Sebuah mahkamah di Filipina telah menjatuhkan hukuman penjara selama 14,400 tahun terhadap seorang bapa yang telah merogol anak perempuannya hampir setiap hari selama setahun, menurut dokumen yang dikeluarkan pada hari Jumaat.
Lelaki tersebut seorang pemandu kenderaan roda tiga, pada awalnya dijatuhi hukuman mati dengan suntikan maut pada Mac 2006 namun peguamnya berjaya dalam rayuannya. Ini kerana Kongres Filipina telah menghapuskan hukuman mati pada bulan Jun di tahun yang sama.
Dalam keputusan pada 8 September, Mahkamah Rayuan telah menukarkan kepada hukuman penjara 40 tahun bagi setiap tuduhan yang berjumlah 14,400 tahun. Beliau telah merogol anak perempuannya yang berusia 13 tahun ketika itu.
Kejadian tersebut berlaku pada Januari 2001 ketika ibunya pergi ke Hong Kong untuk bekerja sebagai pembantu rumah dengan meninggalkan mangsa dan dua adiknya dibawah jagaan bapa mereka.
Kejadian tersebut terbongkar apabila si ibu pulang ke Filipina pada musim panas 2002. Anak perempuannya terus mengadu kepada ibunya yang beliau telah dirogol setiap hari selama 360 hari oleh bapanya selama ketiadaan ibunya.
Sibapa menafikan tuduhan tersebut dengan mengatakan yang ianya sengaja diada-adakan oleh anak perempuannya setelah si ibu bersemuka dengan suaminya.
Semasa Mahkamah Rayuan membaca kenyataan dalam lapan mukasurat, Mahkamah telah membidas akan kebiadapan sibapa yang tergamak melakukan perkara tersebut terhadap darah dagingnya sendiri melebihi sikap kebinatangan.
Menurut Mahkamah, sibapa sepatutnya memberi pelindungan kepada anak-anaknya. Maka itulah hukuman yang paling layak untuk kejahatan yang telah beliau lakukan walaupun beliau terselamat dari menerima hukuman mati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan