EGM adalah satu nama yang sudah menjadi senonim dalam politik Malaysia. Apabila TGNA menyebutnya maka beraya sakanlah gunting-gunting dalam lipatan yang berada didalam PAS kerana TGNA telah memudahkan agenda politik mereka.
Di sini saya ingin mengajak saudara mengimbas kembali apa yang telah berlaku di Selangor selepas Pakatan Rakyat mendapat majoriti mudah untuk Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Saya meminta saudara berfikir secara waras apa yang sebenarnya berlaku.
Apa yang saya tulis ini tidak bermaksud membela sesiapa atau pun atas sikap kenegerian. Ianya semata-mata hendak mencari kebenaran agar PAS tidak diperlekehkan oleh musuh-musuhnya.
Kita tinggalkan dulu tentang perjumpaan 3 pemimpin PAS bersama Pak Lah dan Khir Toyo. Ini kerana perkara tersebut telah diketahui umum dan telah diulas panjang lembar oleh ahli politik dan juga para blogger ala parpukari.
Isu ini muncul kembali setelah Dr. Hassan Ali memecat Y.B. Khalil Samad dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor. Dari situlah bermulanya segala kritikan demi kritikan terhadap Dr. Hassan Ali bermula..
Daripada isu rampasan minuman keras hinggalah kepada isu Selcat. Siapakah yang membesarkan isu tersebut dan kemudiannya menyembunyikan diri di belakang TGNA. Jangan kata hendak menyokong tetapi mereka menghentam dan menentang segala usaha Dr. Hassan Ali.
Siapakah Khalil Samad sebenarnya? Siapa pula anggota IRC yang baru pulang belajar dari luar negara dan cuba menubuhkan Parti Negara Islam yang tidak lulus pendaftarannya, lalu mereka bertanding diatas calon bebas?
Sebelum hariraya Aidul Fitri, beliau ada menyatakan yang beliau akan mempelawa abangnnya agar menjadi ahli PAS apabila pulang berhari raya bersama keluarga di Johor.
Apakah kita lupa akan jawapan yang diberikan oleh Datuk Sharir Samad tentang adiknya didada akbar bahawa Y.B. Khalil lebih sesuai berada didalam Umno daripada berada didalam PAS. Kerana perjuangan adiknya lebih mirip kepada Umno.
Apakah Datuk Sharir saja-saja buat andaian tanpa mengkaji mahu pun melihat corak perjuangan adiknya itu. Sedangkan beliau bukan calang-calang ahli politik yang sanggup melepaskan jawatan sebagai MP dan bertanding semula sebagai calon bebas di Parlimen Johor Bahru, dan beliau menang.
Dengan isu-isu yang dibawa kemudian menyembunyikan diri maka para bloggerlah yang menolong beliau menjadi lidah tidak rasmi beliau. Oleh itu anda sendirilah yang menilainya betul atau salah apa yang saya katakan.
Yang amat malang bagi blogger-blogger yang mengaku sebagai ahli PAS tetapi corak penulisan lebih kepada cara Umno dan PKR. Mereka sudah menjadi seperti blogger upahan dalam menghentam PAS, jika inilah caranya lebih baik letakkan saja logo BPN kat blog masing-masing.
Seperti yang selalu saya katakan......... blog aku, ikut sukalah apa yang hendak aku tulis. Jika anda mengaku sebagai blogger PAS, tidakkah telah ada garis panduan yang telah dicatatkan didalam Al-Quran.Bagaimana hendak menulis, bagaimana hendak kritik dan bagaimana memanggil nama seseorang.
8 ulasan:
Buduhnya menuduh Khalid Samad adalah IRC. Khalid masuk PAS 20 tahun sebelum Hasan Ali kenal Pas. Khalid dah berpuluh kali kalah dalam pilihanraya. Nak berhujah pun tak perlu le fitnah orang!
Orang Tranung ni kena bberi sikit cara mmikir tu.
Yang pasti di selangor, Khalid samad telah menjadi lidah umno tetapi berselindung dibalik pintu pembangkang, Tulang besi telah menjadi terlampau fasih dalam menentukan era pas di selangor setelah gagal meraih harta benda di terengganu, diselangor juga hassan ali menyekat tipu daya tulang besi, dan tulisan nya akan terus menyerang kepimpinan pas pusat yg tidak sealiran dgn tulang besi dan bergayut di jubah TGNA
Batul..betul..betul..Nampaknya musuh dalam gelap sudah dapat dikenal pasti dengan suluhan takwa para pejuang islam..Syabasss
ko tu blogger perasan.pengunjung pun baru berapa orang sejak mula ko menulis sbb tulisan bodoh.orang tak paham apa ko cakap.eh berapa ramai orang baca ko?
Lu jangan Bodoh Sombong Tanpa Nama..Selalunya "Tanpa Nama"ni ada syaitan aje..org lain semua ada nama..kah3
Pada petemuan raya yang lepas,Abg Khalid Samad iaitu Sharil Samad menyatakan segala tindakan berpolitik Khalid Samad mempunyai banyak persamaan dengan perjuangan Umno..Tu dia..abg sendiri dah bagi tahu..
khalid samad pro pakatanla...
hasan ali yang pro ug...
bodoh punya blog
sebagai parti islam,selesai cara islam.jgn menunding jari sana sini,teruskan usaha mantapkan parti untuk pru 13..jgn kerana masaalah dalaman parti,pas alami nasib buruk pd pru13 nanti...
Assalamualaikum
Minta maaf sekiranya kita bercakap perlu pada fakta yang benar nanti jadi fitnah. Khalid Samad bukanlah GOLONGAN DARI IRC. Kalau dilihat dari latar belakang Khalid Samad seorang yang kuat berpegang dengan Islam juga Isteri dan anak-anaknya. Saya berharap jangan ini jadikan sebagai Isu . Saya setuju Khalid Samad lebih lama dalam Jemaah ini, beliau tahu apa yang perlu SUPAYA PAS MENJADI parti yang disukai oleh Masyarakt selagi tidak bercanggah dengan Islam'
WaAllahuallam
Abu Mujahid
Ipoh
Catat Ulasan