Apabila membaca berita tentang peristiwa menurunkan banner di rumah Perak yang berlaku di Permatang Pasir, saya teringat apa yang berlaku di Bukit Gantang. Apa yang berlaku di Bukit Gantang hampir sama dengan peristiwa di Permatang Pasir.
Saya telah menawarkan diri untuk menjaga pondok panas PAS di UPU Temelok setelah diberi taklimat oleh ketua kawasan Temelok, saudara Anuar Ibrahim dari Gopeng. Saya bersama dengan sahabat Pahrol berkawal di pondok panas PAS yang jaraknya 50 meter dari pusat mengundi.
UPU Temelok adalah kubu kuat BN, dan tempat saya berkawal boleh dikatakan panas. Lebih kurang jam 9 malam, datang ketua kampung bersama dengan beberapa pegawai polis berhenti diseberang jalan dihadapan pondok panas yang saya dan Pahrol berkawal.
Lalu pegawai polis itu menanya siapa ketuanya, lalu saya mengaku saya ketua ditempat tersebut. Pegawai polis dan ketua kampung tersebut menyuruh sya menurunkan banner yang ada dihadapan pondok panas PAS. Tetapi saya tidak membenarkan banner tersebut diturunkan, dan suasana menjadi kecoh sedikit kerana saya bertekak dengan ketua kampung tersebut.
Pegawai polis tersebut hadir sebagai orang tengah sahaja dan menyatakan yang mereka telah membuat persetujuan dengan kawasan sebelah iaitu kira-kira 300 meter daripada tempat saya tanpa pengetahuan saya. Pegawai polis tersebut menyatakan mereka telah bersetuju menurunkan satu banner BN dan PAS kena turunkan satu bannernya, iaitu ditempat kawalan saya.
Dalam keadaan bertekak itu, tanpa saya sedari sudah sampai berpuluh-puluh petugas PAS hadir. Saya tidak tahu siapa yang memanggil mereka, sedar-sedar dah ramai yang berhimpun. Saya menyatakan kepada ketua kampung dan pegawai polis tersebut, setiap banner ataupun poster yang mempunyai lambang PAS, hanya petugas PAS dan pegawai SPR sahaja yang boleh menurunkan banner parti.
Mereka berkeras menyatakan bahawa sudah ada persetujuan antara petugas PAS dengan BN, masing-masing akan menurunkan satu banner parti masing-masing dan mereka menyatakan yang mereka telah menurunkan banner mereka. Jadi mereka menuntut PAS menurunkan satu banner PAS, yakni dihadapan pondok panas yang saya kawal.
Saya tetap berkeras tidak akan menurunkan banner PAS dan saya memberi amaran jangan sesekali menurunkan banner PAS. Kebetulan banner yang BN turunkan itu telah sempat dirakam oleh petugas PAS, lalu beliau menunjukkan kepada saya gambar banner tersebut. Banner yang mereka turunkan itu ada lambang PAS dan ada beberapa perkataan menghina PAS.
Lalu saya menyatakan kepada pegawai polis tersebut, mengikut undang SPR sesuatu lambang parti hanya petugas parti dan pegawai SPR sahaja yang boleh menurunkan banner parti masing-masing. Saya menyata banner yang mereka turunkan itu adalah milik PAS walaupun mereka yang membuatnya kerana mereka menggunakan lambang PAS.
Jadi, sekiranya saya menurunkan banner di hadapan pondok panas PAS itu, bermakna pihak PAS telah menurunkan 2 bannernya sendiri. Saya bagi tahu ketua kampung dan pegawai polis tersebut, yang mereka tidak boleh menggunakan lambang parti PAS. Dan banner yang mereka turunkan itu, memang patut diturunkan kerana ia adalah milik PAS.
Apabila saya berhujah tentang undang-undang pilihan raya, pegawai polis tersebut terdiam dan kesudahannya mereka angkat kaki.......... cabut. Selepas itu semakin ramai berkawal di pondok panas UPU Temelok. Sebenarnya ia adalah tektik BN sahaja melakukan kecoh supaya lebih ramai petugas PAS berkumpul dan beberapa buah bas yang membawa pengundi puaka terlepas.
Satu kesilapan yang dilakukan ialah kerana meninggalkan bukit Uhud. Sepatutnya para petugas tidak meninggalkan pos masing-masing, sekiranya mereka tidak meninggalkan pos masing-masing mungkin petugas dapat menahan bas-bas tersebut. Walau pun akhirnya petugas Pakatan Rakyat mengepung tempat berhimpun mereka tetapi tidak dapat melakukan apa-apa. Kerana pihak polis datang mengawal keadaan, yang pasti pengundi puaka tetap wujud.
APABILA SANG MUSAFIR BERKELANA DARI DUNGUN LALU BERHIJRAH KE SATU TEMPAT YANG BERNAMA PERAK LALU MENETAP DI TAMBUN, IPOH........
Translate
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Catatan Popular
-
Kita tanya sama Rais anak Yatim pasal beliau Menteri Penerangan dan kerja beliau tukang terang. Jangan dok terang pasal 72 % rakyat ...
-
PAS menyeru semua pihak termasuk Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menghormati hak dan kebebasan pasukan anggota keselamatan khususnya membabit...
-
SEBUAH rumah Presiden Hosni Mubarak dekat Terusan Suez di Mesir. Kairo - Lebih kaya dari pendiri Microsoft, bilionair Bill...
-
Apabila KJ mula berkokok setelah sekian lama berdiam diri kerana telah dipinggirkan oleh ahli Umno sendiri.Itulah bila rasa diri terlalu b...
-
SERUAN PEMIMPIN AGAMA BATIL MENUJU KE LEMBAH NERAKA Di dalam Qur'an, Allah menjelaskan bahawa di sana terdapat para pemimpin k...
-
Apa yang TGNA katakan tentang kerajaan perpaduan adalah betul kerana beliau telah merasa betapa peritnya apabila Pas diperlakukan oleh kera...
-
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mendesak kerajaan mendedahkan syarat perjanjian dengan penjana tenaga bebas (IPP)...
-
Setelah 4 hari tidak dapat berblog dan membaca berita-berita terkini kerana berada diluar liputan, sekarang baru boleh membuka internet. Tid...
-
BONUS...SESUAI KE UNTUK PENJAWAT YANG MENSABOTAJ KERAJAAN? (blog.....pilihan-anda.blogspot) Ada kalangan kakitangan kerajaan yang bersikap m...
-
Adalah amat malang bagi parti yang baru bergelar Parti Islam Umno begitu takut dengan hukuman sebat yang dikenakan terhadap Kartika Sari Dew...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan