Translate

Khamis, 2 Disember 2010

Apakah tujuan sebenar Seekers..... Berkaitan Dengan YAM Siti Aishah..

Kebelakangan ini banyak kisah berkaitan dengan balu Yang Dipertuan Agong, iaitu Yang Amat Mulia  Permaisuri Siti Aishah. Mungkin isu ini mempunyai agendanya yang tiada siapa tahu melainkan penulis itu sendiri. Ianya mula  menjadi buah mulut setelah anak kepada penulis terkenal, S.H. Alattas iaitu Uncle Seekers, mendedahkan hubungan beliau dengan Y.A.M. Permaisuri Siti Aishah, Kejadian tersebut bermula dikediaman S.H.Ahattas di Janda Baik,Pahang.
Go to fullsize image
Khabar angin yang mengatakan beliau tinggal di London dan menjadi golongan elit “jetsetter” telah memberi tamparan hebat kepada Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah.

Beliau menafikan sering “mengembara” dari satu negara ke negara lain sejak kemangkatan Almarhum Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada November 2001.

“Saya tidak pernah ke luar negara. Kebenaran akan muncul, hanya Tuhan saja tahu. Saya berada di Malaysia dan tidak pernah ke luar negara sejak kemangkatan Almarhum,” tambah beliau.
 
Ini merupakan kali pertama Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah mendedahkan perkara sebenar mengenai khabar angin itu yang telah banyak memberi tekanan kepada beliau dan keluarga.
 
Ditanya mengenai faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya khabar angin itu, beliau menjawab: “Kejahilan. Itu semua adalah khabar angin yang berunsurkan hasad dengki dan saya telah dinasihatkan oleh orang-orang agama untuk berdiam diri sahaja.”

Khabar angin yang melanda Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah turut memberi kesedihan yang amat sangat kepada keluarga beliau. Justeru, ayah beliau Datuk Seri Abdul Rahman Mohd Yatim terpaksa menghentikan khabar angin itu menerusi satu temubual di dalam Mingguan Malaysia.

Sejak kemangkatan Almarhum, Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah telah mengekalkan kehidupan “low profile”.

Kehidupan low profile

“Jadi “low profile” tidak bermakna saya berada jauh atau mengelak dari orang ramai,” tambah beliau lagi.

Ketika ditanya mengenai penyesuaian yang telah dilakukan kepada keluarga diraja sebagai rakyat biasa yang mengahwini seorang Sultan, beliau menjawab: “Memang banyak perubahan dilakukan.”

“Tetapi Almarhum banyak membantu saya dan saya berjaya menyesuaikan diri di sebagai ahli keluarga diraja dan juga keluarga Sultan.

Ditanya sama ada perbezaan umur menjadi rintangan di dalam perkahwinan beliau dan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, beliau menjawab: “Sudah tentu. Umur adalah halangannya.”

“Tetapi Almarhum adalah seorang Sultan yang bijak dan sangat memahami. Almarhum sentiasa mengingatkan saya supaya rendah diri dan menjadi seorang yang “down-to-earth”.

Mengatasi khabar angin dengan doa dan sembahyang



Khabar angin yang mengatakan saya ke luar negara…ia satu tamparan hebat buat saya. Tetapi kelak, kebenaran akan muncul juga. Hanya Tuhan saja yang tahu. Sepanjang empat tahun lepas, saya berada di Malysia dan tidak pernah ke luar negara sejak kemangkatan Almarhum. Sata tidak pernah keluar negara. Khabar angin liar seperti ini memang menyakitkan…ia perasan semulajadi. Ia reaksi biasa jika kita mendengar khabar angin.
Yang Amat Mulia Permaisuri Siti Aishah lebih gemar berdiam diri ketika khabar angin mengenai diri beliau heboh diperkatakan
Senyuman jadi prinsip hidup
 
 Kebaikan boleh menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk didiami – melalui perkataan-perkataan yang baik, pemikiran dan perlakuan.

Ia tidak perlu di dalam bentuk duit, memadailah dengan senyuman kerana senyuman itu boleh menggembirakan seseorang dan meredakan kesakitan. Itulah prinsip hidup saya.

Yang amat mulia…cukup atau tak layak

Melihat situasi bahawa ramai yang masih kurang mengerti tentang gelaran yang diberi membuat penulis laman ini ingin menyatakan sesuatu.ada pertanyaan atau pandangan tentang gelaran Yang amat mulia(YAM) yang diberikan kepada permaisuri siti aishah walhal gelaran itu sudah hampir 4 tahun diberi kepada beliau.gelaran yang amat mulia biasanya diberi kepada waris negeri atau putera puteri sultan yang memerintah.manakala permaisuri yang bukan berdarah gahara memakai gelaran Yang teramat mulia(YTM),tetapi lain mengenai perihal permaaisuri siti aishah,beliau diberi gelaran sebegitu kerana beliau pernah dianugerahi Darjah kerabat negeri selangor yang amat dihormati iaitu darjah yang tertinggi sekali bagi keluarga diraja yang pada umumnya dianugerahkan kepada raja,permaisuri,pemangku raja,bakal raja dan isteri gahara serta waris-waris yang lain.Kebawah duli yang maha mulia sultan selangor amatlah berkuasa sekali tentang hal ini dan baginda membuat keputusan yang tepat pada waktunya.
 
Bekas permaisuri yang bukan gahara juga mempunyai kedudukan tidak rasmi selagi beliau tidak berkahwin lain.seperti kebanyakkan yang berlaku di eropah,permaisuri atau bakal permaisuri yang berpisah dengan pewaris takhta akan diberi elaun khas,gelaran rasmi negara tersebut,kebiasaanya Her royal highness(HRH)dan dikecualikan dari cukai dan sebagainya.permaisuri siti aishah juga bukanlah bercerai hidup bersama Almarhum sultan selangor sebaliknya bercerai mati.oleh itu beliau masih lagi boleh memakai gelaran,dan mungkin kehidupan beliau yang kurang menampilkan diri menjadi tanda tanya kepada kita semua.
 
Berkaitan dengan pencen khas untuk balu Agong
 
Ini adalah pencen yang diperolehi oleh balu Agong.selepas Sultan Salahuddin mangkat semasa menjadi Agong. Maka secara langsung YAM Siti Aishah menerima pencen (saraan) tersebut
Di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979). adalah seperti berikut;
  • 1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
  • 2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal
  • RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
  • 3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.
Uncle Seekers Permaisuri Aisyah
Apa pun kita sebagai umat Islam tidak sepatutnya memaparkan foto-foto dan aktikel yang hanya sekadar mencari popuriti dan keuntungan semata-mata. 

Sebagai balu Yang Dipertuan Agong, Y.A.M. Pemaisuri Siti Aishah patut menjaga dan memaparkan imej baik-baik. Baginda adalah bekas 'Wanita Pertama' dan menjadi figura bagi rakyat Malaysia. Walau pun baginda bekas Pemaisuri Agong, baginda masih lagi mempunyai kedudukan didalam senarai protokol di Malaysia. 

Kedudukan baginda masih lagi berada satu anak tangan dengan Perdana Menteri Malaysia. Ianya boleh dilihat mengikut 'Susunan Keutamaan Persekutuan' dibawah ini
  1. Yang Di Pertuan Agong.
  2. Raja Permaisuri Agong.
  3. Raja-Raja dan Pemangku-Pemangku Raja.
  4. Yang Di Pertua Negeri-Negeri
  5. Bekas-Bekas Raja Permaisuri Agong yang menerima saraan Di Raja daripada Kerajaan Persekutuan.
  6. Perdana Menteri
  7. Timbalan Perdana menteri.
Minta maaf banyak-banyak ya........ kerana  isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor tiada didalam 'Susunan Keutamaan Persekutuan' yang berjumlah 70 semuanya. Beliau hanya mempunyai susunan sendiri yang dinamakan 'Susunan Keutamaan Sri Perdana'.
 
Antara sumber Syukury.wordpress.
kakbeta.

1 ulasan:

Putra Blog berkata...

Sentiasa berdoa yang terbaik utk YAM Permaisuri...and saya tak kisah kalau Tuan nak copy paste hasil tulisan saya untuk kebaikan..

http://www.youtube.com/watch?v=mLnhZjQXcHo&feature=youtube_gdata/the-tales-of-permaisuri-siti-aishah-videosu.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular