Translate

Selasa, 30 November 2010

Zaman Kegelapan Islam Dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam. (Bhg.28)


Peranan Anti-Islam Israel Dalam Perang Saudara Chad
Ketidakstabilan politik di negara tersebut semakin bertambah apabila François Tombalbaye, ketua negara, menjadi mangsa dalam rampasan kuasa ketenteraan pada 1975, dan perang saudara yang bermula pada 1980 memasuki dimensi baru yang lebih serius. Terdapat dua bahagian dalam konflik yang berlaku: umat Islam di bahagian utara Chad, dan orang-orang Kristian dan puak-puak lain dengan agama mereka masing-masing di kawasan Bantu yang terletak di bahagian selatan. Namun demikian, seperti mana dalam negara-negara Dunia Ketiga, ini sebenarnya bukanlah peperangan "saudara" sama sekali. Kuasa-kuasa asing dengan aktif memberikan sokongan kepada para pejuang. Israel yang sudah semestinya menentang Islam, mendahului senarai kuasa-kuasa asing tersebut dengan mempertahankan Bantu di kawasan selatan.

Pemimpin umat Islam di bahagian utara ialah Goukouni Ouedde. Perkara menarik ialah pemimpin perikatan Kristian-Animise adalah seorang yang kononnya Islam, atau pun seorang lelaki yang mempunyai asal-usul Islam: Hissène Habré.

Israel bersama-sama dengan CIA, menyokong Habré dan memberikan kepada mereka senjata-senjata yang dibuat di Soviet. Pada tahun 1983, muncul beberapa sumber mengatakan bahawa Israel me miliki penasihat ketenteraan di Chad, dan mereka telah pergi ke sana pada bulan Ogos tahun tersebut bersama-sama dengan 2,500 orang kelompok tentera Zairois untuk memberikan sokongan kepada Habré. Ariel Sharon, "Butcher of Lebanon" dan salah seorang perancang utama penindasan di Palestin, juga telah memainkan peranan penting dalam peperangan di Chad. Beliau telah mengadakan lawatan ke Chad pada bulan Januari 1983 sebelum meninggalkan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan. Berdasarkan kepada Hallahmi, lawatan Sharon ini adalah satu petanda bahawa Israel sudah bersedia untuk memainkan peranan penting di Chad.

Seperti yang telah kita lihat, Israel sekali lagi berusaha untuk menghalang kemunculan sebuah negara Islam, dan melakukan sedaya-upaya dari segi ketenteraan dan sokongan politik bagi menghalang umat Islam menjadi lebih kuat.

Masih tiada keamanan dan keselamatan di Chad selepas perang saudara. Campur tangan asing oleh Perancis dan juga Israel telah meningkatkan lagi kezaliman yang berlaku setiap hari, dan Chad terbentuk melalui rampasan kuasa ketenteraan. Kerajaan memerintah telah mengakibatkan ribuan nyawa terkorban dan berpuluh-puluh ribu orang menjadi pelarian dalam pembunuhan yang dilakukan bagi menghapuskan golongan-golongan penentang.

Ahli-ahli arkeologi, botani dan geologi dan pakar-pakar Perancis yang lain telah datang ke Chad secara besar-besaran untuk menjalankan penyelidikan dan kajian. Sumber-sumber bumi yang telah dikenalpasti dipindahkan ke Perancis. Kesannya, masyarakat tempatan yang sudah kehilangan hasil kekayaan bumi, terjebak dalam pergaduhan sesama sendiri sesudah hidup dengan aman sejak sekian lama. Chad akhirnya menjadi sebuah bangsa yang papa kedana.
Situasi di Chad pada hari ini adalah salah satu contoh paling jelas tentang apa yang musuh-musuh Islam boleh lakukan ke atas negara tersebut. Segala kekayaannya telah dimusnahkan, kestabilan hanyalah satu impian, masyarakat yang pernah hidup dalam keadaan aman damai selama bertahun-tahun kini berpecah-belah akibat permusuhan, dan Chad kini menjadi papa kedana.

Namun demikian, apa yang harus kita ingat ialah tiada sebab untuk kita berputus asa. Terdapat penyelesaian mudah bagi situasi negatif yang sedang berlaku. Ia merangkumi pengamalan ajaran moral Islam yang sebenar-benarnya. Apabila ini berlaku, segala masalah tersebut yang terbukti tidak dapat diselesaikan selama berkurun-kurun akan dapat diselesaikan satu demi satu. Kemudian, keamanan dan keselamatan akan menggantikan peperangan dan konflik. Dalam persekitaran yang dikuasai oleh ajaran moral Islam, ketidakadilan dan berat sebelah tidak dapat wujud di mana-mana.

Segala kekejaman yang berlaku di Chad sekali lagi mendedahkan bahawa dunia Islam sedang ditindas. Peperangan ideologi adalah sesuatu yang segera dan penting bagi menjernihkan semula keadaan. Umat Islam di Afrika ditindas semata-mata kerana mereka beragama Islam, dan ia adalah sesuatu yang membimbangkan setiap umat Islam di serata dunia.


Dan janganlah di antara kamu yang mempunyai kelebihan dan kelapangan bersumpah untuk tidak memberi (bantuan) kepada kaum kerabat, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah. Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Kita harus sedar bahawa para pemimpin korup yang telah menindas umat Islam selama bertahun-tahun, berserta dengan para penyokongnya, sebenarnya tidak memperolehi apa-apa. Walaupun mereka mati dengan memiliki kekuasaan dunia yang paling hebat, mereka pasti jua akan menerima azab yang sangat pedih di hari akhirat nanti. Keadilan Allah akan berlaku ke atas mereka, dan setiap individu akan dipanggil untuk diperhitungkan segala amal mereka. Inilah janji Allah kepada orang-orang yang beriman, dan pada masa yang sama ia adalah sebuah janji yang sangat menggembirakan. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran:


Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan cubaan (menyeksa, mendatangkan bencana, membunuh dan sebagainya) kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar. (Al-Buruuj, 85:10)
Dan kalau setiap diri yang zalim itu memiliki segala apa yang ada di bumi ini, pasti dia akan menebus dirinya dengan itu, dan mereka menyembunyikan penyesalannya ketika mereka telah menyaksikan azab itu. Dia telah diberi keputusan di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dianiaya. (Yunus, 10:54)
Bersambung..........

Harun Yahya

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular