Translate

Sabtu, 13 April 2013

Trend Pemimpin Umno/BN Masuk Pakatan.

Bakal Perdana Menteri Malaysia ke 8.

Ketika ini ramai pemimpin Umno cuba mengintai untuk masuk ke lubuk di antara parti-parti yang bersatu di atas nama Pakatan Rakyat. Kenapa boleh jadi begitu jika tiada perkara yang besar pasti mereka tetap bersama Umno dan parti komponemnaya. Adakah mereka telah menghidu nasib Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti. Jangan kita lalai dengan kemasukan mereka kerana kita pernah mengalaminya sehingga Perak tumbang disebabkan kecuaian kita yang bersorak dan riuh rendah sehingga kampung tergadai.

Jangan terlalu gembira sangat dan jangan pisang berbuah dua kali sehingga mencalonkan mereka kerana kita mesti ingat jika menang pun, pengaruh Umno masih lagi kuat di kalangan kakitangan peringkat tinggi. Apa tah lagi jika kita menang tipis, tidak mustahil MP-MP Pakatan yang masih gilakan harta akan disasarkan oleh Umno kerana mereka mempunyai kewangan yang besar untuk membayar badan tubuh MP Pakatan seperti mana yang berlaku di Perak.

Kita menerima dengan hati yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin bersama Pakatan Rakyat tanpa mengira parti mana yang mahu mereka masuki, baik PAS, PKR atau DAP kerana walaupun berbeza dari segi fahaman dan dasar tetapi kita tetap bersama untuk menumbang Umno/BN yang korup dan penuh dengan skandal. Kita memerlukan mereka bukan sebagai calon tetapi sebagai jentera yang cukup mengetahui permainan Umno.

Mereka mesti ingat, kemasukan mereka kedalam Pakatan Rakyat tidak akan mencuci dosa-dosa mereka dan mereka tidak akan diberi keistimewaan tentang salah laku dan salah guna kuasa semasa berada didalam Umno/BN. Negara mempunyai undang-undang dan mereka mesti ingat yang Pakatan Rakyat tidak akan sesekali mencampuri urusan kehakiman, SPRM, Peguam Negara dan KPN untuk menjalankan tugas masing-masing dengan amanah. Pakatan Rakyat tidak menyamai Barisan Nasional yang mengawal semua dan jika dapat, mereka ingin sekali mengawal otak rakyat Malaysia dengan menggunakan remote control.

Para pemimpin yang pernah berada dan memegang jawatan penting dalam kerajaan usah merasa gentar untuk didakwa jika mereka tidak melakukan kesalahan, kita cukup telus dan tegas berkaitan isu pendakwaan. Jangan kata pemimpin Umno atau BN, jika ia melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat sekali pun mereka tetap akan didakwa jika cukup bukti dan mereka akan diadili dengan penuh keadilan tanpa prejudis.

10 ulasan:

FZT berkata...

BERJAGA JAGA DENGAN TREND INI, nampak macam ada sesuatu yang tak kena sekarang, too much yang berminat nk masuk pakatan rakyat, apakah agenda mereka. hope jangan tertipu seperti mana tertipu dengan blogger yang dikatakan penyokong PR tpi musang berbulu lembu

Tanpa Nama berkata...

Awak semua (PKR & PIS )bermimpi disiang hari...

XUMNO berkata...

Siapa sebenarnya yang sedang mengigau? Atau awak ni memang tonggong dan tak tahu yang kapal BN awak dah bocor. Itu sebab ramai pemimpin2 Umno mula terjun berenang menyelamatkan diri.

Tanpa Nama berkata...

saya suka PKR keranaa lambang kejantanan ANWAR. apa lagi yang ANWAR belum tunjuk? ruang Anwar untuk semua tak kira Jantan mahupun Betina.

idup ANWAR JANTAN abad ini...!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Awas! Mereka sedang mencari insurance untuk menyelamatkan diri. PR jangan tertipu dengan liuk lintuk mereka.Calon-calon PKR yang ada sekarang ni pon belum tentu dapat menyelamatkan PR selepas PRU 13 ni kalau PR menang tipis.AWAS jangan sampai pisang berbuah dua kali.jangan terantuk baru tengadah.Awas musang berbulu ayam.

naikong loqlaq berkata...

Tk pa biarkan saja lah tetamu dtg pelawa laa msuk ...sesuatu yg terjadi itu tentu ada hikmahnya...a/wy ingat waspadalah..

Tanpa Nama berkata...

Kita PR sememamngnya sentiasa waspada tapi silapnya kita terlalu mudah diperdaya oleh lidah manusia jenis UMNO buat baik ketika terdesak,itulah sebabnya mereka beria-ia hendak berdamai dengan PAS ,tapi terberhasil walau pun mereka telah beli orang PAS untuk jadi talibarut ,akhirnya talibarut ini telah jadi tali bengkung untuk merampingkan pinggang sendiri, apanak ikat lagi dan sesorang lagi talibarut tidak sempat untuk berbuat demikian makanya jadilah kera sumbang dalam PAS, nak kata jadi ahli pun tidak nak kata dipecat pun tidak, nak kata ada penyokong pun tidak juga,jadi terpakslah dalam diam-diam bermesera dengan UMNO dari balik jendela yang tidak berlangsir,samar-samar kelihatan bermesera dengan UMNO untung-untung dapat tempias untuk dicalun dalam PRU13 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Dah tunjuk kat abah n omak kau ko????

Tanpa Nama berkata...

asalnya satu, namanya parti melayu, kemudian ada yang keluar tubuh parti baru namanya PAS, pernah setika bersatu, namun satu masa berpisah kerana perlu tapi ada yang sangka tertipu.

begitu jalan ceritanya, hingga sampai satu masa memilih untuk berseteru langsung menolak Melayu lagi satu dalam kandang kafir.

yang dipilih jadikan berdamai itu buntu. bagi tuhan bangsa itu wujud untuk berkenal. kalau terpilih lorong berpisah masakan melayu mampu bersatu. kita tunggu hidayah dari Allah yang satu untuk melayu kembali jadi satu.

apalah sangat yang kita sangka KUASA, sedangkan dia sangat berhantu, firman Tuhan tentang Firaun harus jadi pegangan, takut waktu kita mengata, kita tercucuk mata bukan orang lain tapi anak cucu dan sedara.

Kita benci dan maki hamun kerajaan dan kita bilang kita hamba yang bersyukur. Takutnya kita terkeliru apa itu syukur. Syukur adalah atas nikmat yang diperolehi untuk kekal hidup sebegini, mungkin kurang tetapi kebulur mati.

alhamdulillah atas kurniaan Allah.

(pak lang)

Tanpa Nama berkata...

Kita tanya sahaja sama Dr Mazlan Ismail adakah waktu dia tinggalkan PAS untuk bersama parti Melayu bernama UMNO, dia tidak lagi kenal taqwa dan tawadhuk.

Adakah waktu Dr Mazlan Ismail keluar PAS, doanya tidak lagi kepada Allah yang satu.

Adakah sudah timbul perasaan kecewa dikalangan ummat melayu mengenai kesalahan memilih pemimpin yang beria-ria tunjuk lagak hebat, menempik, menabik dada, memaki hamun, mencaci pemimpin, menghina raja, dan selepas itu mereka turun dari pentas untuk gelak ketawa dan langsung tidak buat apa-apa untuk bangsa, agama dan negara.

Mungkin sudah ramai anak muda melayu yang mula sedar tentang konsep membina dan mengurus negara untuk rakyatnya hidup, rukun damai.




(Pak Lang)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular