Translate

Senarai Blog Saya

Isnin, 9 November 2009

Celuparnya Mulut Kamu.....

Bila hati dah panas, maka bergembiralah syaitan-syaitan kerana telah diberi ruang untuk mencelah anak Adam. Itulah yang berlaku sekarang ini apabila para blogger-blogger berhujah sesama mereka. Masing-masing cuba hendak menegakkan benang yang basah. Mulalah perkara karut marut dikeluarkan, hentam menghentam, maki memaki dan sebagainya. Sebagaimana apabila agenda mereka telah diketahui umum, maka terkeluar lah kata-kata 'Puak Terengganu'. Patutlah PAS tidak boleh menang di Terengganu, pasal ada puak-puak inilah yang cuba mengawal PAS. Saya rasa cukup terhina dengan kata-kata tersebut kerana saya adalah anak Terengganu. Ini tidak bererti yang saya ini jenis berpuak. Prinsip yang saya pegang ialah saya pendokong PAS, walau siapa pun pemimpinnya tetap saya terima selagi pemimpin tersebut tidak lari daripada landasan perjuangan PAS. Maka apakah keperluan penulis tersebut memainkan sentimen kenegerian. Apakah point penulis tersebut menyebut tentang kegagalan PAS di Terengganu yang lebih menjurus kepada Tuan Guru Haji Hadi sebagai presiden PAS. Yang kononnya beliau sendiri gagal di negeri sendiri. Sedarkah atau kerana kebodohan penulis tersebut menilai, bahawa Terengganu adalah kubu kuat Umno dari dahulu lagi. Kemenangan yang PAS perolehi pada pilihan raya 1999 adalah kerana ahli Umno sendiri yang mengundi PAS. Apakah penulis tersebut membuat analisis berkaitan dengan politik di negeri Terengganu sebelum membuat tuduhan yang melulu. Kerana kebodohan atau kebangsatan penulis tersebut, beliau tidak pernah mengkaji bahawa tidak pernah berlaku negeri asal presiden PAS tidak pernah dapat dirampas selain dari zaman Datuk Asri. Pernahkah PAS dapat memerintah Selangor semasa dibawah Dr. Abbas, Pulau Pinang dibawah Almarhum Yusuf Rawa, Kedah dibawah Almarhum Ustaz Fadhil Noor dan Terengganu dibawah TGHH. Melainkan semasa beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS pada tahun 1999. Daripada Kemaman sampai ke Jerteh adalah kubu tradisi Umno. Sebelum mengata, kaji dahulu kenapa Terengganu sukar ditembusi oleh PAS. Jangan menuduh ahli PAS Terengganu bodoh sombong kerana kata-kata tersebut selayaknya diberikan kepada penulis yang mengaku pandai, hakikatnya beliau lah sebenarnya bodoh sombong. Atau lebih tepat lagi 'bodoh tidak boleh diajar, cerdik tidak boleh diikut'. Atau penulis bodoh tersebut merasakan yang beliau sudah cukup pandai dalam kebodohan. Atau baru berteteh dalam arena politik tanpa mengetahui apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan persempadanan semula yang dilakukan oleh SPR setiap 10 tahun sekali. Apa yang boleh saya katakan ialah kerana sikap bodoh sombongnyalah, beliau patut belajar semula tentang politik. Apakah beliau mengira persempadanan semula oleh SPR itu saja-saja dilakukan tanpa mengira apa sebenarnya keuntungan yang Umno dapat. Kerana itulah ada kawasan yang sepatutnya PAS menang, tiba-tiba kalah. Inilah jenis sisa-sisa yang telah ditinggalkan oleh Umno seperti penulis tersebut yang telah diperbodohkan oleh Umno sehingga menjadi bertambah-tambah bodoh. Jangan jadi macam Briged MP Segambut sudah lah.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular