Didalam tulisan ini saya akan mendedahkan sikap sebenar Umno terhadap Islam yang boleh memesongkan akidah umat Islam. Yang mana kenyataan-kenyataan ini adalah keluar daripada mulut pemimpin-peminpin Umno sendiri.
Mengenai isu menutup aurat yang telah dinyatakan oleh Tun Dr. Mahadhir sendiri, sewaktu merasmikan perhimpunan agung Umno pada September 1997. Beliau berkata "Menutup aurat dikepala mempunyai tujuan yang sama dengan menutup aurat, iaitu untuk mengelak daripada berlakunya jenayah seks.
Tidak siapa yang melarang amalan ini tetapi ramai yang ingin lebih daripada yang disuruh sehingga anak kecil dan orang amat tua juga mesti menutup kepala mereka. Dan jangan kita lupa orang yang menutup kepala juga melakukan jenayah seks tidak kurang daripada yang tidak menutup kepala.
Sebabnya ialah kerana kita mengutamakan menutup kepala dan bukan pencegahan jenayah. Asal kita menutup kepala sempurnalah amalan kita. Tetapi kita menghadapi masalah peningkatan sikap tidak toleran terhadap sesiapa yang tidak mengutamakan rupa bentuk yang dikatakan Islam ini sehingga yang sunat diwajibkan dan yang wajib di tingkat dan diperketatkan lagi, dengan dakwaan bahawa sesiapa tidak melakukannya maka orang itu tidak Islam dan murtad.
Itulah kenyataan-kenyataan seorang yang mengaku sebagai pemikir dan negarawan. Bagi pandangan pemimpin-pemimpin Umno, apabila kita bercakap tentang aurat, apa yang ada dalam kepala mereka ialah pakai tudung kepala ataupun purdah.
Satu perkataan yang cukup-cukup menakutkan Umno. Bila pandang je orang-orang yang berpurdah, mula lah bermacam-macam andaian mereka lontar kan. Bagi Umno, Islam yang mereka bawa adalah betul mengikut piawaian negara-negara barat.
Aurat bagi mereka adalah menutup kepala sahaja. Kat bawah separuh bogel pun tak apa. Cara terbaik menutup aurat yang betul ialah apa yang di pakai oleh wanita Umno, Dr. Siti Hasmah, Rosmah Mansor, Syarizat Abd Jalili dan Rafidah Aziz. Itulah cara orang Islam menutup aurat, yang selain daripada itu.......... boleh jalan laaa..........
Di manakah perginya ulama-ulama Umno atau mufti-mufti, jangan asyik makan gaji buta sahaja. Bila melibatkan kepentingan Umno, mereka sanggup menjual agama dengan kedudukan dan pangkat. Memang ulama-ulama tiada tempat didalam parti yang berasaskan sekularisme.
Apakah ulama-ulama Umno tidak mengaji atau saja-saja buat bodoh tentang satu kisah seorang sahabat r.a, yang buta kedua belah matanya berkunjung ke rumah Baginda Rasulullah s.a.w, dan sahabat itu telah dijemput masuk ke dalam rumah oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Pada masa itu isteri-isteri Rasulullah ada di rumah.
Apabila sahabat r.a masuk, Baginda telah menyuruh isteri-isteri baginda masuk ke dalam bilik, lalu berkata isteri baginda,"Wahai Rasulullah.... bukan beliau itu buta dan tidak dapat melihat kami". Lalu Baginda Rasulullah s.a.w berkata," Bukankah kamu dapat melihatnya walaupun dia tidak dapat melihat kamu". Barulah isteri-isteri Baginda masuk ke dalam bilik.
Lihatlah para pemimpin Umno, betapa aurat ini bukanlah satu perkara yang remeh dalam Islam. Hukum tentang aurat ini telah diterangkan didalam Al-Quran dan dijelaskan lagi secara detail didalam Hadith. Kerana aurat ini satu perkara yang tidak boleh berkompromi melainkan didalam keadaan darurat. Mendedahkan aurat lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.
Umno adalah satu parti yang dari segi akhlaknya memang sudah tidak dapat dibaiki lagi. Salah satu cara untuk memperbaikinya ialah dengan cara mereka beramai-ramai masuk ke dalam parti Pas.
Sebagaimana apabila penguatkuasa menangkap perempuan-perempuan melayu yang berpakaian tidak senonoh dan peminum minuman keras. Para pemimpin Umno lah yang paling lantang mempertikaikan kerana menafikan hak mereka daripada perlembagaan. Dah pergi ke situ pulak..... Itulah dia para pemimpin Umno yang sememangnya talam dua muka.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Sabtu, 27 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ada 7000 koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, diulangi terbesar di dunia, dari pelbagai...
-
YA..ALLAH..JIKA INI ADALAH BENAR..KAMI BERMOHON DARIMU SELAMATKANLAH NEGARA MALAYSIA DARI SEGALA KEROSAKAN YANG MELAMPAUI..LINDUNGILAH HA...
-
:Saya pernah melakukan hubungan seks dengan Ummi"-Baginda. Norazman Abdullah @ Baginda, gambar kiri. "Ummi Hafilda adala...
-
Bohsia 3 beradik..... itulah gelaran yang diberikan oleh penduduk Kampung Melayu Rizab, Tambun kepada satu keluarga kerana aktiviti yang am...
-
4.50 pm: Seremban - Secara umumnya pengundian di seluruh Negeri Sembilan secara umumnya dilihat berjalan lancar. Petugas-petug...
-
Petikan kata-kata MSK dari blognya : "Aku bukan hendak membela apa yang telah Aduka lakukan. Salah tetap salah. Salah dia kepada Tuhan...
-
بىم الله الرحمن الرحيم السلام عليکم ورحمةالله Ada suara-suara yang semakin lantang menyerang PAS sehingga ada ahli-ahli baharu di peringkat...
-
[sumber: fajridil.blogspot.com/] Apa nak jadi dengan gadis zaman sekarang. sudah tiada lagi perasaan malu didalam diri. malah berbangga ...
-
(Majlis Tun Dr Mahathir dan Ustaz Azhar di Putrajaya malam tadi) PUTRAJAYA: Sekali lagi kita terpaksa membiarkan gambar berbicar...
-
Didalam tulisan ini saya akan mendedahkan sikap sebenar Umno terhadap Islam yang boleh memesongkan akidah umat Islam. Yang mana kenyataan-ke...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan