Translate

Khamis, 30 Disember 2010

JIHAD MENENTANG AGAMA BATIL. (Bhg.12)



Segala yang Dimiliki Adalah Ilusi

Kenyataan bahawa dunia luaran tidak mengandungi sebarang realiti materialistik adalah sebuah fakta yang logik dan saintifik, dan ia pada asasnya adalah himpunan imej yang terus menerus diperlihatkan kepada roh oleh Allah s.w.t. Namun begitu, manusia tidak atau bahkan tidak ingin memasukkan kebendaan di dalam konsep ini.

Sekiranya kita memikirkan isu ini dengan jujur dan berani, kita akan menyedari bahawa rumah, perabot di dalamnya, kereta yang mungkin baru dibeli, ruang pejabat, barang kemas, akaun bank, almari pakaian, teman hidup, anak-anak, rakan-rakan dan segala yang dimiliki sebenarnya adalah tergolong di dalam 'dunia luar' yang dipersembahkan kepada kita. Apa yang kita lihat, dengan dan hidup di sekeliling melalui lima pancaindera adalah sebahagian daripada 'dunia bayangan' ini, begitu juga dengan suara penyanyi pujaan, kerusi empuk tempat bersandar, haruman minyak wangi, matahari yang hangat, sekuntum bunga dengan warna menarik, seekor burung yang terbang di hadapan tingkap, sebuah bot laju yang bergerak lincah di atas air, taman bunga yang subur, komputer di tempat kerja atau hi-fi yang mempunyai teknologi tercanggih di dunia......
Ini adalah sebuah kebenaran, kerana dunia hanyalah sebuah himpunan imej yang dijadikan medan untuk menguji manusia. Manusia diuji melalui kehidupannya yang terhad dengan persepsi-persepsi yang tidak benar. Persepsi ini telah dijadikan menarik dan menawan. Kenyataan ini telah disebutkan di dalam al-Qur'an:

Dihiaskan kepada manusia kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah)! Pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baik. Surah Ali-'Imran: 14

Sebahagian besar manusia menyingkirkan pegangan agama demi tarikan harta benda, kekayaan, longgokan emas dan perak, wang ringgit, barang kemas, akaun bank, kad kredit, almari pakaian, model kereta terkini, ringkasnya, segala bentuk kemewahan yang mereka miliki atau berusaha untuk memilikinya dan hanya menumpukan nikmat kemanisan duniawi serta mengabaikan Hari Kemudian. Mereka telah tertipu dengan 'kecantikan dan keindahan' wajah kehidupan duniawi sehingga gagal untuk menunaikan sembahyang, menderma kepada fakir miskin atau mengerjakan kebaikan yang menambahkan amal baik di hari kemudian nanti. Sebaliknya mereka menjawab dengan berkata 'saya ada kerja lain yang perlu dibuat', 'saya cukup sibuk', 'saya ada tanggungjawab lain', 'saya tidak mempunyai cukup masa', 'saya ada perkara lain yang perlu diselesaikan', 'saya akan melakukannya kemudian'. Mereka meluangkan seluruh hidup mereka untuk maju di dunia sahaja. Pemahaman yang salah ini telah dijelaskan di dalam ayat berikut:

Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir dari kehidupan dunia sahaja, mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat. Surah ar-Rum: 7

Fakta yang diterangkan di dalam bab ini, terutamanya hakikat kebenaran bahawa segalanya adalah imej, adalah amat penting kerana implikasinya yang bakal memusnahkan seluruh keghairahan dan keinginan sama sekali tidak memberi erti. Pengesahan terhadap hakikat ini menunjukkan dengan jelas bahawa segala yang menjadi matlamat utama manusia seperti kekayaan yang diperolehi dengan ketamakan, anak-anak yang mereka banggakan, megah, pasangan hidup yang mereka anggap sebagai insan paling rapat, sahabat handai, tubuh badan yang dijaga rapi, status dan kedudukan yang meletakkan mereka di mercu yang tinggi, menuntut di sekolah berprestij, percutian yang mereka lalui, semua itu tidak lebih daripada sekadar himpunan ilusi. Oleh itu,s egala tenaga dan waktu untuk mengejar nikmat duniawi yang sementara sama sekali tidak bermanfaat baginya.

Ini adalah sebab mengapa sebahagian manusia mempamerkan kedangkalan diri ketika bermegah dengan kekayaan dan harta benda atua 'kapal layar, helikopter, kilang-kilang, saham-saham, rumah mewah dan tanah mereka', seolah-olah semua itu benar-benar wujud. mereka yang terdiri daripada golongan elit atau kelas pertama yang berjalan mundar-mandir di atas kapal percutian mewah dengan sombong, menayang-nayangkan kereta mewah, bercakap tentang kekayaan, memperlekehkan orang lain dengan kedudukan yang dicapai, mengangkat dan meuja diri sendiri melalui penampilan dandanan, membina seluruh hidup mereka kepada keghairahan dan persaingan seperti ini, dan merasa bahawa sangat berjaya dengan semua ini: seharusnya memikirkan kedudukan dan nasib diri di saat menyedari bahawa semua itu hanyalah sekadar bayangan ilusi.

Sebenarnya, pemandangan seperti ini kerap dililhat di dalam mimpi. Sewaktu bermimpi, mereka juga memiliki rumah, kereta mewah, barang kemas yang melimpah ruah, not wang bergulung-gulung dan emas perak yang menggunung tinggi. Di dalam mimpi juga, mereka mempunyai kedudukan yang tinggi, memiliki kilang-kilang dengan beribu-ribu pekerja, berkausa mengerahkan ramai orang, memakai pakaian yang menjadikan orang lain kagum kepadanya. Akan tetapi, untuk bermegah dengan segala kemewahan di dalam mimpi akan dianggap mengarut dan tidak realistik, maka demikian jugalah bagi mereka yang merasa gah dengan pelbagai imej yang mereka lihat di dunia ini. Lagipun, apa yang dilihat di dalam mimpi dan di dalam dunia ini hanyalah imej di dalam mindanya. Sudah pasti hal ini harus difikirkan dengan sewajarnya. Seperti yang dinyatakan di dalalm al-Qur'an, mereka yang menerima fakta ini adalah merupakan golongan yang menikmati kemenangan yang besar:

Sesungguhnya telah datang kepadamu beberapa keterangan daripada Tuhanmu. Barangsiapa yang melihat, maka bagi dirinya, dan barangsiapa yang buta maka atas dirinya. Surah al-An'aam: 104

Hal yang serupa ketika manusia bertindak balas dengan peristiwa yang dialami hanya akan menyebabkan mereka merasa malu apabila menyedari hakikatnya yang sebenar. Mereka yang sering bergaduh sesama sendiri. mereka yang bercakap sombong, mereka yang sering menipu, mereka yang menerima rasuah, mereka yang melakukan kesalahan kepad amanusia, mereka yang memukul dan memaki hamun dan menyerang orang lain, mereka yang terlalu ghairah dengan jawatan dan kedudukan, mereka yang sering iri hati, mereka yang suka menunjuk-nunjuk, mereka yang memuliakan diri sendiri dan yang sebagainya akan menyesal apabila menyedari bahawa segala yang mereka telah lakukan adalah merupakan sebuah ilusi. Disebabkan Allah adalah Pencipta semua imej ini, maka Allah adalah pemilik tunggal yang mutlak kepadanya.

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi; dan Allah sentiasa meliputi akan tiap-tiap sesuatu. Surah an-Nisa: 126

Adalah suatu tindakan yang kurang bijak untuk mempertaruhkan agama demi mengejar keghairahan bayangan sehingga menyebabkan kehilangan kehidupan yang lebih berkah di syurga.

Dan hapuslah segala yang mereka lakukan di dunia dan binasalah apa yang mereka amalkan. Surah Hud: 16
Seperti yang dinyatakan di dalam ayat di atas, semua impian dan keghairahan akan terbukti sia-sia. Bahkan, semua kebendaan yang mereka anggap milik abadi mereka akan lolos daripada genggaman dan tidak memberi sebarang manfaat buat mereka.

Di saat ini satu fakta perlu ditegaskan. Apa yang dimaksudkan di sini bukanlah menunjukkan bahawa 'segala pemilikan, harta benda, anak-anak, pasangan hidup, rakan-rakan, kedudukan yang lambat laun akan hilang, dan semuanya ini' sama sekali tidak bererti. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah 'segala harta yang kamu lihat sebenarnya tidak wujud sama sekali melainkan sekadar sebuah mimpi dan himpunan imej yang ditunjukkan kepada anda oleh Allah sebagai satu ujian'. Seperti yang dapat kita saksikan, di sana terdapat perbezaan yang besar di antara kedua kenyataan ini. Sekiranya kenyataan yang pertama diterima sebagai kayu ukuran, seseorang itu akan terkeliru dengan memikirkan bahawa segalanya, manusia, hubungan dan status duniawi sebenarnya wujud walaupun sementara dan akan terus berusaha dengan tamak haloba untuk memiliki semuanya itu dengan kesempatan yang ada. Tetapai sekiranya diberikan kenyataan yang kedua, menunjukkan keadaan sebenar semua kebendaan iaitu segala-galanya adalah bersifat ilusi, ini akan menyebabkan golongan yang mempamerkan sifat tamak berasa terhina dan menanggung kerugian yang amat besar.

Sekalipun fakta ini tidak memberi apa-apa kesan di sanubari mereka dan terus menipu diri sendiri dengan menganggap setiap yang dimiliki benar-benar wujud, hakikatnya nanti mereka juga akan mati dan segalanya akan menjadi jelas di saat hari kebangkitan. Pada hari tersebut, lalu pandangan mereka amat tajam dan segalanya akan menjadi jelas.

Dan bagi mereka yang sewaktu di dunia dahulu memilih untuk mensisakan kehidupan dengan matlamat khayalan, maka pada hari ini mereka sangat berharap sekiranya mereka tidak dibangkitkan lagi untuk kali kedua sambil berkata:

Wahai kiranya kematian itulah yang menyelesaikan segalanya, hartaku sekali-kali tidak memberi manfaat kepadaku, telah hilang kekuasaanku daripadaku. Surah al-Haqqah: 27-29

Di satu sudut lain, bagi mereka yang memiliki sifat hikmah dengan kefahaman yang benar tentang maksud di sebalik penciptaan alam semesta ialah berusaha sebaik mungkin dari terjerumus ke lembah kesesatan terhadap imej dan ilusi khayali dan sebagai akibatnya, bergadapan dengan saat akhir yang amat menyedihkan. Di dalam al-Qur'an, situasi golongan yang mengejar ilusi (fatamorgana) di dunia ini dan melupakan Pencipta mereka telah dijelaskan seperti berikut:

Dan orang-orang yang kafir amalan mereka adalah umpama fatamorgana di tanah yang data, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatkan sesuatu apapun. Dan didapatinya (ketetapan) Allah di sisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amalannya dengan cukup dan Allah adalah amat tepat perhitungan-Nya. Surah an-Nur: 39

BERSAMBUNG.........

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular