Translate

Isnin, 1 November 2010

Dun Galas : Bantuan Dari Jauh.... Untukmu Galas


Pada 29hb.Okt yang lepas,muslimat dmpbd telah mengadakan satu majlis di rumah Puan Hajah Halimah di Kg Sg Balai Darat. Tujuan mereka berkumpul pada petang itu ialah untuk membantu memenangkan pilihanraya kecil DUN Galas yang akan berlangsung pada 4hb.Nov ini.

Bagi yang tidak dapat menghadirkan diri ke sana, inilah sahaja caranya yang mampu mereka lakukan seperti yang telah biasa dilakukan pada setiap kali menjelangnya pilihanraya. Dmp juga telah menerima sumbangan dari dermawan yang hadir pada petang itu,yang mana akan dimanfaatkan sebaiknya bagi menampung dana Dun Galas.

Selesai bacaan Yaseen,para muslimat telah mendengar tazkirah yang sangat berkesan dari Ustaz Khairi Abdullah. Beliau menekankan soal "Futhur" dalam perjuangan..kenapa jadi begitu..dan apakah cara mengatasinya. Alhamdulillah ilmu yang disampaikan oleh beliau itu diharap dapat menyuntik semangat para muslimat sekelian untuk tetap istiqamah bersama Pas bagi merealisasikan impian tertegaknya kalimah Allah di bumi kita yang tercinta.


Seusai tazkirah,muslimat bagan datoh yang hadir pada petang itu telah dipertontonkan bagaimanakah cara untuk membuat juadah pencuci mulut yang enak. Terima kasih pada tiga bersaudara iaitu Puan Zuraidah,Puan Zurina dan Puan Fitriah yang berkongsi resepi dengan muslimat sekelian..

Ternyata perjumpaan pada petang itu sangat bermanfaat dan diharapkan dmpbd akan terus komited dengan program-program seumapamanya. Terima kasih kepada tuan rumah yang telah bermurah hati menyediakan tempat. Juga kepada Ketua DMPBD \,Puan Rahimah Samuri yang telah berusaha untuk melaksanakan program tersebut. Tidak lupa kepada Puan Norlia dan sahabatnya yang datang jauh dari pekan Bagan Datoh,semoga mereka dapat lagi bersama-sama muslimat dalam program-program yang sedemikian..





Dewan Muslimat PAS Bagan Datoh

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular