Translate

Sabtu, 7 November 2009

Kerana RM10........ Anda Tidak Akan Kaya Dan Anda Juga Tidak Jadi Miskin......... Pahalalah Untuk Anda.

Disini saya menyeru saudara dan saudari agar dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada yang memerlukan. Dengan hanya RM10, kita tidak akan menjadi kaya atau jatuh miskin, dermalah dengan hati yang ikhlas. Bagi yang memerlukan, RM10 besar maknanya. Saudara saudari boleh menderma diatas nama Husnaida Agro dan no. akaun..... 0813-0000069-10-0 yang ada saya serta di atas blog ini.

Pernah disatu masa, seorang wanita India yang sedang mengendong anaknya, tiba-tiba datang meminta sernggit dua dari saya kerana anaknya sedang kelaparan. Pada mulanya saya was-was untuk memberi wang kepadanya. tetapi apabila melihat beliau dan anaknya yang berusia lebih kurang 1 tahun lebih, datang pula rasa simpati lalu saya menghulurkannya RM10.

Setelah selesai saya membeli barang-barang di hardware Gunung Rapat untuk kerja-kerja kontrator saya, saya terpandang akan wanita India tersebut baru keluar dari pasar Gunung Rapat. Ditangannya saya melihat sayur, ikan, beras dan makanan ringan untuk anaknya yang dibeli dengan RM10 yang saya berikan. Apa yang saya catatkan, kerana saya pernah mengalaminya.

Sedih saya melihatnya walaupun beliau berbangsa India, rasa terkilan timbul juga disanubari saya yang beliau benar-benar dalam kelaparan. Andainya saya bersangka baik terhadap beliau, mungkin saya akan bagi lebih lagi. Sebenarnya sudah banyak kali saya berjumpa orang-orang seperti itu, dan jarang saya tidak menghulurkan walaupun seringgit dua.

Inilah jasa-jasa pemerintahan Umno-Bn dalam membela rakyat, apatah lagi dengan slogan One Malaysia : Rakyat didahulukan. Sedangkan yang sebenarnya rakyat semakin terhimpit dengan keadaan ekonomi yang semakin hari semakin meruncing. Apa yang kita nampak ialah, yang kaya bertambah kaya, yang miskin bertambah miskin dan yang papa bertambah kedana.

Inilah dasar Umno-Bn dalam menguruskan khazanah negara setelah 54 tahun mentadbir. Mereka hanya mementingkan kekayaan keluarga dan para kroni-kroni mereka.

Untuk itu, rakyatlah yang menjadi mangsa dengan kerakusan mereka menguruskan dana negara. Majoriti pimpinan Umno adalah jutawan, memiliki banglo-banglo mewah, kereta-kereta mewah, wang berjuta-juta yang disimpan diluar negara agar rakyat tidak mengetahuinya.

Kemewahan yang mereka miliki adalah daripada titik peluh rakyat yang adakalanya hidup umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Itulah jasa Umno terhadap bangsanya sendiri dalam memperkayakan kaum kerabat mereka.

Rakyat dijadikan hamba mereka, dibebani dengan bebagai jenis cukai, dihimpit dengan berbagai masaalah yang mereka sendiri lakukan, dan rakyatlah yang menjadi mangsanya.

Kemewahan yang ditonjolkan oleh Umno-Bn boleh diumpamakan seperti,' sehari hidangan yang mereka makan bersamaan sebulan untuk satu keluarga rakyat marhean bebelanja'.

Apa tidaknya jika hari-hari mereka memikirkan bagaimana untuk merompak khazanah negara sebanyak yang boleh. Kerana itulah masing-masing berebut untuk mendampingi pucuk pimpinan tertinggi untuk memperkayakan diri mereka.

Kerana itu jugalah masing-masing sanggup menghabis wang semata-mata untuk mendapat jawatan. Semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin kayalah mereka. Itulah kerja pimpinan tertinggi Umno dalam mengumpulkan harta agar dapat dimakan oleh ujuh keturunan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular