Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 22 Mac 2011

Anak Lelaki Gaddafi Di Laporkan Terbunuh.


Seorang anak lelaki Muammar Gaddafi, Khamis meninggal dunia di sebuah hospital di Tripoli, lapor laman web pembangkang dan media Arab hari ini.

Khamis Gaddafi dilaporkan cedera kelmarin apabila seorang juruterbang tentera udara Libya dengan sengaja menyebabkan jetnya terhempas ke pekarangan Bab al-Aziziyah, di mana Gaddafi dan sesetengah ahli keluarganya tinggal.

Beliau yang mengetuai sebuah briged tentera Libya cedera akibat kebakaran dalam serangan itu, lapor laman web Arabian News.

Sementara itu, sebuah peluru berpandu yang dilancarkan oleh tentera Barat semalam memusnahkan sebuah bangunan pentadbiran di pekarangan tersebut, kata wartawan AFP.

Bangunan itu, terletak hanya 50 meter dari khemah di mana Gaddafi sering menerima tetamunya, ranap sama sekali dalam bedilan itu, kata jurucakap kerajaan Libya, Moussa Ibrahim kepada wartawan yang dibawa ke lokasi kejadian dengan bas.

“Serangan yang tidak berperikemanusiaan itu boleh menyebabkan kematian beratus-ratus orang awam yang berkumpul di kediaman Gaddafi kira-kira 400 meter dari bangunan yang dibedil,’’ kata Ibrahim.

Beliau mengutuk ‘percanggahan dalam retorik Barat’ dengan berkata, negara Barat mendakwa mahu melindungi penduduk awam tetapi mereka melancarkan serangan bom ke atas sebuah kediaman dengan menyedari orang awam berada di dalamnya.

Berpuluh-puluh penyokong Gaddafi berkejar ke kompleks Bab al-Aziziah di selatan Tripoli itu selepas tersebar khabar angin sebuah pesawat tentera bersekutu telah ditembak jatuh, tetapi mereka tidak menemui bangkai sebarang pesawat.

Kepulan asap menjulang dari pekarangan kediaman itu sementara meriam antipesawat melepaskan tembakan ke udara.

Tripoli digegarkan oleh beberapa letupan kuat lewat semalam, termasuk satu yang kedengaran dari kawasan sekitar kediaman Gaddafi. – AGENSI
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular