Translate

Khamis, 9 Julai 2009

Bubar Dun Perak : Nizar Dibenarkan Membuat Rayuan..

Mahkamah Persekutuan telah membenarkan Datuk Seri Nizar untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan lebih sebulan yang lepas. Rayuan beliau telah dibenarkan oleh tiga panel hakim yang diketuai oleh Tan Sri Alauddin Mohd Syeriff, Tan Sri Ariffin Zakaria dan Datuk Zulkifli Ahmad Makinuddin.
Setelah sebulan lebih beliau cuba mendapat perhakiman bertulis daripada Mahkamah Rayuan, beberapa hari yang lepas barulah kertas perhakiman Mahkamah Rayuan diterima. Rakyat sudah mula muak dengan permainan politik Umno dalam menangani kes negeri Perak. Walaupun kita tidak mengharap kan yang kita akan dapat pengadilan adil, tetapi atas semangat demokrasi lah kita masih membawa kes tersebut melalui Mahkamah. Itulah yang Umno-Bn terlalu takut kepada Pakatan Rakyat yang tidak pernah berputus asa walaupun semua institusi yang ada di Malaysia Umno-Bn yang kontrol.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular