Menurutnya, tindakan tidak profesional ini menyebabkan membuang masa beliau, para penyokongnya, termasuk wakil-wakil rakyat (Saari Sungib dan Zuraida Kamaruddin) dan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom. Turut kelihatan di pekarangan mahkamah yang memberikan sokongan kepada beliau adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Hj Ghazali, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, Marina Mahathir dan Zainah Anwar (SIS). [harakahdaily]mahkamah pagi Menteri pun pi bagi sokongan, SIS pun ada jugak. Hebat tu!!! Dah kena tahan semalam, suruh pini tapi apa pertuduhan pun takdak, Haibat tu!!! (Blog Cenangau) Ulasan Musafirlalu..........
Itulah ujian demi ujian yang bakal ditempuh oleh pejuang-pejuang yang menegakkan yang haq dan menentang kebatilan. Sebagai mana yang dialami oleh Almarhum Ustaz Ishak Baharom, bekas mufti Selangor.
Walau pun setelah Almarhum meninggal dunia, baru kerajaan menghargai segala sumbangan Almarhum terhadap memertabatkan Islam. Almarhum telah di Makamkan di Makam Di Raja atas arahan Sultan Selangor. sedangkan semasa hayatnya Almarhum telah dilarang sama sekali mengajar agama di surau dan masjid di negeri Selangor.
Jika orang bertanyakan kepada saya tentang penangkapan Dr. Mohd Asri, ianya adalah bermotifkan politik. Walau seribu alasan yang diberikan, itulah hakikatnya yang nyata. Mereka akan melakukan apa sahaja dengan bermacam-macam tuduhan.
Tetapi akhirnya yang benar tetap akan menang. Jika mempunyai masa, saya akan tuliskan tentang wacana ilmu yang telah ditulis sendiri oleh Dr. Mohd Asri pada Julai 2001, sebelum beliau dilantik sebagai Mufti Perlis.
setahu saya, orang yang mengaku sebagai pengikut Mazhab Wahabi ialah Shahidan Kassim semasa beliau menjadi menteri Besar Perlis. Sanggupkah Shahidan Kassim menafikan akan pengakuannya tentang Mazhab anutannya itu?. Saya mengharapkan apa yang akan saya tulis nanti dapat mengungkai segala tuduhan terhadap beliau.......... Insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan