Oleh kerana Golongan ini menggunakan logik akal dalam berhujah, maka disini saya ingin berhujah dengan golongan ini tentang ISA. Saya tidak mengetahui apa yang selayaknya untuk saya gelarkan golongan orang yang mengaku Islam tetapi menyokong ISA. Jikalau mereka beragama lain, saya tidak akan menpertikaikannya. Masalahnya penganut agama lain pun menentang ISA. Maka dibawah ini saya ingin menanya beberapa perkara yang melibatkan hukum-hakam tentang apa itu ISA.
- Apakah hukumnya saya menuduh anda berzina, tetapi anda tidak melakukanya. Maka kerana tiada bukti saya ISA kan anda.
- Apakah hukumnya saya menuduh anda membunuh, sedangkan anda tidak melakukan, oleh kerana saya tiada bukti maka saya ISA kan anda.
- Apakah hukumnya saya menuduh anda seorang pengganas sedangkan anda bukan golongan tersebut, oleh kerana saya tiada bukti maka saya ISA kan anda.
- Apakah betul tindakkan saya men ISA kan anda diatas faktor kenyataan semata-mata.
- Apakah adil tindakan saya men ISA kan anda di atas sebab melakukan pencegahan daripada belakunya perkara yang anda tidak lakukan.
- Adilkah saya men ISA kan anda kerana saya kekurangan bukti untuk mendakwa anda keatas apa jua tindakan yang anda tidak lakukan.
- Apakah hukumnya kita hanya berniat sahaja tetapi kita tidak melakukan perbuatan.
- Tidakkah sesuatu perbuatan itu beserta dengan niat, umpamanya bersolat ataupun berpuasa.
- Adakah sah solat saya jika saya hanya berniat sahaja tanpa melakukan solat.
- Adakah sah puasa saya jika saya hanya berniat sahaja sedangkan saya tidak melakukan puasa.
- Tidakkah didalam Islam niat berserta dengan perbuatan. Sebagai contoh, ia berniat mengerjakan haji tetapi ajal menjemputnya dahulu sebelum ia sempat mengerjakan haji. Apakah ia boleh dikatakan sudah mengerjakan haji, biar pun niatnya baik.
Maka, kerana itulah antara sebab yang membuatkan GMI dan pendokongnya menentang akta rimba ISA. Kerana Islam tidak membenarkan kezaliman. Apatah lagi menghukum orang tanpa mengemukakan bukti. Jikalau mereka bersalah, hadapkanlah mereka ke muka pengadilan (Mahkamah).
Sedangkan di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang wanita yang minta dihukum kerana berzina. Tetapi Rasulullah minta beliau pulang dulu memikirkan dulu pengakuannya. Kemudian dia datang lagi, Rasulullah s.a.w. minta ia melahirkan kandungan itu dahulu. Selepas ia melahirkan anak, ia datang lagi dan Rasulullah menyuruh ia menyusukan anaknya dahulu selama 2 tahun. Selepas itu dia datang lagi minta dihukum, barulah Rasulullah meminta para sahabat menghukumnya. Lihatlah bagaimana adil hukum Islam, memberi mereka peluang untuk mengubah kan pengakuan tersebut. Tetapi kerana terdidik dengan Nur Islam, mereka sanggup dihukum di dunia daripada dihukum di akhirat nanti. Di manakah keadilan yang ada pada ISA itu. Tolong nyatakan dari segi logik akal pun cukup untuk saya fahami.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan