Saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang isu seorang model, Kartika Sari Dewi Shukarno yang telah dijatuhi hukuman sebat sebanyak 6 sebatan oleh Mahkamah Syariah Pahang. Beliau dengan rela untuk disebat, maka kenapa kecoh sangat. Lebih-lebih lagi daripada Bapa Sekularisme, Tun Dr. Mahathir.
Hinggakan beliau mempertikaikan tentang hukuman sebat tersebut. Apakah beliau sedar akan akidahnya dalam mempersoalkan hukum yang nyata telah disepakati oleh ijmak ulama, bahawa hukum tersebut termasuk didalam hukum Hudud iaitu 40 sebatan yang tidak boleh di persoalkan.
Dan kenapa Peguam campur tangan dalam isu tersebut dengan menangguhkan hukuman tersebut di atas alasan di bulan Ramadhan. Tidakkah ini bertentangan dengan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang telah mengasingkan Mahkamah Syariah dengan Mahkamah Sivil.
Ada juga suara-suara sumbang yang mengaku Islam tetapi mempertikaikannya dengan menyatakan ianya satu diskriminasi terhadap kaum wanita. Sedangkan selama ini, apabila mahkamah Sivil menjatuhi hukuman sebat tiada siapa yang mempertikaikannya.
Sedarkah mereka tentang hukuman sebat yang telah beribu-ribu kali dijalankan dipenjara tidak dikira zalim. Sebatan yang dilakukan sekarang ini lebih zalim kerana ianya sampai terlekat daging punggung sekali sebat. Bayangkanlah jikalu hukuman sebat sebanyak 6 atau 10 atau 12 sebatan, yang parutnya tidak akan hilang sampai mati.
Tetapi sebatan didalam Islam lebih ringan lagi kerana satu hayumannya umpama diletakkan buku di celah ketiak dan buku itu tidak boleh jatuh. Tetapi sebatan yang selalu dijatuhi oleh Mahkamah Sivil ialah huyuman sekuat tenaga si pemukul dengan punggung tidak dibaluti oleh apa-apa pun.
Cuma di tepi kiri dan kanan punggung sahaja yang diletakkan bantal agar hujung rotan tersebut tidak terbabas ke tempat lain. Cubalah saudara bayangkan betapa sakitnya sampai terkencing untuk hayuman pertama. Ada juga yang sampai pengsan kerana saya sudah banyak kali melihat punggung pesalah yang dirotan.
Berbanding dengan rotan yang dilakukan mengikut hukum Islam, lebih kepada mendidik seperti guru merotan anak muridnya. Jadi, kenapa yang mengaku Islam menentang hukuman rotan yang dijatuhi oleh Mahkamah Syariah tetapi hanya membisu apabila hukuman rotan tersebut dijatuhi oleh Mahkamah Sivil........... pelik .......... pelik ........ pelik.
Mereka-mereka yang menentang hukum Allah inilah sebenarnya zalim, kerana menzalimi jasad mereka sendiri dengan menentang Allah s.w.t. Ianya melibatkan akidah, maka perkara ini bukannya boleh dimain-mainkan.
Kalau Tun. Dr. Mahathir menentang hukum Syariah, itu perkara biasa kerana beliau mempunyai kepentingan dalam isu arak. Bukankah anaknya memiliki saham syarikat pengeluar minuman keras di Filipina?............. tepuk dada tanya perut........... kerana beliau sememangnya pengikut Kamal Attantuk, bapa sekular Turki. Tun Dr. Mahathir pula bapa sekular Malaysia.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
Heboh di media sosial tentang posting yang dimuat naik oleh Ketua Pemuda Umno pertemuan Presiden PAS dengan Presiden Umno. Pertemuan tersebu...
-
Siapa Lebih Islam? Nampaknya di negara ini ada dua cara untuk memperjuangkan Islam. Dengan cara berhemah, umno mementingkan pembangu...
-
Anggaran 400 orang telah ditahan termasuk dua orang sahabat saya iaitu Fakrul Razi dan Pahrol Rizal dikali dengan 200, bermakna yang mengh...
-
Siapakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj yang disebut di dalam Al-Quran itu.Apakah golongan ini sentiasa wujud di setiap zaman? Ianya telah di...
-
Apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh Umno untuk menaikkan taraf ekonomi orang Melayu, yang mana sasarannya ialah 30 %. Apakah...
-
Pada bulan Oktober 1993, satu siri serangan besar-besaran telah dilakukan ke atas Masjid Hazratbal di Srinagar yang merupakan ibu kota Kas...
-
Islam melarang kita menghina agama lain walau apa pun alasan yang diberi. Isu mengarak kepala lembu selepas solat Jumaat, amat-amat memaluka...
-
Adalah amat tidak bijaknya DAP dalam meraih simpati dalam isu tempat sembelihan babi dirobohkan di Kedah. Apakah DAP kerana hendak menunjukk...
-
Umno semakin pening kepala dengan calon Bagan Pinang kerana sedang main tarik tali dengan Umno bahagian Teluk Kemang. Najib mula pening kepa...
3 ulasan:
Apa itu hayuman/huyuman? Hayunan kot.
Ada orang menyebut hayuman, ada orang menyebut hayunan tetapi ai membawa maksud mengangkat sesuatu untuk memukul. Mungkin bahasa daerah ejaan lain tetapi membawa maksud yang sama... kena tanya musafirlalu lah .
Salam... Kawan saya pernah menjadi warden penjara,tapi 4 tahun sahaja pasal dia dapat kerja yang lebih bagus lalu dia berhenti. Dia ada cerita kat saya tentang hukum sebat dan ceritanya hampir sama apa yang ditulis oleh tuan. Pasal kawan saya sempat menjadi tukang sebat, kerana tak sanggup nak sebat orang yang membuatkannya berhenti.
Catat Ulasan