Translate

Senarai Blog Saya

Jumaat, 5 November 2010

DAP Akui Kempen 1Malaysia Berjaya Di Galas.


DAP mengakui bahawa kempen 1Malaysia oleh Barisan Nasional (BN) berjaya membantu BN merampas DUN Galas dalam pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Pengarah Pilihanraya DAP, Thomas Su berkata pilihan raya kecil hari ini juga menyaksikan kemerosotan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat.
Menurutnya, DAP mengendalikan tiga kawasan dalam kempen di Galas, iaitu Pulai, Kampung Baru dan Bandar Lama.

Hanya dua kawasan yang bermajoriti pengundi Cina - Pulai (83.86%) ddan Kampung Baru (52.6%). Manakala Bandar Lama merupakan kawasan campuran Melayu-Cina (30.54%).

Menurut Thomas lagi, Pakatan memperolehi 1,784 undi di tiga kawasan tersebut pada 2008, tetapi merosot 206 undi atau 4.92 peratus secara keseluruhannya dalam pilihan raya kecil hari ini.

"Dari angka-angka ini, kami menganggarkan undi pengundi Cina merosot 2 hingga 3.5 peratus," katanya.

"Kami mengakui bahawa undi pengundi Cina merosot, tetapi ia tidak serius, drastik atau membimbangkan," tambahnya.

Menurut analisanya, terdapat dua faktor yang menjadi punca Pakatan hilang undi pengundi Cina, iaitu kempen 1Malaysia dan peratus pengundian yang tinggi.

Katanya, BN tidak pernah menggunakan parti politik Cina untuk berkempen, tetapi sebaliknya ia dilakukan menerusi apa yang dikenali sebagai "NGO 1Malaysia" untuk menarik pengundi Cina.

"Kempen ini benar-benar berbeza berbanding dalam pilihan raya kecil yang lalu. BN tidak menggunakan parti politik (Cina) untuk kempen, semuanya datang dari kumpulan 1Malaysia, yang disokong oleh pemimpin MCA.

"Setiap kali kita mengadakan ceramah besar, kumpulan itu akan mengadakan makan malam besar, ini tidak seperti trend kempen biasa pilihan raya BN."

Oleh itu, kata Thomas, peratusan pengundian yang tinggi memberi lebih banyak undi pengundi Cina kepada BN.

Dengan mengambil contoh di Pulai, beliau berkata, walaupun Pakatan berjaya menambah sembilan undi, tetapi BN menambah lebih banyak undi daripada Pakatan dan menang di kawasan majoriti Cina.

Pakatan kalah 25 undi di Pulau dalam pemilihan umum.

Thomas berkata, Pakatan perlu mengkaji secara terperinci untuk berdepan dengan strategi baru kempen BN di kawasan pengundi Cina.

Beliau bagaimanapun mengucap terima kasih kepada semua pengundi dan ahli yang membantu DAP dalam kempen di Galas.

Dalam pilihan raya kecil DUN Galas hari ini, calon BN Abdul Aziz Yusof mendapat 5,324 undi manakala calon PAS Dr Zulkefli Mohamad memperolehi 4,134 undi. BN menang engan majoriti 1,190 undi.
Pada 2008, calon PAS, Che Hashim Che Sulaima memperolehi 4,399 undi untuk menang dengan majoriti 646 undi. (MK)
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular