ALGERIA
Peristiwa Berdarah Ekoran Dari Kekejaman dan Penindasan yang Tidak Berkesudahan
Algeria telah menikmati kehidupan yang selesa di bawah penyebaran Islam di Afrika Utara, namun telah di musnah kan oleh kekacauan politik dan sosial selama beberapa tahun sehingga sekarang. Punca kepada konflik yang berlaku di Algeria, yang mana dunia sudah pun mendengarnya sejak sedekad yang lalu, bermula sejak lama dahulu.
Pendudukan Perancis di Algeria
Algeria berada dalam keadaan aman damai semasa pemerintahan Turki Uthmaniyyah dari abad ke-16 sehinggalah abad ke-19. Walau bagaimanapun, apabila Empayar Turki Uthma niyyah mula hancur, kuasa-kuasa kolonial mula membahagi-bahagikan dunia Islam. Salah satu daripadanya adalah Algeria. Pada 1827, tentera Perancis seramai 37,000 menceroboh negara tersebut. Setelah tiga tahun perang tersebut tercetus, keseluruhan negara tersebut jatuh ke tangan Perancis. Algeria menjadi begitu penting kepada Perancis kerana memiliki takungan minyak yang besar dan menjadi posisi strategik sebagai pelabuhan di Mediterranean. Negara itu kemudian secara rasmi menjadi milik Perancis pada tahun 1830, dan kekal berada dalam koloni Perancis selama 132 tahun yang berikut nya.
Sejajar dengan panda ngan para pengkoloni yang lain, Perancis melihat bangsa selain dari mereka sebagai manusia kelas ke dua. Dengan itu, tertubuhlah sistem yang berasaskan teka nan dan keganasan di kesemua tanah jajahan yang mereka miliki. Kempen asimilasi budaya bermula. Mula-mula sekali, per caka pan dan pengajaran bahasa Arab diharamkan. Bahasa Perancis menjadi bahasa rasmi. Polisi ini bertujuan untuk menghapuskan iden titi kebangsaan dan warisan kebudayaan rakyat Algeria. Selepas itu, Algeria dijadikan supaya bergantung sepenuhnya kepada Perancis dari segi ekonomi, dan struktur politiknya telah dirombak supaya bersesuaian dengan kepentingan Perancis.
Penentangan Algeria yang pertama terhadap penjajahan Perancis dimulakan oleh Abdul Kader, iaitu gabenor Mascara pada tahun 1832. Beribu-ribu umat Islam Algeria telah dibunuh dalam penentangan tersebut, dan Perancis telah menakluki keseluruhan negara itu. Sepanjang tempoh selepas tercetusnya pemberontakan, tiada sebarang kuasa yang mampu mengawal kemarahan rakyat terhadap penjajah. Banyak pergerakan-pergerakan menuntut kemerdekaan yang diinspirasikan oleh polisi-polisi keganasan dan penindasan, telah ditundukkan oleh Perancis. Ini menjadikan Perancis terus berkuasa di negara tersebut sehingga pertengahan abad ke-20.
Dengan tercetusnya Perang Dunia II, era baru muncul di Algeria. Nazi Jerman telah menawan Perancis dan kemudian Algeria. Ramai pecinta tanah air Algeria yang ditahan oleh Jerman, kebanyakan mereka dibunuh atau di hantar ke kem-kem tahanan. Apabila Kuasa Bersekutu (Pent: Kuasa Bersekutu terdiri daripada negara Britain, Perancis, Rusia dan Amerika Syarikat) berjaya menamatkan penjajahan Jerman (Pent: Jerman adalah dari Kuasa Paksi. Terdapat dua lagi buah negara yang menganggotai Kuasa Paksi, iaitu Itali dan Jepun) pada 1942, para ilmuwan Algeria membayangkan satu permulaan baru dan kedatangan sistem demokratik di Algeria. Namun, akhirnya mereka menyedari dengan cepat bahawa mereka telah silap perkiraan. Pada 1943, satu kumpulan yang dipimpin oleh Ferhat Abbas mencadangkan kepada Kuasa Bersekutu bahawa kolonialisme mesti ditamatkan supaya sebuah negara merdeka dapat ditubuhkan sebaik sahaja perang tamat, dengan sebuah Perlembagaan baru, termasuklah bahawa rakyat Algeria mesti men tadbir negara mereka sendiri dan mereka yang dipenjarakan disebabkan kepercayaan mereka mesti dibebaskan. Rakyat Algeria yang telah berjuang bersama-sama dengan Kuasa Bersekutu menganggap bahawa permintaan mereka akan dipenuhi. Namun, ia telah ditolak. Di samping itu, corak pembunuh yang baru menyusul tidak lama selepas itu.
Apabila ramai rakyat yang berkumpul sewaktu pengibaran bendera Algeria pada 8 Mei 1945, sebagai meraikan tamatnya peperangan, ia telah diganti dengan pertumpahan darah yang amat mengerikan. Askar Perancis telah melepas tembakan kepada mereka yang membawa bendera Algeria, dan 40 orang telah dibunuh dengan begitu kejam. Peristiwa ini mendapat reaksi umat Islam yang tinggal di kawasan lain. Penentangan meningkat, dan Perancis bertindak-balas dengan menggunakan kekuatan yang lebih besar. Unit-unit tentera mula melepaskan tembakan kepada masyarakat awam secara rambang. Akibatnya, berdasarkan kepada sumber kerajaan Amerika, kira-kira 45,000 umat Islam mati dalam pembunuhan yang dilancarkan. Ramai juga yang cedera. Insiden ini, yang dikenali sebagai Pembunuhan Beramai-ramai Setif, telah diikuti oleh tindakan-tindakan lain oleh rejim Perancis. Segala aktiviti politik diharamkan. Beribu-ribu rakyat Algeria ditahan tanpa ada sebarang justifikasi. Algeria menerima satu lagi penderitaamm daripada kekejaman kuasa kolonialis.
Dekad yang berikutnya selepas Pembunuhan Beramai-ramai Setif, pergerakan-pergerakan menuntut kemerdekaan menjadi semakin matang. Notis yang dikeluarkan oleh mereka pada 1 November 1954, telah menyeru rakyat Algeria supaya bangkit bagi mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan. Pelindung Pembebasan Kebangsaan (FLN) dan Tentera Pembebasan Kebangsaan (ALN), yang diasaskan pada tahun yang sama, telah mengepalai pergerakan kemerdekaan. FLN bukan sebuah pergerakan homogenus (Pent: iaitu tidak dianggotai oleh satu kaum atau satu parti politik sahaja), dan mereka yang datang dari pelbagai latar politik berkumpul di dalamnya. Pergerakan tersebut telah bermesyuarat di Kaherah pada September 1958, dan seterusnya membentuk kerajaan sementara Algeria.
Umat Islam Algeria yang menentang pendudukan Perancis telah dihapuskan dengan menggunakan kereta kebal, senapang dan penderaan. Perjuangan menuntut kemerdekaan selama 7 setengah tahun daripada kolonial Perancis telah meninggalkan sebuah tragedi berdarah: Askar-askar Perancis telah membunuh 1.5 juta rakyat Algeria yang tidak bersenjata dengan menggunakan senjata-senjata berat. Selepas kemerdekaan, kerajaan Algeria berdiri setelah Perancis pergi. |
Perancis sudah tentu tidak mahu kehilangan Algeria yang kaya dengan simpanan minyak dan gas aslinya. Potensi kemunculan sebuah negara Islam yang kaya dengan sumber asli telah membuatkan Perancis dan negara-negara lain yang anti-Islam berasa tidak selesa. Perancis menjangka bahawa perkembangan seperti itu akan membawa kesan domino kepada negara-negara Islam lain di Afrika, dan dengan itu terjadilah pembunuhan yang berikutnya. Banyak perkampungan yang dibakar oleh Perancis, sekolah-sekolah dan masjid-masjid dirobohkan, sehinggalah Algeria mengisytiharkan kemerdekaannya. Sepanjang tempoh tersebut, yang menyaksikan ribuan nyawa melayang, Perancis masih terus memusnahkan tanaman rakyat Algeria dan juga turut membunuh haiwan ternakan mereka. Kira-kira 400,000 batang pokok anggur yang dimusnahkan dan ribuan haiwan dibunuh.
Walau bagaimanapun, Perancis akhirnya menerima kehendak rakyat Algeria yang mahukan kemerdekaan, walaupun sebenarnya Perancis tidak pernah teragak-agak untuk membunuh rakyat, wanita, kanak-kanak dan orang tua yang tidak bersalah. Pada 1959, Presiden Perancis de Gaulle mengumumkan di dalam ucapannya di PBB bahawa beliau telah mengisytiharkan kemerdekaan Algeria. FLN dan Perancis telah mengisytiharkan genjatan senjata melalui Perjanjian Evian, dan Algeria akhirnya mendapat kemedekaan pada tahun 1962. Perjuangan menuntut kemerdekaan daripada Perancis selama lebih kurang tujuh setengah tahun menyaksikan kira-kira 1.5 juta rakyat Algeria mati.
Keganasan yang dilakukan oleh Perancis adalah satu pengesahan sadis tentang sifat-sifat mereka yang tidak beriman dan suka pula melakukan kerosakan seperti mana yang tercatat di dalam al-Quran. Mencederakan manusia yang tidak bersenjata sewaktu peperangan, menyebabkan kebuluran yang menjadikan mereka sukar untuk meneruskan kehidupan, dan membiarkan mereka dalam kemiskinan adalah tindak-tanduk rejim-rejim kejam yang berlaku sepanjang sejarah manusia:
Dan apabila dia berpaling (dari kamu), dia berjalan di bumi untuk melakukan kerosakan, dan merosakkan tanam-tanaman dan binatang tenakan, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. (Al-Baqarah, 2:205)
Kita tidak boleh lupa bahawa mereka yang melakukan perkara sedemikian rupa di dunia ini akan membayar harganya di akhirat kelak. Al-Quran telah memberitahu umat Islam tentang berita gembira ini:
Negeri Akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak mahu menyombongkan diri dan membuat keroskan di muka bumi. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Al-Qashash, 28:83)
Bersambung......
Harun Yahya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan