Translate

Senarai Blog Saya

Selasa, 25 Ogos 2009

Siapa Yang Sepatutnya Bertaubat

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta mengakui kesilapannya dan bertaubat ekoran mendakwa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam yang palsu.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, Islam menetapkan seseorang yang melakukan sesuatu kesalahan perlu meminta ampun daripada Allah SWT.

"Biasanya orang yang bersalah, dia kena bertaubat dari segi agama. Dia mesti bertaubat kerana melakukan kenyataan itu adalah satu kesalahan, dia kena minta maaf bukan dengan kita tetapi dengan Allah SWT kerana itu asas yang diguna pakai apabila fatwa telah diputuskan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas beramah mesra dengan penduduk dan menikmati jamuan tengah hari di Gerai Makan Bukit Kepong di Pagoh di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa penyokong UMNO tidak akan masuk syurga adalah menyeleweng daripada ajaran Islam.

Abdul Shukor berkata, ia adalah selaras dengan ketetapan yang dibuat oleh jawatankuasa itu pada tahun 2000 iaitu ketentuan seseorang Islam memasuki syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah.

Muhyiddin memberitahu, kenyataan Nik Abdul Aziz itu bukan sahaja bertentangan dengan keputusan majlis fatwa tersebut bahkan bercanggah dengan undang-undang syarak.

Beliau berkata, para pemimpin Pas termasuk Nik Abdul Aziz harus insaf berhubung perkara itu kerana ia bukan kali pertama mereka membangkitkan isu berkenaan.

"Jangan campur aduk antara tujuan politik dengan hukum dan agama, walaupun agama memang meliputi semua tetapi tak boleh buat sesuatu yang menjejaskan akidah umat Islam.

"Saya harap pemimpin Pas yang terlibat harus faham dan insaf perkara ini kerana ia bukan pertama kali tapi sudah berulang kali dilakukan," jelasnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, fatwa berkenaan perlu diterima oleh seluruh umat Islam kerana ia telah dibuat lama dahulu berdasarkan kajian majlis tersebut dan diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja.

"Tak boleh dipertikaikan keputusan fatwa itu, tak boleh buat kenyataan sebagaimana yang dikeluar pimpinan Pas," jelasnya.

Ditanya tindakan Nik Abdul Aziz menyalahkan laporan media berhubung perkara itu, Muhyiddin berkata, pemimpin Pas itu memang selalu bercakap begitu.

"Hari ini cakap begitu, lepas itu salahkan media. Kecuali media tidak laporkan betul, tetapi berdasarkan laporan berkala yang saya baca, takkan lah semuanya salah," ujarnya.

Perkara itu berlaku katanya, bukan sahaja dalam soal fatwa tetapi juga isu perpaduan antara kedua-dua parti.

"Jadi bagi saya, dia sepatutnya siapkan kenyataan akhbar terlebih dahulu untuk memberi pandangannya, bila dah keluar daripada mulut, orang kata terlajak perahu boleh diundur terlajak kata berat padahnya," jelasnya.

Ulasan Musafirlalu.........

Bukan main lagi SS TS anak Yassin bercakap......... pakai sedap mulut je........... kenapa tidak berani nak tegur mentornya............ siapa lagi kalau bukan ........... Dr. Mahathir........... beliau memberi pandangan...... lebih teruk lagi tentang Islam.............. bukan bab akidah sahaja........... tetapi dah jadi murtad .......... dengan kenyataan-kenyataan beliau tentang........... hukum Hudud .......... apa pasal ............ tak berani............ kalau tak berani .......... suruh .......... SS TS Mufti Perak ........ keluarkan fatwa ............. tak kan berani .......... kalau baru dapat pangkat ........... Tan Sri ........ pangkat kena jaga ........... kalau tak........... kena tarik balik ........... nampak sangat Pak Mufti kita ini ........... takut kehilangan duniawi ............ apa tidaknya......... kalau mufti bertaraf Exco ............ gaji tak lari RM 32,000 sebulan.......... kalau pencen RM 16,000 sebulan......... memang dah dalam tangan........... jadi terpaksalah jadi ......... pencacai-pencacai Umno ........... gred A.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular