Translate

Isnin, 20 Disember 2010

Dermalah Darah Untuk Mangsa Tragedi Maut Di Simpang Pulai.

 Hospital Ipoh Mohon Penduduk Derma Darah 


Tabung darah Hospital Raja Permaisuri Bainun yang kekurangan darah memohon jasabaik penduduk Ipoh dan sekitarnya untuk menderma darah bagi membantu mangsa kemalangan bas warga Thailand pagi tadi.

Seramai 12 orang telah dimasukkan ke hospital dan ada diantaranya memerlukan darah yang banyak. Darah yang diperlukan adalah dari jenis O , A dan B.

Ipoh merupakan sebuah bandar yang mempunyai 600,000 penduduk kerap mempunyai masalah bekalan darah apabila ada diantara penduduk lebih gemar menjual darah berbanding menderma.

Sikap hospital swasta juga amat dikesali dalam isu ini yang pernah berlegar dikalangan sebahagian penduduk.

Dengan penduduk Cina mewakili 65%, menghairankan apabila Ipoh mengalami kekurangan darah sedangkan orang Cina dahulunya berpegang teguh kepada ajaran Buddha yang menggalakkan bantu membantu.

Tetapi hari ini, mana pergi darah-darah yang mereka dermakan melalui persatuan-persatuan kebajikan? Adakah ia dijual kepada pusat perubatan swasta? Atau mereka tak menderma darah pun.

Dalam perkara ini, lebih baik jika pemimpin negeri Perak menjadi tauladan untuk penduduk Ipoh. Dermalah darah anda.
(Ipoh Malay)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Catatan Popular