Translate

Ahad, 21 Mac 2010

Siasat Zahrain Dahulu.....


Tan Sri Musa Hassan
Tan Sri Musa Hassan
KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan menyiasat pembabitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika merancang untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.

Susulan pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Dewan Rakyat, Rabu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan jika ada laporan berhubung pendedahan itu, polis akan menjalankan siasatan.


Musa berkata, jika ada laporan, siasatan akan dijalankan secara telus tanpa mengira status atau pangkat mereka yang terbabit dalam komplot itu kerana dikhuatiri mengancam keselamatan negara dan ketenteraman rakyat.

“Polis tidak berkompromi dengan pihak yang cuba mencetuskan suasana tegang di negara ini,” katanya.

Sementara itu, bekas Panglima ATM, Jeneral (B) Tan Sri Abdul Aziz Zainal meminta orang ramai tidak terkeliru dengan cubaan pihak tertentu menggunakan nama ATM dan pegawai kanan tentera untuk mencapai cita-cita politik mereka. 

“ATM institusi yang bebas daripada pengaruh dan campur tangan politik. Tidak adil nama ketumbukan ini dipergunakan untuk kepentingan politik, malah semua pegawai kita masih waras dan tidak akan membiarkan mereka diperalatkan.

“Di ATM, pegawai dan anggotanya mendukung prinsip taat setia kepada pemimpin serta kerajaan memerintah. Kita tidak akan sewenang-wenangnya menjatuhkan kerajaan dipilih rakyat, itu bukan prinsip kita,” katanya.


Beliau (Zahrain) mendedahkan perkara itu dalam Parlimen. Polis tidak boleh campur tangan, selagi tiada pihak tampil membuat laporan kepada kita berhubung dakwaan itu. “Polis tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya kerana ini membabitkan nama Yang di-Pertuan Agong. Siasatan pula perlu dibuat secara terperinci,” katanya, semalam.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa siasatan terperinci dilakukan terhadap kenyataan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang kini bergerak sebagai wakil rakyat Bebas.

“Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil jika terbukti dakwaan berkenaan berasas.

“Bila perkara itu disebut di Parlimen, pastinya Zahrain mempunyai bukti jelas dan nyata. Ia sesuatu yang serius dan tidak boleh dipandang ringan apabila nama Raja dan ATM diheret sama isu itu,” katanya. 
Daripada kenyataan KPN, apakah beliau sudah menghukum DSAI dan hanya menunggu laporan kepada pihak polis daripada mana-mana individu. Ini dengan kenyataan beliau yang berbunyi,' Bukit Aman akan menyiasat pembabitan DSAI'. Apakah sikap pihak polis yang hanya mendengar cakap, maka ia boleh dikatakan menyiasat pembabitan Ketua Pembangkang.



Sedangkan tuduhan daripada Zahrain di Dewan Rakyat hanyalah berpandukan kepada mendengar bukannya ada bukti hitam putih. Pihak polis kena siasat pengadu, timbalan speaker dan ahli parlimen dari Barisan Nasional dahulu, baru boleh menyiasat pembabitan DSAI. Apakah Zahrain berani membuat tuduhan tersebut di luar parlimen???

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular