Translate

Khamis, 4 November 2010

Dun Galas : Bn Berjaya Rampas Galas..... Perjuangan Belum Selesai.


7.30pm: Sehingga waktu ini, keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoriti 1,069 undi. PAS ketinggalan dengan 4,108 undi, berbanding BN yang mendapat 5,177 undi.

7.20pm Peluang BN untuk merampas kerusi DUN Galas semakin cerah. Ini berikutan BN menang semula undi pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang mereka menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan pada mulanya mensasarkan untuk menang di Kampung Baru dengan majoriti besar bagi menampung kemungkinan tewas di Pulai.

Dua kawasan majoriti pengundi Cina itu, Pulai merupakan kubu kuat BN. Pakatan kalah 25 undi di Pulau dalam pilihan raya umum lalu.


7.15pm Peluang BN untuk merampas kerusi DUN Galas semakin cerah. Ini berikutan BN menang semula undi pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan kalah di Kampung Baru dengan majoriti 41 undi - yang merupakan kawasan majoriti pengundi Cina yang mereka menang dengan majoriti lebih 200 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Pakatan pada mulanya mensasarkan untuk menang di Kampung Baru dengan majoriti besar bagi menampung kemungkinan tewas di Pulai.

Dua kawasan majoriti pengundi Cina itu, Pulai merupakan kubu kuat BN. Pakatan kalah 25 undi di Pulau dalam pilihan raya umum lalu.

7.09pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 3,258 undi manakala PAS memperolehi 2,348 undi. Majoriti 910 undi.

7.07pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,834 undi manakala PAS memperolehi 2,270 undi.

7.05pm Keputusan tidak rasmi: BN mendapat 2,359 undi manakala PAS memperolehi 2,212 undi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular