Translate

Sabtu, 7 November 2009

Laporan Sidang Seminar Khas PAS - (Albanjari)

Ucapan dari ahli panel jemputan, Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah(UM), benar-benar mengejutkan ramai perwakilan dan media. Apa sudah jadi ini ? Kata-kata dari beliau itu, sudah pasti akan menjadi berita utama media perdana esok. Tunggu ajerlah..! Panas-panas ! Wak rasa, ucapan itu tersalah tempat. Salah masa dan keadaan. PAS kian dipandang negatif ? Orang muda sudah menolak PAS ? Hey..betul ker kajian tu ?( ..bila panzer mula marah!, dia pun blah ke bukit jalil..mampuih pi laa ! ). Insiden ke-2 dalam tempoh 2 minggu ! Apa nak jadi..!

(*) Jika betul, selepas ini jentera PAS perlu kena kerja lebih keras. Kurang bercakap, banyakkan kerja. (**..kepada pemberita, sila off kan semua rakaman, dan telecast..sekarang !! opocot..mak kau !! arahan lagi ?)

_______UPDATE

Hakikatnya ramai yang tahu akan kedudukan PAS macamana sekarang, dan kita rasa kita sangat akur dengan semua kritikan, tapi kenalah cara dan etikanya. Alangkah baiknya jika Prof. itu beri awal laporan kajian beliau kepada pimpinan dahulu untuk dinilai benarnya, sebelum diperdebat, dan dibincangkan semasa seminar, bukan memberi 'bom' di seminar ini ! Dan alangkah baiknya jika langkahnya begitu* ! Nasi jadi bubuk lagi.., Media pro Umno makin kuat bersorak gembira, dan gelak ketawa.

Sidang sedang berlangsung. Kelihatan juga Dr. Zulkefly Ahmad, Dato Seri Nizar dan beberapa pimpinan negeri. Kredit foto kepada saudara panzer, UO.com.


Gadis Melayu 2

Gadis Melayu dari Parit Buntar ? Cerita penuh di sini. Ada macam muka banjar ? Entah laa...! Esok boleh pekena makan malam kat kedai maknyer..kat pusat bandar ! Jom..!

(1) Laporan Awal Sidang Seminar Khas PAS

Oleh : albanjari
Pagi hari ini sedang berlangsung satu Seminar Khas PAS di Taman Melewar yang turut dihadiri oleh pimpinan parti bagi membuka satu lembaran dan wacana baru bagi pengukuhan dan memperkasa parti islam, PAS. Seminar itu adalah bagi mengantikan cadangan EGM.

Sejak awal pagi lagi, kehadiran perwakilan yang sungguh ramai dari seluruh negara dapat dilihat, ini menolak tanggapan umum yang ada menyatakan bahawa seminar ini berupa 'seminar mee segera'. Meja Media juga turut disediakan oleh penganjur. Namun sehingga berita ini ditulis, meja tersebut masih kosong (9.15am).

Foto diambil dari website OU, panzer yang membuat liputan secara langsung dari Markaz Besar PAS, Taman Melewar. Tumpuan khusus mungkin tertumpu kepada ucapan 20 minit Prof. Abdul Aziz Bari, lebih-lebih lagi lontaran beliau yang cukup keras ketika diwawancara oleh Malaysiakini kelmarin, menimbulkan kejutan. At Tantawi, ketika membalas kenyataan beliau itu sebagai 'kurang adap' (link). Apakah dengan teguran terbaru itu, Prof. Aziz akan dihentam teruk pada hari ini ?

Beliau akan mengisi slot untuk berucap selama 20 minit ketika sesi Percambahan Minda, di bawah tajuk " Ulasan dan Unjuran Masa Depan PAS dalam Konteks Politik Malaysia ", selain beliau ahli panel yang dijemput ialah Prof. Dr. Abu Hassan Hasbullah(UM) dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man(Naib Prsiden PAS). Kita nantikan hangatnya sesi itu hari ini. Dan inlah jua peluang terbaik yang diberikan kepada wakil-wakil negeri untuk membahaskan apa jua isu bagi tujuan memperkasakan PAS.

(*) berita lanjut akan menyusul..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular