yang terlalu tergesa-gesa tanpa merujuk dulu kepada Tuan Guru Nik Aziz semasa ketiadaan Tuan Guru Haji Hadi di dalam negara. Salah satu sebab di antara banyak-banyak sebab yang membuatkan Tuan Guru Nik Aziz meradang.
Dan tanpa membuang masa, mereka yang ada kepentingan mula memainkan peranan supaya ia menjadi lebih keruh lagi. Sepatutnya mereka yang ada di sekeliling Tuan Guru Nik Aziz menjernihkan keadaan semasa ketiadaan Tuan Guru Presiden. Itulah baru layak dipanggil pemimpin yang patut dicontohi.
Saya amat-amat memuji kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Naib Presiden Pas iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi yang lebih bijak dalam menangani isu tersebut dengan secara berhikmah. Itulah yang baru layak menjadi pemimpin kerana tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memecah belahkan lagi ahli-ahli dan parti Pas sendiri.
Mereka lebih kepada menyatukan kembali ahli-ahli Pas. Tidak seperti sesetengah pemimpin yang mempunyai agenda yang tersembunyi telah cuba sedaya upaya agar berlakunya perpecahan didalam parti Pas kepada dua puak. Sebagaimana yang telah di keluarkan kenyataan oleh 10 orang ahli parlimen yang cuba menjadi jaguh tetapi sebenarnya lebih bersifat cuba memalukan Tuan Guru Presiden.
Inikah sikap pemimpin yang bergelar Yang Berhormat yang dikategorikan sebagai profesional. Saya melihat mereka ini lebih kepada sikap kebudak-budakkan. Amat malang dan sungguh memalukan profesional-profesional kita yang disanjung-sanjung di dalam Muktamar Pas ke 55 yang lalu bersikap sedemikian rupa. Apakah mereka sudah merasa megah dan gagah dengan gelaran dan jawatan yang telah diberi pinjam buat sementara sebagai amanah. Allah boleh memberi dan mengambilnya semula sekiranya Allah menghendakinya.
Tidak kira kamu itu Raja, Presiden, Perdana Menteri, pemimpin-pemimpin tertinggi parti tanpa mengira siapa, kerana Allah sahajalah yang berhak ke atas segala-galanya tanpa ada kompromi. Kita hanyalah pemegang amanah sahaja. Siapa lah kita di hadapan Allah tuhan sekelian alam.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Semalam saya dihubungi oleh seorang teman sekolah lama yang mahukan kepastian apakah ada kemungkinan akan berlaku lagi tragedi rampasan ku...
-
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri di bawa...
-
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu...
-
KENYATAAN MEDIA PKR PILIHAN RAYA KECIL MANEK URAI Halangan Polis Terhadap Penyertaan PKR Dalam Pilihan Raya Kecil N.41 Manek Urai, Kelantan...
-
Wang rakyat yang diberikan kepada Maju Holdings Sdn Bhd untuk membina Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya sepanjang 26 kilometer yang dikenali...
-
Inilah LOGO unit tu. Korang sure tak pernah nampak kan? korang fikir gua menipu ya? Kompleks B jabatan perdana menteri. Blok b4 ...
-
Seorang blogger, Amin Iskandar telah membuat laporan polis terhadap blogger Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan D...
-
Segala yang Dimiliki Adalah Ilusi Kenyataan bahawa dunia luaran tidak mengandungi sebarang realiti materialistik adalah sebuah f...
-
Syarikat pengeluar kad kredit disaran menanggung caj perkhidmatan sebanyak RM50 yang dikenakan ke atas setiap kad kredit utama bagi tahun pe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan